Secebis Memori Bersama Adik-Adik Di Kg, Parong Kota Marudu |
Alhadmulillah…
syukur ke atas nikmat yang diberikan peluang & ruang pada kami.
31
Mei yang lalu,Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS)
kawasan Kota Marudu telah mengadakan aktiviti Ziarah Kampung Angkat (Kg.
Parong). Aktiviti yang disertai oleh ahli KRU dan PSS seramai 24 orang yang
diketuai oleh ahli PSS, Shamsul.
Rombongan
kami bertolak dari Masjid At-taqwa sekitar jam 07:30 pagi dengan menggunakan empat
buah kereta. Perjalanan yang mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke
Kg. Parong. Rombongan kami tiba di perkarangan surau Kg. Parong tepat pada jam
08:00 pagi dan mendapat sambutan yang sangat baik & mengalakkan daripada
penduduk kampung. Ziarah tersebut bermula dengan sesi ta’aruf atau berkenalan
dan bersarapan bersama penduduk kampung.
Muslimin PSS dan KRU bersama penduduk kampung |
Setelah selesai bersarapan,penduduk
kampung bersama ahli KRU dan PSS bersama-sama menjalankan aktiviti
gotong-royong membersihkan surau dan kawasan persekitaran surau kampung yang
juga merupakan kawasan perkuburan penduduk Islam. Sementara itu,ahli KRU yang
lain,mengajar kanak-kanak di kampung tersebut membaca doa-doa harian dan
adab-adab dalam kehidupan harian. Pada jam 09:40 pagi, sesi dokumentari mengenai
permasalahan yang berlaku oleh penduduk kampong serta sukaneka untuk kanak-kanak
bawah 12 tahun berjalan dengan ceria & mendapat respon yang baik dari
penduduk Kampung.
Sekitar jam 10:40 pagi,kami bersama
penduduk kampung bersama-sama menyaksikan tayangan video yang bertajuk Khalifah
Umar untuk menjelaskan ciri-ciri sebenar seorang pemimpin Islam. Tazkirah
mengenai adab-adab harian juga diberikan daripada wakil PSS.
Jam 12:15 tengah hari kami bersama-sama
penduduk Kg. Parong menikmati makan tengah hari. Setelah itu, menunaikan solat
zuhur berjemaah serta diberi sedikit tazkirah mengenai silaturrahim yang
disampaikan daripada wakil PSS kepada penduduk kampung serta ahli KRU.
Tepat jam 02:00 petang, sesi penyampaian
hadiah kepada kanak-kanak yang menyertai sukaneka dan penyampaian cenderahati
kepada wakil penduduk Kg. Parong .Wakil penduduk Kg, Parong dan wakil PSS juga
diberi kesempatan untuk memberikan sedikit ucapan kepada semua yg terlbat. Selain
itu,kami juga sempat memberikan sedikit sumbangan barangan terpakai yang dikumpulkan
untuk penduduk kampung.
Berkongsi sesuatu dengan jiwa-jiwa muda di sana
Sebelum aktiviti berakhir,sesi bergambar
bersama penduduk Kg. Parong dan lambaian ukhuwwah berjalan. Tepat jam 02:30 petang aktiviti
berakhir dan penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing. Kami juga bertolak
pulang ke Masjid At-taqwa. Sesungguhnya ziarah ini banyak memberikan kesan
positif serta pengalaman baru kepada kami disamping mengeratkan silaturrahim
sesama saudara sesame Islam.
Saat gembira bersama mereka
Melukis
KRU to be..
Ketekunan adik-adik melukis
0 comments:
Post a Comment