2 Mei 2012, SMK Sanzac - Tidak seperti Usrah Mingguan Sanzac sebelum ini, usrah pada kali ini diadakan pada hari Rabu berbanding hari Khamis pada kebiasaannya. Apa yang istimewanya usrah pada kali ini ialah, pengisian usrah bukan membincangkan Buku 'Apa Ertinya saya Menganut Islam' karangan Fathi Yakan, tetapi usrah diisi dengan satu modul menarik yang dinamakan Graf Kehidupan.
Ahli usrah dan para nuqaba berkongsi pengalaman hidup masing-masing. Ada yang pahit ada juga yang manis. Tidak kurang ada yang menitiskan air mata dek tersentuh mengenangkan kehidupan yang telah dilalui.
Khatimah usrah ditutup dengan sedikit slot Muhasabah yang dikendalikan oleh Saudara Fazreen Musin dan dibantu oleh sahabat sahabiah PSS yang lain.

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." -Surah Al-Mulk , Ayat 2-
0 comments:
Post a Comment