PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016
Showing posts with label Beaufort. Show all posts
Showing posts with label Beaufort. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Usrah PSS & Pimpinan KRU Beaufort

" Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah , mereka nampak pada zahirnya namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas , begitu juga USRAH .. Mereka nampak kita berhimpun , berbincang , tapi mereka tidak tahu sebabnya kita sedang membina semula ISLAM dalam hati-hati KITA "

Alhamdulillah .. Usrah EDISI KHAS MT dan EXCO MT dan KRU-B telah selamat dijalankan pada 20 MEI 2012 di Taman Tasik Majlis Daerah Beaufort ..

Kehadiran 5 orang PSS bersama ahli KRU - B seramai 7 orang memeriahkan lagi USRAH EDISI KHAS ini .. Alhamdulillah .. " BERTEMU TAK JEMU , BERPISAH TAK GELISAH " .. Itulah KAMI (:

Pelbagai topik dan isu - isu semasa yang kami bincangkan sepanjang sesi usrah yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga ke 11.30 pagi .. Alhamdulillah banyak manfaatnya .. ^^
Semangat Naqibah (Kak Azlinah) kami memberi hujah-hujah hebatnya ^^
Semangat mendengar dan menerima hujah-hujah hebat daripada naqibah
Muslimat ^^
Gembira ketika usrah ^^

Sepanjang usrah , banyak ilmu pengetahuan yang ditumpahkan , dicurahkan dan dikongsi bersama kami .. Tanpa disedari juga , ilmu kami menjadi semakin bertambah dan bertambah .. Alhamdulillah .. Naqib dan naqibah yang hadir tidak jemu menjawab pelbagai soalan yang hadir dalam fikiran kami .. Maka dengan segala jawapan yang mereka berikan , Alhamdulillah , segala persoalan kami terjawab ^^ ..

Selesai sahaja usrah , kami pun dihidangkan dengan sedikit makanan yang dibawa oleh naqibah kami .. Alhamdulillah .. Kemudian , selesai sahaja sesi mengisi perut , kami memulakan sedikit harapan dan sedikit kata-kata hikmat sebelum bersurai ..
^^
Kegembiraan terserlah dalam USRAH ^^

Bakal Naqibah Terhebat sedang berkongsi rasa & bahasa.
Majulah KRU untuk ISLAM ^^

Maka dengan berakhirnya kata-kata hikmat yang diberikan oleh PSS kami , berakhirlah juga usrah EDISI KHAS PSS dan KRU-B pada pagi nan indah itu .. Alhamdulillah ^^
 Rancak bertukar idea.
 Semut pun faham Amal Jamaie.
Aiman & Shazlin sedang Khusyuk mendengar Naqib

Aiman Pengerusi KRU Beaufort.
Inilah keluarga USRAH PSS dan KRU-B ^^ 

Sunday, April 8, 2012

[KRU Beaufort] Kursus Pengurusan Organisasi


Sesi Perkongsian Ilmu
Alhamdulillah ,
Pada 08 April 2012 , Kursus Pengurusan Organisasi bagi MT dan Exco Tertinggi KRU Beaufort telah dijalankan yang bertempat di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Beaufort ..
Seramai 7 orang telah menghadiri kursus tersebut .. Kursus tersebut juga dimulakan pada sekitar jam 9.00 pagi ..

PASTI Beaufort
Peserta Muslimat ^^

Kursus tersebut dimulakan dengan penerangan mengenai 'Teamwork' yang telah disampaikan oleh kak Azlinah dan seterusnya , slot mengenai kepimpinan telah dijalankan oleh abang Hasmadi .. Program ini telah habis sekitar jam 3.00 petang ..
Perbincangan sihat antara PSS & KRU
Khusyuk mendengar perkongsian ilmu dari penceramah
Pembentangan Kuliah

Pembentangan menarik
makan tengahari^^
smile ^_^
discussing ^^
" macam artis " ^^

Friday, April 6, 2012

[KRU Beaufort] Usrah KRU Beaufort

Usrah ^^

" Where one problem is solved by MANY people . That is USRAH " ^^

Alhamdulillah ,
Pada 06 April 2012 , satu lagi pertemuan antara PSS Beaufort (Kak Azlinah dan Kak Azrinah) bersama kami (KRU Beaufort) telah selamat diadakan di Taman Tasik Majlis Daerah Beaufort ..

Seawal jam 8.30 pagi , 2 orang ahli KRU-B dan seorang peserta Qiamullail tiba di lokasi .. Kedatangan Kak Azlinah pada sekitar jam 9.00 pagi telah membawa 3 orang tersebut untuk mendalami surah Al-Khafi ayat 13-15 ..
Sekitar jam 10 pagi setelah kedatangan ahli KRU-B yang lain , usrah kami pun dimulakan dengan Ummul Kitab Al-Quran Al-Fatihah ..

Macam-macam Istilah yang baru mahupun yang lama telah kami pelajari .. Alhamdulillah .. Manfaatnya banyak dan dari usrah ini juga KRU-B dapat mempelajari ilmu-ilmu yang baru dan dapat mengeratkan Ukhuwwah antara satu sama lain ^^ .. wallahualam ..
2 boys in Usrah ^^
Dengan itu , maka berakhirlah penerangan serba ringkas dari KRU Beaufort mengenai usrah kami pada hari yang mulia dan hari yang menjadi penghulu segala hari iaitu hari jumaat ^^ ..

"apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri" ..

wallahualam ~

Assalamualaikum (: ..

Sunday, March 25, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Mac 2012 Beaufort, Sabah

Gambar kenangan ^_^' 
Assalamualaikum WBT ..
Alhamdulillah ..
Dengan Izin Allah SWT , satu lagi program PSS dan KRU Beaufort iaitu Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-4 telah berjaya dijalankan dengan jayanya .. Alhamdulillah .. Syukur Ke hadrat Illahi yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang ..
*Berikut merupakan Serba Sedikit mengenai program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-4 :
AJK Muslimat
Poster Qiamullail PSS dan KRU Beaufort kali ke-4
Tarikh : 24-25 Mac 2012
Tempat : Masjid Pekan Beaufort
Yuran : RM 4.00
Tema : " Andainya DIA bersama dengan kita"
Bookmark Khas Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-4

Alhamdulillah .. Program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ini telah dihadiri seramai 85 orang peserta .. Istimewanya Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort pada kali ini adalah apabila terdapat beberapa peserta jauh terutamanya dari SMK Western (2 orang) , SMK Membakut ( 3 orang) dan terdapat juga dua orang budak Sekolah Rendah Daerah Beaufort ..
Alhamdulillah ..
Pendaftaran
Pendaftaran peserta
Seawal pagi , Program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort dimulakan dengan sedikit taklimat kepada para peserta dan seterusnya beberapa slot seperi LDK dan beberapa aktiviti telah dijalankan sebelum solat Zuhur menjelang tiba .. 
Sesi usrah
Sesi usrah
Seterusnya , setelah solat Zuhur , para peserta menjalankan satu lagi aktiviti sebelum makan tengahari .. Setelah makan tengahari , program disambung lagi dengan beberapa slot istimewa yang telah disediakan sehingga waktu Asar tiba .. Selesai sahaja menunaikan solat asar , Bacaan Al-Mathurat diadakan dan telah dipimpin oleh PSS Beaufort iaitu Abang Hasmadi Hasbi .. Selanjutnya , program diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema yang bertajuk "Rindu Muhammadku - Haddad Alwi" oleh para peserta .. Setelah itu , slot kuliah pun dimulakan dan slot kuliah pada waktu asar ini telah dijalankan oleh Ustaz Syahriul Ismail .. Selesai sahaja slot kuliah , para peserta telah diberikan pelepasan untuk mengurus diri masing-masing sebelum waktu maghrib menjelang tiba .. Selepas solat maghrib , sedikit kuliah maghrib telah diadakan sehingga waktu isyak menjelang tiba ..
Makan ^^
Selesai sahaja solat isyak , para peserta telah diberikan makan malam dan setelah itu , program diteruskan lagi dengan sesi aktiviti  .. Selepas selesai sesi aktiviti , "Malam 1 Bintang" telah diadakan .. Seterusnya , sesi muhasabah pun dimulakan .. Sesi muhasabah pada kali ini telah dipimpin oleh Abang Hasmadi dan Abang Fazrin dimana sesi muhasabah mereka telah berjaya melunturkan hati setiap insan untuk mengalirkan air mata .. Hebatnya sesi muhasabah ini apabila peserta yang 'rock-rock' juga turut mengalirkan air mata .. Alhamdulillah .. Sesi muhasabah juga merupakan slot terakhir untuk malam sabtu 24.03.2012 ..
AJK dan Peserta Muslimah Qiam
Peserta Muslimin
Sesi Aktiviti
Seawal 3.30 pagi , para peserta telah dikejutkan , dan seawal 4.00 pagi , qiamullail telah dijalankan dan diisi dengan beberapa Zikir sehingga waktu subuh .. Slot kuliah subuh juga telah disampaikan oleh seorang Ustaz yang tersangat hebat .. Alhamdulillah .. Selesai sahaja kuliah subuh , para peserta diarahkan untuk mengemas tempat program kerana seawal jam 8.00 , satu program lain akan dijalankan di masjid Beaufort .. 
Sesi penggulungan Program kali ini juga amatlah isitmewa kerana sesi penggulungan telah diadakan di tempat letak kereta Masjid Pekan Beaufort .. Selesai sahaja sesi penggulungan , sesi fotografi telah diadakan dan dengan sesi fotografi itu , maka berakhirnya Program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-4 .. Alhamdulillah ^_^' ..
*Sesi Fotografi*
Penghulu Qiamullail
Penghuluwati Qiamullail
Sesi Penggulungan
Sesi Penggulungan
Sesi aktiviti
Gambar kenangan

Monday, February 6, 2012

Ziarah Mesra KRU-B Ke Rumah Anak Yatim Al Aman

NAHNU MUSLIM !
Alhamdulillah .. Satu lagi program Kelab Remaja Ukhuwwah Beaufort berjaya diselesaikan .. Alhamdulillah ..

Program yang diperkatakan adalah Program Ziarah Mesra KRUB ke Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort pada 6 februari 2012 .. Program ini turut dihadiri oleh Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu , para penduduk RAY Al-Aman , dan 2 orang non-muslim .. Di kesempatan ini , kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke program kami pada hari tersebut , dan terima kasih kepada ustaz Awang Mohd.Nor yang sudi datang memberi ceramah kepada kami semua .. Syukran jazilan .. Seterusnya , jutaan terima kasih kami berikan juga kepada KRUKK kerana sudi menghadiahkan KRUB 'bookmarks' .. insyaAllah , kami akan menjaga bookmarks itu dengan sebaik yang mungkin ..

Berbalik kepada program Ziarah Mesra ini , berikut merupakan tentatif program Ziarah Mesra :

7.00-8.00 am : Ketibaan & Pendaftaran
8.00-8.30 am : Ceramah Ustaz Awang
8.30-9.30 am : 'Ice Breaking' , sesi taaruf dan LDK
9.30-10.30 am : Slot bersama PSS
10.30-11.00 am : Slot Bersama KRUB
11.00-11.30 am : Minum pagi 
11.30-12.30 am : Majlis penutupan , nasyid , makan dan solat zuhur

Sesi pembukaan tirai program kami dimulakan dengan nyanyian lagu nasyid yang "Rasulullah" by Hijjaz .. Setelah itui , slot ceramah bersama Ustaz Awang pun dimulakan .. Slot Ceramah daripada Ustaz Awang amatlah menarik perhatian sekali .. Slot ceramah Ustaz Awang mengandungi unsur-unsur lucu tetapi apa yang disampaikan olehnya amat berkesan dan terterap di dalam minda dan hati .. Selesai sahaja slot ceramah bersama Ustaz Awang , slot LDK pun bermula .. pada mulanya , setiap orang diarahkan untuk mencari sambungan kepingan kertas yang mereka dapat , dan kepingan kertas itulah yang menentukan ahli kumpulan mereka .. Seterusnya , sesi taaruf pun dimulakan dan yang seronoknya sesi taaruf ini , mereka disuruh melukis  muka mereka sendiri lalu menukarkan kertas masing-masing kepada rakan yang lain .. 

Ketika jam menunjukkan ke angka hampir 10.30 am , sesi taaruf diberhentikan dan sesi fotografi diawalkan kerana para sahabat dari KRUKK akan pulang ke Kota Kinabalu pada jam 11 mengikuti Kereta Api .. Selesai sahaja menghantar KRUKK pulang , acara sukaneka pun dimulakan .. Untuk pengetahuan umum , acara sukaneka merupakan Slot Bersama KRUB .. Alhamdulillah , PSS Beaufort telah memberikan peluang kepada kami , KRUB untuk menjalankan slot kami sendiri .. Alhamdulillah ^^ .. Hampir setengah jam menjalankan slot kami , maka berakhirlah aktiviti KRUB bersama RAY Al-Aman Beaufort .. 

Selepas berakhir semua aktiviti , kami telah menjamu penduduk RAY Al-Aman dengan hidangan minum pagi .. Selanjutnya , selesai sahaja minum pagi , kami meneruskan program ini dengan majlis penutupan .. Setelah majlis penutupan , persembahan nasyid dari RAY dan beberapa ahli KRUB yang hadir diadakan .. 

Dengan persembahan nasyid daripada RAY dan KRUB maka berakhirlah program kami pada hari itu .. Kami juga telah menyajikan para penduduk RAY dengan makanan tengahari .. Seterusnya , selesai sahaja menjamu selera , solat zuhur pun didirikan .. Setelah itu , satu persatu kelibat manusia meninggalkan perkarang RAY Al-Aman Beaufort .. 

Maka dengan itu berakhirlah juga coretan ini dan turut diselitkan beberapa keping gambar kami sewaktu berada di RAY :D





*GAMBAR KENANGAN*





Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort

Penceramah Terhebat : Ustaz Awang

Penduduk RAY muslimat

Penduduk RAY muslimin


K.I.T.A

A.L.L.A.H

H.A.T.I

P.S.S

Sesi taaruf

LDK

Sukaneka

Sukaneka RAY bersama KRUB

Semangat sukaneka

menjamu selera :)

:D

Persembahan Nasyid RAY



KRU-B Muslimat

^^

KRUKK dan KRUB

Salam perpisahan dari KRUKK

KRUKK



Gambar kenangan

Gamber kenangan
Barisan AJK KRUB 

sekian ~ Assalamualaikum ^^

"Barangsiapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT , maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap .. Dan barangsiapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki , maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini , Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya .. " [ Hadis riwayat Ahmad ]

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons