PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, January 24, 2013

Qiamullail Bulan Januari & AGM PSS dan KRU Tuaran

19-20 Januari 2013 merupakan tarikh bersejarah untuk Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Tuaran pada tahun ini. Tarikh keramat ini menyaksikan pertukaran saff pimpinan PSS dan KRU sesi lepas (2012-2013) untuk digantikan dengan pimpinan yang baru (2013-2014) pada mesyuarat tahunan (AGM) pada kali ini.

AGM pada tahun ini juga sama seperti yang sebelumnya iaitu didahului oleh qiyamullail bulanan(Januari). Seramai kira-kira 100 orang peserta mengambil bahagian dalam qiam kali ini yang diadakan di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli. Penceramah jemputan pada qiam kali ini ialah ustaz Zulzaiem, Mudir SRI An-Nur. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Apa itu Kepimpinan” dalam slot ceramah yang berlangsung selama 1 jam 15 minit bermula pukul 9 malam.

Agenda AGM pada kali ini bertemakan kepimpinan,iaitu bertujuan untuk menghayati semula erti sebenar kepimpinan dalam kehidupan seorang muslim iaitu bercorakkan cara kepimpinan insan yang teragung, baginda Rasulullah S.A.W. kerana menyedari bahawa beratnya tanggungjawab untuk memimpin sesebuah organisasi Islam yang hanya akan berjaya dengan cara kepimpinan Rasulullah S.A.W..

Sehubungan dengan itu, ahli pimpinan PSS dan KRU digesa untuk tidak lagi berada di ZON YANG SELESA seperti sebelum ini selari dengan hasrat yang disuarakan oleh Timbalan Pengerusi PSST sesi 2012-2013, saudara Syazwan Japlus dalam ucapan beliau pada AGM kali ini.

PSST dan KRUT pada kali ini mengharapkan satu perubahan ke arah yang lebih baik lagi khususnya dalam mentadbir organisasi, iaitu dalam memastikan ahli yang dilantik dalam setiap lajnah agar dapat menjalankan tanggunjawab masing-masing dengan sebaiknya.

Seruan kepada setiap ahli PSST dan KRUT,marilah kita bersama-sama berjuang untuk menegakkan islam khususnya di bumi Sabah ini dengan penuh komitmen dan mudah-mudahan segala usaha kita ini akan dipermudahkan dan diredhai Allah S.W.T. seperti firman Allah S.W.T. dalam Surah Muhammad Ayat 7 :

Wahai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong agama Allah,Allah akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukan mu
Semoga bertemu lagi,wasalam.




 Pengerusi KRUT 2013/2014
Mohd Shahrizal
 Pembentangan Laporan Kewangan KRUT 2012

Slot ceramah oleh Ust Zulzaiem.


      Pembentangan Laporan Tahunan KRUT 2012
Peserta muslimin tekun mendengar ceramah tentang kepimpinan
Alunan ayat suci Al-Quran oleh wakil peserta
Barisan pimpinan KRU dan PSS Tuaran
Ucapan mantan pengerusi KRUT
Barisan pimpinan muslimat KRUT sesi lepas

Salam perpisahan Aisyah..... Selamat berpindah ke Kedah. Jika ada kelapanagan jengoklah kami di Tuaran. Antara salah seorang adik KRU Tunas yang istiqamah datang qiam.



Monday, January 21, 2013

Qiamullail Perdana PSS & KRU Kota Kinabalu Januari 2013

Image
ASSALAMUALAIKUM WBT!
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah dan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.
Alhamdulillah, akhirnya program ‘Happy Circle’ atau Qiamullail Januari KRU’KK ini selesai. Dengan kehadiran 74 orang peserta. Kali ini dihadiri oleh pelajar-pelajar SK Likas.
Program ini bertemakan ‘Happy Circle’ kerana kami ingin memberikan pendedahan tentang Usrah kepada peserta serta kebaikan usrah dan kepentingan Usrah kepada umat Islam.
Pendaftaran bermula pada jam 2 petang.
Pengisian kali ini ialah tayangan video, pengenalan Qasidah, Kuliah Dasar-Usrah, LDK-Ta’aruf, Tafahum, Takaful, pelancaran majalah solusi dan jualan.
antara gambar-gambar sepanjang program,
Image
kuliah dasar dari Ustaz Humam tentang Usrah.Image
Image
ImageImage
penyampaian cenderahati kepada penceramah.
Image
ImageImageImageImageImage
ImageImage
:: MEDIA KRU’KK ::

Tuesday, January 15, 2013

Usrah Mingguan PSS & KRU Beaufort (13.1.2013)

13 Januari 2013, Masjid Daerah Beaufort - Walaupun musim persekolahan telah bermula, namun, program-program tarbiyyah tetap diteruskan untuk membangun kefahaman Islam di kalangan penggerak-penggerak PSS & KRU Beaufort.
Ustaz Syahriul (Pengerusi PSS Beaufort) menjadi Naqib Usrah.

[Kota Kinabalu] Mural TASKI.


ASSALAMUALAIKUM WBT!

Alhamdulillah, pada 5-6 Januari 2013 telah berlangsung Program Mural untuk TASKI ABIM. KRU’KK telah dijemput untuk membuat mural/lukisan pada dinding dan menceriakan TASKI tersebut.



















Sumber :  http://krukotakinabalu.wordpress.com/2013/01/06/program-mural-taski-abim/

Usrah Mingguan Muslimin PSS & KRU Putatan (13.1.2013)

13 Januari 2013, Tg Dumpil,Petagas, SABAH - Alhamdulillah Usrah mingguan PSS & KRU Putatan berjaya dilaksanakan walaupun kepenatan menyampaikan persembahan sketsa Palestin masih belum terbayar lagi. Semoga fikrah Islam semakin jernih di kalangan ahli Usrah.

Tahniah PSS & KRU Putatan !!!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons