PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, December 25, 2009

KRU KM ; Islam di Hatiku

KRU KM bersama barisan fasilitator

Kota Marudu mempunyai 13 masjid dan 32 surau berbanding 90 gereja, belum di ambil kira masjid dan surau yang berfungsi atau mati. Islam menyusup masuk ke pelusuk desa dan pedalaman, tidak sempat melekat roh dan izzahnya sebelum direnjat semula oleh kelompok sebelah sana. Gemilang sejarah perjuangan Shariff Osman sekitar tahun 1900 membebaskan 'Bandau' dari cengkaman penjajah tidak diwarisi semangatnya oleh penduduk Islam tempatan. Hanya di sini-sana, kedengaran kisah-kisah tokoh yang berhempas-pulas di tempat sendiri memastikan Islam terus mendapat tempat biarpun yang menjadi inspirasi hanyalah pahala yang tidak kelihatan oleh mata kasar insani.

Keadaan tersebut akan berubah. Dan masanya bukan esok atau lusa, jauh sekali tahun hadapan atau seabad yang akan datang. Masanya ialah sekarang, hari ini. 2 hari berkampung di Kota Marudu ditemani oleh pejuang-pejuang dari kalangan anak muda, PSS berjaya menubuhkan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu (KRUKM) generasi yang pertama. Mereka menanam keazaman seteguh berdirinya kota pertahanan Shariff Osman, bahawa Islam akan kembali dipasakkan id ginawo tulun-tulun Kota Marudu ngawi, insyaAllah!

Murabbi dua zaman - Ustaz Abdul Mutalib dan Saudara Zulhilmey Makmud

Ziarah ukhwah oleh peserta muslimat


Ziarah ke rumah muallaf yang cacat penglihatan

Friday, December 18, 2009

KRU Kundasang - Alasu Mengganti Lesu

Semangat tanganak Kg. Himbaan

15-16 Disember lepas mengukir kenangan terindah sepanjang berdakwah mendekati masyarakat Dusun, apabila lemah-lembut dan baik budi mereka diadun dengan semangat pahlawan yang sedia menyusur urat nadi untuk menggantikan sogit dakwah di bumi Kundasang dengan kealasuan cahaya Islam. Program bertumpu 'Islam Id Ginawo 09' yang dilaksanakan di Masjid Kundasang seusai menziarahi adik-adik yang bersunat di Rumah Putera Harapan, Ranau dan mengajar penduduk Kg. Himbaan di Bundu Tuhan membelek Bible berjaya melahirkan sekumpulan tanganak wagu sebagai penggerak saf hadapan memulakan aksi di bumi Kundasang.

Dalam masa sehari semalam, dibekali dengan keperluan dakwah dan dihalakan ke arah matlamat yang betul, serta diterjunkan ke lapangan sebenar dakwah, anak-anak muda ini menanamkan tekad menghapuskan logop (kaki botol) sedaya mungkin, menyantuni golongan fakir dan yatim, selain mengatasi masalah generasi muda yang kada ma'an (tiada kerja/menganggur) dan direncam oleh 1001 budaya kuning lain.

Berdoa sebelum turun ke lapangan

Menyampaikan sumbangan dan tazkirah kepada yang memerlukan

Mempromosi Istak sebagai alternatif muntokou di pekan Kundasang.
Hasilnya 4 kedai bersetuju menjual Istak sebagai alternatif arak.

Hasil perbincangan - masalah dan cara penyelesaian

Dengan semangat Maal Hijrah lahirnya KRU Kundasang, yang diberi julukan Kesatria Dakwah 01 (KD 01), untuk bersama-sama dengan ketumbukan remaja yang sedar di tempat-tempat lain, menjunjung Islam dan memimpin hari esok.

Selamat maju jaya, wahai kesatria!

Monday, December 14, 2009

Konsert Tour De Tahfiz Nazrey

Insya' Allah sepanjang bulan Disember dan masa terdekat ini PSS menganjurkan Konsert Tour De Tahfiz Nazrey Johani di semua kawasan-kawasan sekitar Sabah. Konsert ini bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membangunkan pusat tahfiz di Ranau.
Bagi yang belum menjumpai kotak dana bolehlah mencarinya di tempat-tempat berlangsungnya konsert ini atau terus berhubung dengan AJK pelaksana atau terus mem bank in ke akaun PSS.Semoga usaha murni yang ikhlas semata kerana Allah ini memberi kesedaran kepada masyarakat dan mendapat ganjaran disisiNya. Insya' Allah...

Monday, December 7, 2009

Ratusan Dapat Manfaat Kempen Beras PSS

Sejak sebulan Kempen 1 Keluarga 1 Kampit Beras PSS dilancarkan, ratusan individu kurang berkemampuan, golongan muallaf dan fakir miskin telah mendapat manfaat daripadanya. Program kemuncak Korban Sayang telah dilaksanakan meliputi daerah daerah Tambunan, Keningau dan Ranau sepanjang Hari Raya Aidil Adha selain sumbangan awal beras di kawasan Kota Kinabalu, Inanam dan Tuaran,

Keluarga Afendi Raihan di Kg. Log Poring, Sepanggar

Keluarga Azmi 13 beradik di Kg. Poring-Poring, Inanam

4 Keluarga Muallaf di Kg. Monsok, Tambunan

Keluarga Rizi di Kg. Binuwou Tengah, Sook

Keluarga Biah di Kg. Kemburongoh, Ranau


Sempat bertemu adik-adik di Rumah Putera Harapan, Ranau

Terima kasih kepada semua penyumbang dan penggerak persatuan. Selagi kalian semua ada untuk mereka sentiasa ada pelangi pada esok hari. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan hidup kalian diberkati. Amin.

Monday, November 30, 2009

Korban Kasih.....



Cuba bayangkan kamu ini adalah newly married couple. Bulan madu yang masih hangat. Dan Allah kurniakan seorang cahaya mata untuk menambahkan lagi kebahagian yang ada. Bayangkan moodnya saat itu. Bayangkan perasaan si isteri. Bayangkan perasaan suami yang begitu menghargai isterinya kerana telah menyerikan kehidupan mereka dengan kehadiran seorang cahaya mata.Apa agaknya yang akan seorang suami lakukan dalam mood yang begitu membahagiakan itu?

“Wahai isteriku, ayuh kita pergi berbahagia di suatu tempat percutian untuk meraikan kebahagian ini”. Pastinya ramai suami yang akan begini.Begitulah seakan-akan moodnya dalam kehidupan sepasang suami, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar.

Tapi bukan itu yang terjadi. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk membawa isterinya, Hajar dan anaknya Ismail ke Mekah. Lalu bergegaslah ketiga beranak itu ke sana. Hajar mengikut tanpa soalan. Pastinya segala perkara yang dilakukan oleh suaminya adalah yang terbaik.Bayangkan seketika perjalanan itu. Siang dan malam di padang pasir. Debu-debu halus, batu bata yang kasar. Setelah berhari-hari perjalanan, mereka tiba di Mekah.Tiba-tiba Nabi Ibrahim berbicara, “Aku akan meninggalkan kau dan Ismail di sini”.Bayangkan suasana itu. Tidak kelihatan langsung sumber makanan.

Bayangkan ketakutan hati seorang wanita di padang pasir itu. Bagaimana dia akan menghadapi malam-malam hari dengan anaknya? Binatang buas? Desert storm? Dan suaminya memberitahu semua itu tanpa memberinya peluang untuk berfikir.

Nabi Ibrahim tidak berpaling lagi dan meneruskan kembali perjalanannya ke Palestin kerana tahu itu adalah perintah Allah. Tapi Siti Hajar masih belum mengetahuinya. Tapi bayangkan juga perasaan seorang ayah yang akan meninggalkan bayi ciliknya yang paling disayanginya. Bayangkan perasaan seorang suami yang begitu mencintai isterinya. Tapi dia tidak berpaling lagi. Tidak ada rasa berbelah bahagi dalam mematuhi perintah Allah. Masya Allah!

Lantas Si Hajar mengikut jejak suami. Mengapa wahai Ibrahim kau mahu meninggalkanku? Mengapa? Mengapa? Berlinangan air mata tumpah meminta suami berhenti. Bayangkan seketika perasaan Ibrahim saat mendengar pujuk rayu sang isteri yang paling dicintainya. Tapi dia tetap tegar melaksanakan perintah RabbNya.
Tiba-tiba Hajar berbicara, “Adakah ini perintah Allah?”
“Ya”, balas Ibrahim. Terus Siti Hajar berbicara, “Maka pastinya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang beriman”.



Masya Allah! Bayangkan kalau kita di tempat Hajar.“Apa? Allah suruh tinggal kat sini? Apa aku nak makan kat sini? Apa nak jadi dengan anak aku”.
Mungkin itu bicara kita. Tapi dia redha menerima ketentuan Tuhannya.
Cuba bayangkan seketika saat dia melihat bayinya yang mugil itu. Kekuatan yang diharapkannya hanyalah dari Allah SWT. Bayinya mula menangis. Mungkin lapar seketika mampu dipujuk. Bayangkan saat anaknya kian lemah, menangis kerana starvation, kelaparan pada tahap melampau dan mungkin juga mati andai tidak mendapat makanan. Bayangkan seketika perasaan seorang ibu saat itu.

Lantas dia berlari-lari di antara Safa dan Marwa. Andai ada yang sudah pergi ke Mekah, perjalanan Safa dan Marwa hari ini adalah di atas susunan mozek, ditutupi oleh bumbung Masjidil Haram tetapi hakikat yang perlu dilalui oleh Hajar bukan begitu. Yang memayunginya adalah terik mentari sahara, yang menantinya adalah fatamorgana, jejak-jejak yang perlu dilaluinya adalah debu pasir yang berbatu.
Tidak sedikit pun dia mengeluh, “Ya Allah, mengapa kau melakukan aku begini?” Tidak sesekali dia berbicara begitu. Bayangkan semangat yang ada pada dirinya saat dia perlu melakukan semua itu selama 7 kali. Lantas turunlah pertolongan Allah, terbinalah telaga zam zam yang bukan hanya mengairi dan menghilangkan haus tekak Hajar dan Ismail, tapi jutaan manusia sehingga kini. Hebat! Semua itu kerana keikhlasan Hajar.



“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”. (Surah Attalaq:2-3)



Berjalanlah pula Ibrahim jauh dari tempat ditinggalkan isteri dan anaknya. Di belakang sebuah gunung dia berdoa.

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim:37)
Indah sungguh susunan doa tersebut. Bayangkan kita seorang ayah dan berada di tempat Ibrahim, mungkin sahaja doa kita begini, “Ya Allah, aku tinggalkan anak dan isteriku di tempat yang tiada siapapun, kurniakan mereka makanan dan minuman, kurniakan mereka keselamatan”.

Tapi bukan itu doa Ibrahim. Dia berharap agar dalam keadaan yang begitu terdesak itu, anak dan isterinya akan mendirikan solat. Masya Allah! Dia ingin anak dan isterinya sentiasa berhubungan dengan Allah. Kemudiannya barulah disebabkan perihal hal-hal yang lain agar anak dan isterinya terus bersyukur.



Ibn Abbas said, "'The Prophet Salla Allahu Alayhi Wasallam said, 'May Allah bestow His Mercy upon Isma'eel's mother! If she had left Zamzam - or if she had not cupped her hand - Zamzam would have been a flowing spring.' Ibn Abbas then said, 'So she drank and nursed her son. The angel then said to her, 'Do not fear abandonment, for a House for Allah (the Kaa'bah) will be built in this area by this boy and his father, and most certainly, Allah does not abandon His people.' [Al-Bukhari].
Kisah ini sangat panjang. Ada lagi yang lainnya. Semuanya menaikkan semangat kita untuk terus berjuang. Eid mubarak! Moga terus bersemangat!

Sumber yang sahih dan dalil kisah ini boleh diperolehi di
sini.








Friday, November 27, 2009

Innalillah Adik Ivan


Sebelum ini wajah Adik Ivan menjadi ikon perangsang untuk umat yang prihatin menderma kepada Tabung Harapan PSS bagi program Lawatan Berkala Hospital. Kini tidak lagi. Setelah hampir dua tahun susuk tubuh yang tabah ini dikenali dan disantuni oleh ahli-ahli PSS, beliau akhirnya tidak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafas yang terakhir sekitar bulan Oktober yang lepas. Kisah beliau boleh dibaca di sini. Al-Fatihah.

Hasrat asal kami menceria dan diceriakan oleh Adik Faizul yang kami kunjungi di Hospital Kota Belud lewat Sabtu tanggal 21hb November yang lepas sedikit tercalar bila dikhabarkan dengan berita tersebut oleh ibu Faizul. Berakhirnya perjuangan 2 tahun Ivan berhempas-pulas dengan kematian, dan sang ibu berkampung di hospital, tekad dan yakin dengan masa hadapan yang cerah untuk sang anak berakhir dengan sebuah kepahitan. Semoga mereka sekeluarga diberi ketabahan. Adik Ivan id ginawo sogigisom.

Teman sebelah bilik Ivan, Faizul yang beransur pulih di Hospital Likas lalu dipindahkan ke Hospital Kota Belud masih bernafas menggunakan mesin dan memerlukan tiupan motivasi berterusan supaya yakin untuk bernafas sendiri. Kegilaannya yang terkini ialah menonton DVD dan telatahnya berceloteh tidak ubah seperti dahulu. Beliau gembira menerima kehadiran kami dan bertanyakan seribu satu soalan berkaitan armor car yang kami bawa untuknya. Mujur sahaja teman serombongan kami termasuk ahli PALAPES pada petang itu. Kuatkan tekad, semoga Faizul cepat sembuh.


Monday, November 23, 2009

INTERNET...FACEBOOK....DAN...........

PENGGUNAAN Internet kian meningkat di kalangan penduduk negara ini dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia mula mengenali kebaikan yang mampu mengubah kehidupan.Apatah lagi dengan kemudahan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada Internet rancak dipromosikan, syarikat telekomunikasi menawarkan pakej dengan harga semurah RM49 sebulan.

Di sebalik celik Internet di kalangan warganegara Malaysia, timbul pula persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber, pencurian data dan sebagainya.Salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab mengawasi keselamatan 'online' di negara ini iaitu Cybersecurity Malaysia melaporkan hampir 2,937 insiden online berlaku pada tahun ini .
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol (b) Husin Jazri, mendedahkannya sebagai meningkat 68 peratus berbanding tempoh sama iaitu Januari hingga Oktober pada tahun lalu."Ia satu angka yang serius dan mungkin lebih banyak kerana insiden yang kami ada berdasarkan laporan dibuat."Cuba bayangkan insiden yang tidak dilaporkan, ia mungkin lebih banyak daripada kaca mata kita," katanya.Husin berkata, perkataan insiden digunakan organisasinya kerana laporan yang diterima daripada orang awam mungkin boleh dijadikan kes atau tidak bergantung kepada masalah online dihadapi pengguna."Masalah keselamatan komputer pada masa kini lebih kompleks, ia bukan lagi berkaitan isu teknikal tapi sudah membabitkan isu moral dihadapi pengguna yang mengakses Internet," katanya.Malaysia akan bersama dunia pada 30 November ini bagi menyambut Hari Keselamatan Komputer, menunjukkan isu keamanan suasana perkomputeran perlu dititikberatkan dalam usaha memberikan kehidupan bahagia tanpa ancaman siber.

"Kita masih di peringkat awal dalam dunia Internet, namun perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan jenayah siber yang boleh mengakibatkan kehidupan musnah hanya kerana satu klik," katanya.Menurutnya, jumlah 16.5 juta pengguna komputer peribadi (PC) di negara ini menunjukkan pelbagai transaksi berlaku sama ada perbankan, sosial dan sebagainya yang berupaya mengundang ancaman."Malah, aktiviti sosial di laman web seperti Facebook, MySpace dan banyak lagi memungkinkan gejala tidak sihat berlaku sekiranya tidak dikawal dengan baik," kata Husin.

Beliau mendedahkan, laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu."Ia angka yang bagus menunjukkan kadar celik teknologi maklumat (IT) di kalangan pengguna, namun pengguna juga perlu celik keselamatan kerana ia penting bagi memelihara identiti," katanya.Tambahnya,ini berikutan 2,937 insiden yang berlaku sehingga Oktober lalu membabitkan masalah menumpang identiti orang lain, perkhidmatan dinafikan, penipuan dan pemalsuan, terdedah kepada niat jahat, gangguan kandungan tidak senonoh, kod jahat atau 'malicious' dan gangguan sistem. Malah, tidak terkecuali masalah kegiatan menyamar sebagai individu tertentu dengan tujuan mengaibkan atau mengaut keuntungan yang mula menular mencari mangsa untuk ditipu.

Ketua Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), Adli Abd Wahid, memaklumkan hampir 151 kes membabitkan gangguan di Internet dilaporkan kepada pasukannya."Insiden tertinggi dilaporkan pada Februari lalu dengan 23 laporan manakala Julai mencatatkan angka kedua tertinggi iaitu 22 laporan," katanya.Beliau berkata, setiap insiden boleh disusuli dengan laporan polis memandangkan organisasinya tidak bertanggungjawab sebagai penguat kuasa."Gangguan di Internet boleh tergolong dalam kategori 'cyberstalking' atau 'penghendap siber'," kata Adli.

Penghendap siber didefinisikan sebagai penggunaan Internet atau saluran elektronik lain untuk menghendap orang lain dengan tujuan jahat sama ada sebagai individu atau organisasi.Kelakuan ini termasuk tuduhan palsu, memfitnah, mengancam, mengeksploitasi seks, menyalahguna e-mel orang lain, mencuri identiti dan mengumpul maklumat orang lain yang bertujuan mengganggu individu terbabit.

Adli berkata, terdapat insiden dilaporkan menunjukkan e-mel mangsa diconteng pada dinding tandas yang mengatakan mangsa ingin menawarkan perkhidmatan seks."Pada kebiasaannya, pemangsa adalah individu mengenali mangsa seperti bekas teman lelaki atau suami yang mahu membalas dendam," katanya.Beliau berkata, pasangan kekasih atau suami isteri mengetahui data lengkap pasangan masing-masing dan membalas dendam dengan membocorkan maklumat peribadi sebaik mereka berpisah.Dalam pada itu, Husin menambah, terdapat mangsa yang berada dalam keadaan trauma apabila identitinya dicuri dan didaftarkan sebagai pengguna palsu di laman web sosial selepas dia memutuskan hubungan.

"Maklumat mangsa didaftarkan ke akaun MySpace dengan menyatakan mangsa berminat untuk menawarkan khidmat seks," katanya.


Tidak beberapa lama dulu, berlaku kes sama yang dihadapi pelakon terkenal tanah air, Haliza Misbun apabila identitinya dimuatkan dalam akaun Facebook.Nama baik Haliza, 36, tercemar dengan perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dirinya, sekali gus, 'melayan mesra' peminat pelakon itu yang mendaftar masuk dalam senarai kenalan.Haliza membuat dua laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada 11 September lalu dan Balai Polis Bukit Indah, Ampang, Selangor (12 September).

Selain itu, pelakon terbabit turut menghantar kedua-dua salinan aduannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya untuk tindakan susulan.Berdasarkan laporan Harian Metro, Haliza memaklumkan dia malu dan kesal apabila ada individu tidak bertanggungjawab sanggup menipu peminat dengan menyamar sebagai dirinya di Facebook dan dianggap mencemarkan imejnya.

Baru-baru ini, terdapat laporan di San Francisco, Amerika Syarikat yang melaporkan lima pengguna Facebook menyaman rangkaian sosial Internet itu kerana membenarkan anggotanya berkongsi aspek kehidupan dalam laman web.Tindakan undang-undang yang difailkan di sebuah mahkamah di selatan California menuduh Facebook menjadi 'lombong' data dan tidak menunaikan janji untuk memberikan pengguna kawalan ketat terhadap data yang dimasukkan ke dalam profil.Saman itu menuntut bayaran ganti rugi, namun Facebook menolak saman itu dengan mendakwa ia tidak berasas.

Antara plaintif ialah seorang wanita yang menyertai Facebook pada fasa awalnya ketika keanggotaannya dihadkan kepada pelajar kolej.Facebook dituduh mengkhianati wanita itu dengan menjadikan laman berkenaan rangkaian sosial terbuka yang hingga kini dianggotai 250 juta orang di seluruh dunia.Laman web itu satu bentuk medium sosial media kerana lebih menghubungkan seseorang secara santai yang mungkin bertebaran jauh, merentas benua menerusi platform Internet.

Pengguna boleh meluahkan perasaan atau pandangan menerusinya dan pada masa sama sebagai platform untuk memperkenalkan diri dan menggambarkan identitinya yang sebenar.Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati ketika mendedahkan maklumat di laman sembang kerana Facebook dan laman sembang lain juga pernah dikaitkan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat satu ketika dulu.Kebimbangan mengenai keselamatan data mungkin timbul jika ada pengguna Facebook yang menyalahgunakan maklumat atau profil seseorang untuk tujuan tertentu dengan menjual maklumat itu kepada syarikat tertentu kerana dalam banyak keadaan, tidak ada sistem yang dijamin selamat.

Maklumat peribadi yang disimpan dalam laman sosial boleh digunakan sesiapa saja untuk menghantar virus atau spam menerusi e-mel kerana menerusi Internet, seseorang itu boleh menjadi sesiapa saja tanpa perlu menyalurkan maklumat sebenar.Pengguna sendiri perlu menjadi penapis kepada semua maklumat yang mahu disiarkan.

Kalau dilihat senario semasa, tidak semua pengguna laman sembang mahu mendedahkan identiti sebenar dan lebih selesa menggunakan nama samaran yang bertujuan untuk berseronok semata-mata.Menyentuh mengenai tindakan jika menjadi mangsa di laman web sosial, Husin berkata, pengguna boleh melaporkan kepada organisasinya kerana agensi terbabit lebih dikenali kerana di bawah pengawasan kerajaan."Sekiranya pengguna mengalami insiden akaun diceroboh tanpa kebenaran dan kecurian maklumat, bolehlah merujuk kepada kami menerusi perkhidmatan Cyber999," katanya.

Tambahnya, jika mangsa melaporkan mengenai insiden mereka terus kepada pengurusan laman web sosial, ia mungkin sukar dipercayai namun jika menggunakan khidmat Cyber999 mungkin dapat mengukuhkan laporan terbabit.Justeru, pengguna perlu bijak memelihara data peribadi agar nasi tidak menjadi bubur pada kemudian hari yang memberi kesan negatif kepada kehidupan.

Friday, November 20, 2009

Adakah anda bertelekung ketika solat atau tidak?



“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”

“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.

Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!

Begitukah?

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:

Yakin telah masuk waktu
Menutup aurat
Mengadap kiblat
Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.

Jadi, wajibkah?

Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”


Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..”

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?

Thursday, October 29, 2009

Penenang Jiwa....

Saturday, October 24, 2009

"aKu SePaSaNg SeLiPaR JePuN"


Namaku SiPun, aku adalah dari bangsa slipar Jepun. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai selipar atau kasut. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas.

Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di dalam tandas.



Tapi jangkaanku meleset. Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag dinamakan usrah rupanya.




Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mncoretkan warkah ini.




Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke masjid bersamanya seorang. Di sana beliau mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu.




Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika dibawa ke masjid.




Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid.




Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak rakan-rakan ke masjid.




Sekarang aku tidak bersendiri lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi tuanku. Aku tumpang berbangga.

Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur.




Semua selipar atau kasut akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Kaata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia.




Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum dengan kebolehannya.Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar beliau memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang.



Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal. Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini.




Aku mungkin hanyalah sepasang selipar jepun, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan.

Pada saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku nukilkan pada kalian.Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan. Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku.



Dalam berkata-kata hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki, lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis. Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam kalian dari belakang.




Tambahkanlah ilmu kalian, maka orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid.




Ingatlah, bersukan, muzik, berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak hidayah ke dalam diri teman kalian.




Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian. Apatah lagi aku hanya sepasang selipar jepun yang murah. Kalian tidak perlu memaafkanku kerana aku hanyalah sepasang selipar jepun. Tetapi maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah.




Sebelum lidah seliaprku ini bergetar deras, cukuplah dulu nukilan dariku, sepasang selipar jepun seorang da`i.




Glossari:
Daie = orang yang mengajak (kepada kebaikan dan meniggalkan keburukan)

Mad'u = orang yang diajak oleh orang yang mengajak.

Usrah = (asal Bahasa Arab) keluarga





artikel asal :
http://cintaagong.blogspot.com/

Friday, October 23, 2009

Kempen "1Keluarga 1Kampit Beras"


Salurkan sumbangan anda ke akaun:

CIMB : 12180099132527
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman)

atau hubungi 0198110964 untuk menghantar beras terus ke tempat kami / diambil beras dari tempat anda. Minta dimaklumkan sebarang sumbangan. Terima kasih.

Monday, October 12, 2009

RUMAH TERBUKA PSS-KRU

RUMAH TERBUKA PSS-KRU DAN PROGRAM SINARAN ROHANI

Tarikh : 17 Oktober 2009
Tempat : Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu
Masa : 8.00 pagi

SEMUA DIJEMPUT HADIR, SILA BAWA BERSAMA SEDIKIT MAKANAN, HIDANGAN 'POT-LUCK'

Tuisyen Rakyat PSS

Tanggal 6-8 Oktober yang lepas, sebermula cuti PMR yang lepas melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 1 dan 2, Persatuan Siswazah Sabah Kota Kinabalu berjaya melancarkan kelas rintis Tuisyen Rakyat PSS melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan 1 SMK Likas. 10 orang pelajar tersebut mengikuti kelas tuisyen bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Agama Islam, Sains dan Matematik dengan dibimbing oleh 2 orang guru sukarela. Kelas tuisyen tersebut diadakan di pusat operasi PSS di Kampung Likas dan menelan belanja sekitar RM300.00 untuk kos makanan, bahan dan pengangkutan pelajar.

Tuisyen Rakyat PSS mempunyai orientasi untuk mengembangkan minat belajar dan memupuk nilai cintakan ilmu sejak dari kecil lagi. Walaupun kelas dianjurkan tanpa mengenakan sebarang yuran, pelajar dididik dengan rasa tanggungjawab sejak awal kelas supaya tidak terdetik niat untuk membazirkan masa dan tenaga diri mereka selain tenaga pengajar.

Seorang peserta Tuisyen Rakyat, Saudara Rezuan Rosli yang berasal dari Kampung Binowou Tengah, Sook ketika ditanya pendapatnya berhubung kelas tersebut menjawab, "Ini pertama kali saya mengikuti kelas tuisyen di mana saya dikehendaki memasak sendiri makanan, dan menyedia dan mengemas sendiri tempat tidur. Tidur di tempat tuisyen itu sudah suatu kelainan, tetapi apabila kami dibawa mandi air terjun pada hari kedua, saya berani katakan Tuisyen Rakyat ini nyata berbeza!"

Tuisyen Rakyat yang dibuat ala Kem Motivasi ini selain menekankan aspek akademik dan kecergasan badan, sama sekali tidak mengabaikan aspek rohani pelajar. Malah, pelajar diwajibkan untuk solat secara berjamaah selain diajar dengan zikir-zikir harian yang sepatutnya menjadi kelaziman pelajar Muslim. Lebih daripada itu, Tuisyen Rakyat mensasarkan pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk dipilih sebagai peserta.

Timbalan Presiden PSS yang mencetuskan program tersebut ketika dihubungi mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan untuk memastikan ia dapat diteruskan pada masa hadapan, selain menyeru supaya tenaga ahli persatuan di tempat-tempat lain digembleng dengan semaksima mungkin bagi menjayakan Tuisyen Rakyat di serata pelusuk negeri.

"Amanah mendidik ini adalah beban ke atas setiap individu tidak kira samada ilmu mereka banyak atau sedikit, mereka berharta atau tidak, atau mereka berkecimpung di dalam bidang pendidikan atau apa-apa bidang sekalipun. Mahu atau tidak yang menjadi persoalan," ujar beliau mengakhiri perbualan.

*Mereka yang berminat menyumbang untuk memastikan kesinambungan Tusiyen Rakyat, atau berhasrat melontarkan persoalan atau pandangan bolehlah menghubungi terus penyelaras Tuisyen Rakyat di 0198110964.

Friday, October 2, 2009

Have you ever eaten a bug?

Everyone, or at least the majority of people who had some contact with nature/wild vegetation, has already seen or had the experience with the warble fly. It consists of the larva (first phase of life circle) of the fly Dermatobia hominis penetrating a healthy skin to develop. During the period that the larva develops inside de skin, the area with the parasite puffs up and presents an orifice from which the insect breaths. In humans it is easier to identify due to the local pain.

Recently Billy had the parasite in his leg. When I arrived at his enclosure I noticed the larva and asked him to take a look. In the beginning he was suspicious of me, but after I explained to him what it was, showing him, Billy leant on the fence to make it easy for me to handle it. As long as I pressed, Billy just watched the removal of the insect. But when the insect really started to come out, he behaved not only as a patient, but also a real assistant of the process.
The removal of this insect is hard and demands strength and persistence. Both of us did not give up and Billy was getting more excited and anxious while the larva was getting out, pulling it carefully so it would not be crushed. After a while we were able to remove it and Billy got it with his hand and quickly ate it.
To most of people this can seem to be an unpleasant and disgusting attitude, but the act of eating insects (entomofagy) appeared with the first hominids and currently it happens in more than 100 countries in the world. Insects are very rich in proteins. At the same chicken meat and beef have 23% and 20% of protein, in this order, a fly's larva has about 55% of protein. Apart from that, the insects have significant quantities of lipids and are rich in Na, K, Zn, P, Mn, Mg, Fe, Cu and Ca.In our contemporary world, Asian people and Indians are the ones with the highest consumption of this kind of food. They keep an ancestor habit. It is something like our "DNA memory". And who never ate something disgusting? But do not be afraid, because many things that we eat have are directly connected to our subconscious wishes. A classical example of this is geophagy (ingest of soil), which can be a sign of the lack of some minerals common in soils.

Based on everything presented, I am sure that your vision related to this attitude, which can seem bizarre, must have changed. I do not want to say that from now on you are going to start to hunt flies and collecting ants for lunch. What I want to show is the fact that observing in chimpanzees some singular ancestor's roots makes us see that some of their habits are also our habits, presented in our daily routine. It is not possible to deny it. We, Homo sapiens, considered to be more evolved, how did we inherit this habit? Whose blame is this? Our ancestors, who, no matter what, are presented in our DNA...











Pencarian Diri....

Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup kita???

Inspirasi Laskar Pelangi

Tidak semua dari kita dilahirkan dalam dulang emas. Dan tidak semua dari kita yang lahir terus mengecap kemewahan. Ada yang terbatas kehidupannya. Ada di antara kita yang lahir diceruk kampung, jauh dari kemudahan, jauh dari segala peralatan moden.

Tetapi, ketahuilah bahawa keterbatasan itu tidak sesekali boleh menghalang kita dari terus berusaha, dari terus maju, dan kita mesti memperbaiki kehidupan kita untuk menjadi lebih baik.

Keterbatasan atau kemiskinan tidak sama sekali membezakan akal dan kemampuan berfikir kita dari orang lain. Itu cumalah satu ujian kecil kepada kita. Maka, marilah kita terus bangkit dan bangun mencapai cita-cita kita kerana,

Setiap orang berhak bermimpi dan menjadikan mimpi sebagai satu realiti!

Video kali ini adalah video semangat anak-anak Laskar Pelangi yang tidak pernah mengeluh dan sedih dalam kesempitan mereka tetapi sentiasa bersemangat untuk meneroka hidup dan minda mereka.

Hayati dan nikmaatilah..

Saturday, September 19, 2009

Seru PSS; Robahlah Rayamu!

Program XPDC Ukhuwwah Ramadhan.
Mengajar di SMK Likas.
Laptop dan kamera dicuri.
Pulang ke kampung halaman.


Itu semua alasan laman ini mula bersawang. Alasan yang entah lulus oleh perhitungan Allah atau tidak. Itupun kalau laman ini punya nilai dakwah.Wallahua'lam.


XPDC Ukhuwwah Ramadhan mencapai 75% sasaran. Kampung Monsok, Binowou Tengah dan Himbaan berjaya diterjah dalam masa 4 hari yang padat. Seterusnya Kampung Kionsom Kecil, Kanibongan dan Saab berjaya ditembusi. Sementara Kampung Kobuni, Nunuk Ragang dan Luanti diserahkan kepada rakan-rakan NGO yang lain. Tinggallah Kampung Estet Tenghilan dan Topokon yang akan dikunjungi sebagai sebahagian daripada program raya pula. Kampung-kampung ini tidak boleh diabaikan. Di Topokon terdapat dua kes aqidah perlu dibantu, begitu juga masalah muallaf di Kampung Estet Tenghilan.


Semalam Azmi, abang sulung daripada 5 beradik di Rumah Anak Yatim Tambunan menghubungi. Beliau punya masalah untuk pulang beraya. Mujur sahaja tambangnya untuk pulang 5 beradik mencukupi. Begitu juga adik-beradik Firdaus seramai 6 orang. Pastinya raya ini mereka menantikan kunjungan abang-abang dan kakak-kakak PSS di Kampung Kemborongoh, Ranau. Dan pastinya mereka mengharapkan kunjungan itu tidak dengan tangan kosong.


Minggu lepas sehari sebelum pulang ke semenanjung saya sempat bertanyakan keadaan hidup beberapa orang pelajar yang tinggal di asrama, terdiri daripada pelajar miskin dan anak yatim. Salah seorang daripada mereka, Adik Sufry, mempunyai 8 beradik, bapanya tidak bekerja kerana sakit teruk dan ibunya yang terpaksa membanting tulang sebagai tukang sapu dengan gaji RM400 sebulan. RM400 untuk 10 beranak sebulan. Sufry hanya mendapat duit poket RM10 sebulan daripada ibunya. Rupanya rata-rata pelajar di situ hidup dalam keadaan sama. Baju mereka yang kelihatan tidak kemas dan selalu tidak dimasukkan ke dalam seluar bukan kerana mereka samseng, tetapi kerana baju tersebut telah dipakai begitu lama, sehingga sudah kecil dan susah hendak dimasukkan. Usah bertanya tentang baju raya; sepasang baju melayu khas yang disimpan di dalam almari di rumah dan hanya digunakan ketika raya, begitulah takrif baju raya baru bagi mereka. Mujur sahaja ada insan-insan budiman yang sudi menghulurkan wang, membolehkan 5 daripada mereka merasa memakai baju dan kopiah baru tahun ini.


Hakikatnya, raya telah terlalu lama disalahertikan. Kewajipan membeli berpasang-pasang baju baru, menukar langsir, mengecat rumah dan menambah garaj telah menyebabkan 'maraton memberi' yang telah dibiasakan di bulan Ramadhan terhenti dengan mengejut, menjadi 'maraton membazir dan membeli'. Begitu juga anak-anak yang dibiasakan menagih duit raya dan melantak juadah raya sebagai tanda balas dendam berpuasa selama sebulan. Hairankah jika anak-anak merengek kerana baju raya hanya sepasang dan kuih raya hanya dua tiga jenis? Mampukah mereka menghayati kehidupan golongan kurang berkemampuan sebagaimana yang dituntut oleh Ramadhan? Berikan mereka wang poket RM10 sebulan dan tunggu apa kata mereka. Sedangkan sambutan Eid Fitri, yang bermaksud kembali kepada fitrah itu seharusnya menjadi pecutan permulaan kepada hidup yang lebih bersederhana, dengan keazaman membantu mereka yang kesusahan dan meringankan beban yang kekurangan.


JOM!!
Jadikan raya pada tahun ini lebih baik daripada sebelumnya..


*PSS mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk lebihan atau serdak kuih raya untuk dibawa ke kampung-kampung muallaf, lebihan baju raya buat menutup aurat penduduk miskin yang tidak berpakaian dan baki batu-bata yang telah anda gunakan untuk membesarkan rumah untuk membina rumah bagi mereka yang hidup berbumbungkan langit di Negeri Bawah Bayu ini. PSS juga menerima sumbangan duit raya daripada baki bonus raya yang tidak digunakan atau sisa duit RM1 yang telah ditukar tetapi tidak sempat diagihkan kepada saudara-mara. Sebarang maklumat bolehlah menghubungi Saudara Nadir di 0198110964. Terima kasih.

Thursday, September 17, 2009

JAWATANKUASA Islamic Summer Camp (ISC) kali-3

Penaung:

En. Bunyamin Bin Bakri (Presiden PSS)

Penasihat:

Sdr. Mohd Nadir Al-Nuri (Timb. Presiden PSS 1)

Sdri. Siti Faridah Binti Saidin (Exco PSS-Pembangunan pelajar)

MAJLIS TERTINGGI

Pengarah:

Azizul Bin Julirin

Timb. Pengarah 1:

Ahmad Fauzi Bin Saifuddin

Timb. Pengarah 2:

Nur Insyirah Binti Sunoto

Setiausaha:

Syarimah Binti Sakka

Bendahari:

Mohd Fanshuri Bin Badaruddin

AHLI JAWATANKUASA

1) Pengangkutan dan Keselamatan

Mohd Khairuddin Bin Daud

Norhanisah Binti Butai

2) Penyertaan dan Kebajikan

Saibul Bin Manung

Rita Binti Radin

3) Pengisian dan Penerbitan

Mohd Zul Hilmey Bin Makmud

Azinni Binti Salimin

4) Makanan dan Logistik

Mohd Dehya Al-Qalbi Bin Dzulkarim

Nuraziah Binti Ali Akbar

5) Protokol dan Dokumentasi

Mohd Hazwan Bin Hassan

Azie Nor Mazwani Binti Shahari

6) Teknikal dan Persiapan Tempat

Yusuf@Joseph Bin Saidin

Nafisah Binti Matli

7) Tajaan dan Jualan

Mohd Fanshuri Bin Badaruddin

Fauziah Binti Saidin

***

Ahli jawatankuasa penuh untuk Unit Pengisian dan Penerbitan:

Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud (Raes)

Azinni Binti Salimin (Raesah)

Mohd Al-Amin Bin Hj Utoh Said

Zaiem Al-Hilmi

Renifezri Bin Mohamad

Mohd Fairuz Bin Bend

Ahmad Azhari Bin Senan

Norasidah Binti Jamian

Siti Rohana Binti Norakim

Siti Maryam Binti Dawalih

Nazifatunnisa Binti Salim

***

Untuk perhatian:

a) Sahabat-sahabat PSS@adik-adik KRU yang tidak ada nama di atas akan diserapkan dalam jawatankuasa penuh setiap unit yang telah dibentuk. Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh hubungi setiap Ketua @ Timb. Ketua unit untuk maklumat lanjut.

b) Kepada mana-mana pihak yang ada kemusykilan@pertanyaan, sila hubungi individu berikut:

Azizul Bin Julirin—0198106351 ; (Pengarah program):

[Untuk urusan—maklumat program, penyertaan AJK penuh, maklumat peserta, dll]

Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud—0137143840 ; (Unit Pengisian dan Modul):

[Untuk urusan—fasilitator program, modul, bahan-bahan terbitan, dll]

KEM REMAJA ISLAM PUTATAN

Pelik...Hairan...

Mungkin itulah perkataan-perkataan yang terpacul dari mulut beberapa orang ahli PSS. Ya...kenapa tiba-tiba ada KRIS PUTATAN??? Bukankah sekarang nih kita telah melalui fasa KRC dan bakal menempuh ISC???

Apapun persoalan yang timbul, itu bukanlah masalah kepada pengarah KRIS Putatan, Saudara Afifie. Niat untuk membangunkan remaja Putatan perlu diteruskan. Hasilnya, program ini berjaya dilaksanakan walaupun secara add-hoc. Syabas kepada Pengarah dan Krew-krew KRIS Putatan.(Lihat Lampiran 1dan 2)



Lampiran 1


Lampiran 2

How To Keep On Doing Good Deeds After Ramadhan?

The well known Saudi scholar Sheikh `Abdullah Ibn Jibreen states:

Dear brother, here are ten means of keeping on doing good deeds after Ramadan:

1. Seek Allah's support, beseeching Him Almighty to guide you to the right path and help you remain steadfast in faith. Allah Almighty has praised the supplication of those who are of sound instruction when they (have ) said: [Our Lord! Cause not our hearts to stray after Thou hast guided us, and bestow upon us mercy from Thy Presence. Lo! Thou, only Thou art the Bestower.] (Al `Imran 3: 8)

2. Be keen on being in the company of the righteous and attending dhikr meetings such as religious lectures or visiting a righteous friend to make dhikr (remembrance of Allah) together.

3. Acquire knowledge about the biographies of the Prophet's Companions (may Allah be pleased with them all) and the righteous believers by reading books and listening to tapes. This will stimulate you to keep firm in faith and follow in their footsteps.

4. Listen to tapes that deal with religious admonitions and righteous speeches.

5. Be keen on observing the obligatory acts of worship.

6. Keep on offering supererogatory acts of worship; do what you are most inclined to and can do regularly, even if it is little. The Prophet (peace and blessings be upon him) said, "O people! Do only those good deeds which you can do, for Allah does not get tired (of giving reward) till you get tired, and the best deeds to Allah are the incessant ones, even though they may be few."

7. Start learning Allah's Book by heart. Recite what you have learned during Prayer and keep reciting the Qur'an as much as you can.

8. Perform dhikr a lot and ask Almighty Allah for forgiveness. This may seem a tiny good act, yet observing it regularly increases faith and strengthens the heart.

9. Keep away from every thing that may cause your heart to divert from the right path such as bad people, indecent television programs, pornographic pictures, and love songs.

10. Last, but not least in importance, truly repent to Almighty Allah and be keen on not deviating from the right path again. Allah Almighty rejoices when His bondman returns to Him Most High in true repentance.

Dear brother, do not be one of those who do not pay heed to Allah Most High except in Ramadan. The righteous predecessors said about them, “Woe to those people who do not become mindful of Almighty Allah but in Ramadan!”

May Allah help you be steadfast in the right path until you reach the following Ramadan in best health and condition.

Excerpted, with slight modifications, from: www.islamtoday.com

Tuesday, August 25, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Monday, August 10, 2009

Jelajah Ukhuwwah Ramadhan PSS


Ramadhan ini Persatuan Siswazah Sabah berhasrat mengadakan jelajah ukhuwwah ke 11 kampung muallaf di sekitar Pantai Barat Sabah. Jelajah ini akan mensasarkan 3 kriteria kampung;

1. Kampung yang pernah diziarahi atau menjadi tempat program PSS dan lain-lain organisasi di dalam Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN),

2. Kampung yang pernah dijejaki oleh PSS untuk menyelesaikan masalah aqidah dan pengabaian Islam oleh penduduk setempat, dan

3. Kampung-kampung angkat PSS yang sedang dibangunkan.

Jelajah dengan perancangan aktiviti Program Pengukuhan Solat untuk pelajar sekolah dan remaja, Ceramah Kesedaran Ramadhan untuk dewasa, Ceramah Kekeluargaan Umum, Ziarah Mahabbah Saudara Baru dan Penyampaian Sumbangan serta Gotong-Royong Ifthar dan Qiam akan meletakkan objektif-objektif berikut untuk dicapai di setiap kampung;

1. Peningkatan kesedaran menunaikan solat di kalangan remaja dan pelajar sekolah, dengan menguasai pergerakan asas solat dan 70% bacaan dalam solat,

2. Penghayatan erti berpuasa dan amalan sunat di bulan Ramadhan, dan penerapan Islam sebagai budaya pengurusan atau management tool untuk keluarga,

3. Rehabilitasi semangat saudara baru untuk mengamalkan agama Islam dengan penerapan semangat kasih-sayang umat sejagat.

Program akan berjalan dengan kekuatan pasukan seramai 10-15 orang dan dalam tempoh selama satu hari satu malam di setiap kampung, dan memerlukan biaya minimum sekitar RM600.00 untuk setiap kampung.

PSS mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kewangan, pakaian terpakai dan barang makanan bagi tujuan menjayakan agenda besar tersebut. Mari beramal di bulan Ramadhan. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman di 0198110964. Syukran.

RAY Tambunan; Kasih Dicari Sayang Diburu

Ziarah kali pertama. Bergambar bersama sebahagian penghuni RAY Tambunan.

Dalam tempoh sebulan tiga kali kami menziarahi RAY Tambunan. Kali pertama setelah selesai Program Pemantapan Solat di SMK Nambayan, Tambunan pada 12 Julai 2009, kali kedua bersama Azhan Atan pada 25 Julai 2009 dan kali terakhir pada 1-2 Ogos 2009 bila kami berkampung di sana bersama Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Sabah dalam Program Pemantapan Aqidah. RAY Tambunan menempatkan 150 orang penghuni Muslim, 70 lelaki dan 80 perempuan yang berusia daripada 7 tahun sehinggalah 19 tahun. Ia dikelola oleh JHEAINS dan selain anak yatim, turut menerima kemasukan anak-anak yang miskin, anak-anak peninggalan ahli keluarga yang murtad dan yang bercerai.

Kali pertama bertujuan untuk meraikan hasrat Cikgu Jamil supaya kami menziarahi keluarga Ven, atau Win 5 beradik yang ditempatkan di situ. Kami disambut oleh Azmi, Khairul, Hasan, Alif dan Azura. Mereka berlima berasal daripada Kg. Poring-Poring, Inanam dan telah beberapa bulan tinggal di sana. Hasan baru dua bulan masuk setelah dilepaskan semula oleh keluarga angkatnya.

Berasal daripada keluarga muallaf yang susah dengan 13 adik-beradik, Cikgu Jamil di bawah PUM mengambil inisiatif menempatkan mereka di situ. Mereka adalah anak ke-8 hingga ke-12 dalam keluarga, dan bapa mereka telah meninggal dunia sekitar 2 tahun yang lepas. Seperti rata-rata keluarga muallaf Dusun lain yang memeluk Islam kerana perkahwinan, keluarga mereka tidak pernah didedahkan dengan ilmu Islam, sehinggakan 2 daripada kakak mereka telah berkahwin dengan non-muslim.

Pada pertemuan kali kedua, saya berbual dengan Azmi, abang sulung di situ yang berumur 14 tahun dan bertanyakan keperluan mereka lima beradik. Dia seorang yang cukup bertanggungjawab dan kerap dapat dilihat bergurau bersama adik-adiknya yang lain. Beliau menyatakan bahawa segala keperluannya telah cukup, tetapi setelah didesak beberapa kali, mengakui bahawa beg sekolahnya telah koyak dan beliau terpaksa meminjam beg sekolah kawan untuk ke sekolah. Saya menjanjikannya beg sekolah baru dan meninggalkan pesan supaya beliau menjaga adik-adiknya dengan baik, selain menyatakan akan menyampaikan salamnya kepada ibu di rumah. Beliau mengangguk dan menggenggam tangan saya erat seolah tidak mahu dilepaskan.

Program Pemantapan Aqidah minggu berikutnya membolehkan kami mengenali penghuni RAY Tambunan dengan lebih dekat memandangkan RAY adalah tempat berlangsungnya program untuk golongan dewasa, sedangkan pelajar sekolah dikumpulkan di SMK Tambunan. Kami sempat menganjurkan satu slot program bersama penghuni RAY, saya sempat menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada Azmi, dan selain itu, kami bertemu pula dengan keluarga Auntie Maineh Radin, atau Liaina. Beliau datang membeli buku motivasi untuk anak-anaknya di gerai buku kami, dan mendengar pelat Dusunnya, saya mula menemuramah.

Rupanya Auntie Liaina mempunyai ENAM orang anak di RAY Tambunan! Mohd Firdaus-16, Mohd Fahmi-14, Nurain Hajratul Aswani-13, Mohd Faridzuan-12, Nurul Rabiatul Adawiyah-11 dan Nurain Nahdatul Syuhada-10, telah menetap di sana selama beberapa tahun, lebih ramai dan lebih lama daripada keluarga Azmi Ven. Berasal daripada Kg. Kemborongoh, Ranau, Auntie Liaina akan datang setiap sebulan atau dua bulan sekali dengan bas ke RAY Tambunan untuk menziarahi anak-anaknya. Setiap kali datang, dia akan menumpang di asrama selama 3-4 hari supaya dapat lama bersama anak-anaknya, menunggu keseorangan ketikan anak-anaknya ke sekolah dan menghitung waktu yang tinggal sebelum terpaksa pulang ke kampung. Apakan tidak, keenam-enam itulahnya cahaya matanya yang ada, dan semuanya terpaksa ditinggalkan kepada budi orang kerana beliau tidak mampu menyara mereka.

Sebahagian keluarga Auntie Liaina. Berbaju jingga ialah Auntie Liaina, biru belang putih Adik Firdaus dan baju kurung merah, Adik Rabiatul.

Bapa mereka meninggalkan mereka pada usia Firduas 7 tahun, dan sejak itu, Auntie Liaina menampung kehidupan dengan menoreh getah, menanam dan melakukan kerja-kerja kampung yang lain. Kami spontan menghulurkan sumbangan kepada beliau dan dengan terharu, beliau menjemput kami ke rumahnya pada hari raya nanti. Apabila saya bertanya kemudiannya kepada Adik Rabiatul berhubung punca mereka tidak boleh balik berpuasa seminggu, dua bersama ibu di rumah, jawapannya mudah,

"Ustaz, kalau balik masa puasa masa raya takde dah la duit untuk balik masa raya."

Saya tersentak. "Duit untuk balik raya macam mana?"

"Kami dah kumpul daripada dulu lagi. Kalau ada tetamu datang, bagi duit, kami simpanlah untuk buat tambang nanti.."

Saya tidak tergamak untuk bertanya samada duit tambangnya telah cukup untuk pulang, atau dari mana beliau akan mencari duit untuk membeli baju raya. Itu akan dibincangkan dengan ibunya.

Saya memohon kepada mana-mana individu yang berkelapangan untuk menziarahi dua keluarga ini, dan lain-lain penghuni RAY Tambunan sekiranya berkelapangan. Mungkin secara material mereka agak selesa, tetapi dari sudut pengisian rohani yang tersusun, pembangunan sahsiah dan kasih-sayang daripada masyarakat luar yang prihatin, mereka masih memerlukan tangan-tangan yang sudi menghulur.

Penghuni RAY Tambunan mendengar kuliah maghrib yang disampaikan Ustaz Mukhtar.

Mereka akan seronok setiap kali menerima kunjungan orang luar, walaupun bukan daripada ahli keluarga mereka.

Tahniah kepada pengurusan RAY Tambunan, khususnya guru-guru pembimbing kerana tidak mengenal erti penat lelah mendidik anak bangsa.

penggerak program Pemantapan Aqidah bersama sebahagian pengurusan RAY Tambunan. Dari kiri Ustaz Mazri, Ustaz Idris, Ustaz Hatta, Haji Ayub, Ustaz Saifuddin dan beberapa orang pembimbing guru muslimat.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons