PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, June 17, 2012

Program Islam Cara Hidup, Kg. Lentigi Kota Belud


Masjid Kg. Lentigi, KB
Kuiz Kanak2

KOTA BELUD, 16 Jun; Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Kota Belud (PSSKB) dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sabah meneruskan aktiviti dakwah dengan masyarakat. Tema program kali ini bertajuk 'Islam Cara Hidup' yang diadakan di Kg. Lentigi Kota Belud yang penduduknya berbangsa Bajau. 
LDK Fardhu 'Ain Kanak2
LDK Fardhu 'Ain Kanak2
Praktikal Solat Kanak2
Sukaneka kanak-kanak
Program yang bermula jam8.00 pagi ini dimulakan dengan pendaftaran, Ceramah 1 yang bertajuk 'menuju kesempurnaan Solat', minum pagi, Ceramah 2 yang bertajuk 'Toharoh, istinjak dan wudhu', praktikal solat serta sukaneka untuk kanak-kanak. Pengisian ceramah disampaikan oleh Ustazah Surayah Salin dari JHEAINS Kota Kinabalu. Pogram ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh anak-anak penduduk kampung dengan kehadiran 82 orang walaupun kehadiran ibu bapa hanya lebih kurang 40 orang.
Ceramah oleh Ust. Surayah (JHEAINS KK)
Seterusnya, program ini diteruskan pada malamnya dengan solat Maghrib dan Isya' berjemaah, makan malam dan Forum yang bertajuk "Islam Cara Hidup" yang menampilkan panel forum yang mantap iaitu Ust. Rohaya Sudiro (SMK Usukan), En. Azmin Awang (PSS KB) serta Us. Shamsuri (JAKIM) dan dipegerusikan oleh Sdr. Saibul (PSS KB). Kehadiran penduduk kampung pada malam program mencecah 200 orang termasuk penduduk dari kampung jiran iaitu Kg. Paka-paka dan Kg. Pangkalan Abai. 
Forum Islam Cara Hidup
Kehadiran penduduk kampung
Program ini diakhiri dengan Majlis Perasmian Penangguhan oleh Us. Shamsuri sendiri dan penyampaian cenderahati kepada peserta program dan pihak masjid yang memberikan komitmen yang baik sepajang program. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi Us. Shamsuri oleh Sdr. Saibul diperhatikan 
Pengerusi PSS KB Sdr. Iqbal Fikri

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons