PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, June 19, 2012

Dakwah PSS ke Pedalaman Keningau-Tambunan


Persatuan Siswazah Sabah (PSS) kali ini mengorak langkah dalam memperkasakan dakwah masyarakat di pedalaman Keningau-Tambunan. Pada 15-17 Jun 2012 yang lepas, seramai 7 orang ahli Persatuan Siswazah Sabah diketuai oleh Exco Masyarakat & Siswazah 1 (EMS) PSS, Saudara Zulzaim Hilmee Bin Abidin (Gambar) telah turun melakukan jelajah sekitar Keningau dan Tambunan.

Sesi jelajah dakwah PSS di Keningau – Tambunan ini juga telah menziarahi perkampungan Muslim. Antaranya Kampung Lingkudau dan beberapa kampung yang lain bagi melihat kondisi kehidupan saudara Muslim serta melihat keadaan surau-surau di kampung berkenaan.

Dalam lawatan tersebut di Kg. Lingkudau, PSS berkesempatan beramah mesra penduduk kampung terutamanya kanak-kanak melalui acara Sukaneka Kampung pada waktu petang dan sesi Pop Kuiz pada waktu malamnya.

Mengulas lanjut mengenai jelajah ini, Saudara Zulzaim Hilmee menyatakan, “Urusan dakwah masyarakat PSS kini bertunjangkan prinsip ‘down to earth’. PSS akan terus membuat beberapa program jelajah ke pedalaman Sabah untuk memperkasakan bantuan kebajikan masyarakat khususnya kepada saudara-saudara Muslim.

“EMS PSS akan merangka lagi beberapa misi jelajah bagi melihat dan membantu kehidupan masyarakat Muslim di pedalaman dan PSS sentiasa optimis akan menuju ke pedalaman yang agak mencabar geografinya seperti Long Pasia pada masa akan datang”, tambahnya.


Untuk sumbangan, boleh disalurkan kepada ,

Persatuan Siswazah Sabah

10016010043186
Bank Islam Malaysia Berhad
                                          

Peserta bersedia untuk memulakan acara Sukaneka Kampung.
Sedang melihat tandas surau.
Permainan 'Belon Air'
Ahli PSS sedang menyampaikan hadiah kepada peserta yang berjaya menjawab soalan Kuiz
Acara tiup tepung kategori perempuan
Di hadapan sebuah surau yang agak da'if di sebuah kampung sekitar Keningau.
Sukaneka 'Tiup Tepung'
Sesi Pop Kuiz
Nama budak ini 'Badong'.
 Gelagat adik ketika menjawab soalan Kuiz

4 comments:

Sarah Mohd said...

MasyaAllah, Mabruk PSS!!! Moga usaha kecil ini ada nilainya disisi Allah.
Teruskan perjuangan!

Kak QEQ said...

Alhamdulillah...akhirnya sampai juga PSS ke keningau. InsyaALLAH...jika memerlukan sumbangan tenaga pada program akan datang bolehlah khabarkan pada pelatih2 IPG Kampus Keningau. Kami sedia membantu. InsyaALLAH.

Persatuan Siswazah Sabah said...

[MediaPSS] Insyaallah, Mohon doa, semoga PSS bisa bertapak dengan lebih kukuh di Keningau-Tambunan.

Siti Azimah Binti Rupilen said...

alhamdulillah..lagi dua tahun saya di semenanjung..inysa ALLAH akan plg ke sini..

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons