Shazlin
( KRU BEAUFORT )
Seawal pagi,aku telah bersiap sedia dengan segala kelengkapan yang perlu di bawa ke destinasi KRU Beaufort.Sebelum bergerak ke Surau Hj. Maarif,mengambil kawanku seramai 3 orang iaitu Asraf,Rizwan dan Mohd.Jai di perhentian bas SMK.Beaufort dengan membawa dua buah tempat air dan gelas.Menyusuri jalan Limbawang ke surau Hj.Maarif dan mengucup tangan bapaku sebelum memasuki halaman rumah Imam Muda.Sesampai di surau,aku meletakkan barangan dan ketika itu gembira terasa kerana ramai kawanku berada di sana.Mendaftar dan membayar yuran serta berbual dengan kawanku dan seperti biasa jika wanita bercakap seumpama pasar di tamu.
Menanti yang lain serta aku menghubungi Nazree sama ada mereka dah sampai atau belum sambil tersenyum lebar dek lembutnya suara dia .Masih lagi di dalam kereta api dan dalam perjalanan ke stesen keretapi Beaufort.Pasti mereka kesejukan di dalam keretapi dan setelah diketahui akan keberadaan mereka di daerah Beaufort.Memberitahu akan Imam Muda dan dia turut membawa aku ke sana dikhuatiri tersilap orang.Berangkat ke sana di samping berbual kosong (Ada isu sensitif yang di bualkan).
Sampai jua di stesen keretapi,aku dan Imam Muda bertukar senyuman dengan KRU Kota Kinabalu.Mereka adalah tetamu khas kami dan berangkat ke surau di iringi dengan perbualan.Sampai saja di surau,kami disambut oleh Asraf,Izuan dan Mohd.Jai di pintu pagar dan di sambut lagi oleh kawan-kawan lain di surau beserta gambar di ambil jua.Mereka menyusun beg dan mendaftar.Setelah kedatangan 2 orang dari SMK.Beaufort 2 dan sekolah lain.Kami memulakan usrah yang dimulakan oleh Azrin,aku memandang beliau seolah-olah memberi isyarat yang aku mahu bercakap.
Ternyata dia memahami isyarat pergerakan aku,dia meminta aku bercakap dan oleh kerana aku berkata berkenaan sejarah yang tidak diketahui ramai dan sesetengah mereka mungkin keliru,perbincangan kami menjadi hangat.Walaupun begitu,ia adalah suatu rahmat kerana dapat mendayung arus pemikiran kami yang lembap berfikir.Lebih kurang setengah jam melakukan usrah,ditutupi dengan kebiasaan yang dilakukan kami dan sebelum itu,aku menerangkan akan kebaikan perbezaan pendapat serta aku terus ke depan Azrin setelah sehabis usrah dengan berbual dengannya.
Kakak Azlinah datang dengan kereta serta tak ketinggalan membawa makanan tengah hari kami pada hari itu.Di dalam sebuah talam,terhidang akan nasi putih,sosej campur sos tomato dan sayur timun campur nanas serta sedikit bawang.Sedap terasa akan makanan yang dibuat oleh air tangan Kakak Azlinah sampai ada di antara kami menambahnya buat kali kedua.Selesai makan,membasuh talam dan berehat sebelum mendengar azan zohor berkumandang.Solat zohor di dirikan secara berjemaah dan di sertai solat sunat.
Selepas itu,sesi berkenalan di adakan dengan di dahului lagu tema dan orang yang menjadi pengacara masa itu adalah Kakak Azlinah.Dompet dan telefon di kumpul di hadapan kami,seorang peserta lelaki yang pertama sekali mengenalkan diri adalah Izuan dan diminta untuk mengambil dompet yang bukan kepunyaannya.Dia tak tahu siapa pemiliknya dan setelah dilihat,rupanya dompet itu milik aku.Aku dan Izuan bersama-sama mengenalkan diri.Di ikuti pula rakan yang lain dan seterusnya kami di bahagikan kumpulan.
Aku bersama-sama dengan Hashimi,Norhaslinda,Nurul Shafiqah dan Azree sebagai fasilitator.Kumpulan kami mesti membentangkan berkenaan rukun iman yang ketiga iaitu beriman kepada rasul beserta dalil daripada surah An-Nahl,penerangan dan jawapan kepada soalan yang dikemukan.Soalan kami adalah apakah yang kami katakan jika Nabi Muhammad berada di sebelah kami.Kami adalah kumpulan yang ketiga yang menbentang,aku pada mulanya dan di ikuti oleh Norhaslinda.Setelah semuanya selesai membentangkan,berehat sambil menunggu waktu Asar menjelma.Semasa mengambil wuduk,ada peserta dari Sm.ST.John datang dan kami menyambutnya.
Solat berjemaah Asar dilakukan dan sesi kami yang selanjutnya adalah belajar cara memakai serban yang di ajar oleh Ustaz Syahriul.Aku meminjamkan 3 jenis serban,ada yang jenis lembut,sederhana dan tebal.Kami di beritahu akan beberapa jenis ikatan serban sama ada tanpa ekor,berekor satu,berekor dua,ikatan cara tahfiz,pondok dan lain-lain lagi.Kami pun melakukan praktikal setelah Ustaz Syahriul melakukan serba sedikit demonstrasi.Di samping sesi bergambar dengan gaya ala-ala melucukan.
Setelah lama kemudian,kami pun bersiap dan mandi.Apabila tiba giliran aku untuk membasahkan badan,aku mengajak Azrin untuk mandi secara berjemaah tapi dia menolaknya pula.Pakaian baju melayu berwarna hitam menjadi pilihan petang itu.Aku berbual dengan Izuan sebelum mentari terbenam di ufuk timur (Hanya kami berdua saja yang berbual jauh dari di dengari oleh rakan yang lain disebabkan perkara tersebut sangat-sangat sensitif),Sempat lagi aku berbual ala-ala gosip dengan Arafat dan Azrin.Solat maghrib berjemaah pada malam itu bersama dengan kawan-kawan.
Solat sunat maghrib selesai di dirikan dan sebentar kemudian,sesi ceramah di adakan dengan Imam Muda menjadi pengacara majlis.Kami duduk dengan tenang mendengar ceramah akan kepentingan solat dan setelah masuk waktu Isya',ceramah di hentikan dan kami bersolat jemaah.Seterusnya mengisi ruangan perut dengan tangan istimewa keluarga HJ.Maarif.Talam berwarna hitam di isi oleh 3 orang wanita iaitu Nurul Hidayah,Norfarain dan Kakak Azlinah atas pengorbanan mereka bersusah payah menyediakan makanan.Dengan nasi putih,tembikai,pisang,sayur labu bercampur rempah,daging berempah kari dan lazat terasa di mulut kami semua.
Di sambung dengan sesi ceramah daripada seorang Ustaz berkenaan kepentingan ilmu dengan Izuan menjadi pengacara.Ustaz itu menegur cara kami mendengar perbicaraan seorang penyampai ilmu.Ada jauh kedengaran suara bising daripada beberapa orang wanita (Wanita itu adalah orang yang sama berbuat bising0.Atas dasar tanggungjawab dan adab,aku melihat mereka dengan memberi isyarat supaya jangan bising.Selesai sesi ceramah,tiba masa untuk latihan dalam kumpulan dengan aku bersama-sama dengan Syafudin,Khairul Hafiz dan seorang budak dari SM.St.John serta Azree menjadi fasilitator kami.
Ada 4 soalan yang perlu dijawab oleh kami dan setelah lama kemudian,terlihat akan kereta abang Hasmadi dan dia pun memasuki surau kami.Perbincangan kami didalam kumpulan diakhiri dengan usrah secara tak langsung.Aku bergerak ke usrah Abang Hasmadi kemudiannya ke usrah Ustaz Syahriul.Dipendekkan cerita,orang-orang penting berkumpul di luar surau untuk membincangkan tentang qiyamullail kami ini dengan di hadiri oleh ahli majlis tertinggi KRU Kota Kinabalu dan ahli KRU Sipitang.
Lebih sejam masa perbincangan kami pada malam itu dengan perlbagai cadangan dikemukan termasuk penyediaan surat kebenaran,perlunya tentatif program,qiyamullail yang diselang selikan dengan solat dan zikir, dan pelbagai lagi.Yang paling penting adalah Imam Muda Ali berusaha mempertahankan kami dengan aktiviti ini walaupun ada pihak cuba menyerang fitnah,atas-atas sebab politik.Menghampiri jam 12.30 tengah malam baru kami dapat merebahkan badan.Aku melelapkan mata berhempiran Izuan dan aku melihat abang Fazrin tengah berbincang diluar.
Tak lama melelapkan mata,kami dikejutkan untuk sesi qiyamullail tapi sebelum itu diadakan slot muhasabah dengan abang Fazrin menjadi penceramah.Slotnya kurang mengacau perasaan walau berkenaan ibubapa tak tahu pula yang lain,sama ada teresak-esak atau sebaliknya.Seterusnya,kami menunaikan kewajipan qiyamullail dengan solat sunat hajat di iringi zikir dan solat sunat witir pun di iringi zikir dan doa. Imam Muda Ali dan Ustaz Syahriul berkenaan mahu menjadi Imam ketika itu.
Mentari dah terbit dari ufuk barat,sejuk subuh tanda berkat mula terasa.Azan dilaungkan beserta solat sunat dan fardhu.Sesi subuh adalah pembelajaran pembetulan akan bacaan ibu segala surah,iaitu Al-Fatihah dengan Imam Hj. Maarif menjadi guru sementara.Kami jua dapat mendengar cara bertaranmum daripada beliau.selepas itu,aku menjadi fasilitator untuk sesi riadah ringan pada pagi ahad.Di iringi juga dengan senam aerobik yang menjemput peserta untuk mengayakan senaman.
Selesai dah riadah,makan pagi di hidangkan dengan roti dan kuih pisang beserta air teh suam.Sempat lagi aku menyuap kawanku (Sama ada Nazree atau Azree).Kami mandi dan bersiap,pakaian yang menjadi pilihan kau adalah baju warna putih sedikit pudar tanpa kolar dan seluar T-Shirt.Selepas aku mengemaskan barangan yang perlu dibawa balik,aku mahu meminjam beg Domokun Norhaslinda tapi dia berkata,
"Tiidaak buuleeh".(dengan gaya kebudakan).
Menghadiri sesi forum tentang Islamic Summer Camp,aku berkata pendapat aku berkenaan dengan aktiviti itu,pengalaman yang pahit,perkara yang disukai sepanjang Kem itu dan pelbagai lagi.Selepas itu,Sesi untuk abang dan kakak yang membicarakan tentang cara untuk belajar.Aku bertanyakan bagaimana untuk menghindari pengaruh negatif daripada kawan-kawan kepada abang Hasmadi.
Dia berkata dengan dalaman diri itu mesti kuat, dan sebagainya.Ustaz Syahriul dan Kakak Azlinah pun turut memberi tips kepada kami semua.Selepas itu,Ustaz Awang Mohd.Nor berbicara sedikit dan tiba masa untuk sesi perlantikkan jawatan-jawatan penting Kelab Remaja Uhkuwwah Beaufort.Pada masa itu pula,ahli KRU Kota Kinabalu dah mula mengundurkan diri dan setelah tamat sesi slot terakhir pada pagi itu.Kami pun berkemas dan mengundurkan diri ke rumah dengan aku dan Aiman,Imam Muda Ali menghantar kami berdua.
|
0 comments:
Post a Comment