Hari Pertama
10-13 Februari 2013, Kota Kinabalu, SABAH - PSS sekali lagi mencatatkan sejarah apabila menganjurkan kempen yang dinamakan Street Dakwah "No To Valentine" selama 4 hari berturut-turut yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan negatif sambutan Valentine khususnya kepada masyarakat Islam.
Lokasi Street Dakwah seperti berikut :
10 Februari 2013 - Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah
11 Februari 2013 - 1 borneo, Kota Kinabalu, Sabah
12 Februari 2013 - Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah
13 Februari 2013 - Wawasan Plaza & Water Front, Kota Kinabalu, Sabah
Menariknya, program pada kali ini menampilkan Band KRU yang baru ditubuhkan pada Disember 2012 yang lalu. Mereka lebih dikenali sebagai Non-Stop Da'ie Anthem. Selain persembahan Baskin (Band Jalanan) yang ternyata menarik perhatian umum dengan nyanyian lagu-lagu kontemporari yang telah diubahsuai liriknya, aktivis PSS & KRU turut mengedarkan risalah dan mengumpulkan tandatangan masyarakat sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.
Sebagai kemuncak kepada Street Dakwah ini, satu Konsert Mini telah diadakan di Teluk Likas pada malam 14 Februari 2013. Konsert yang dinamakan Konsert Mini Malam Raikan Cinta ini mendapat sambutan yang memberansangkan dari masyarakat sekitar Kota Kinabalu.
Program yang julung-julung kali diadakan ini dijayakan hasil kerjasama dari PSS & KRU tiga buah kawasan iaitu Putatan, Kota Kinabalu dan Tuaran. Banyak maklumbalas diterima daripada masyarakat dan PSS mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas semua maklumbalas tersebut.
Hari Kedua
Hari Ketiga
Hari Keempat
Koleksi Gambar :
Laporan Konsert Mini Malam Raikan Cinta.
0 comments:
Post a Comment