" Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah , mereka nampak pada zahirnya namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas , begitu juga USRAH .. Mereka nampak kita berhimpun , berbincang , tapi mereka tidak tahu sebabnya kita sedang membina semula ISLAM dalam hati-hati KITA "
Alhamdulillah .. Usrah EDISI KHAS MT dan EXCO MT dan KRU-B telah selamat dijalankan pada 20 MEI 2012 di Taman Tasik Majlis Daerah Beaufort ..
Kehadiran 5 orang PSS bersama ahli KRU - B seramai 7 orang memeriahkan lagi USRAH EDISI KHAS ini .. Alhamdulillah .. " BERTEMU TAK JEMU , BERPISAH TAK GELISAH " .. Itulah KAMI (:
Pelbagai topik dan isu - isu semasa yang kami bincangkan sepanjang sesi usrah yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga ke 11.30 pagi .. Alhamdulillah banyak manfaatnya .. ^^
Semangat Naqibah (Kak Azlinah) kami memberi hujah-hujah hebatnya ^^
Semangat mendengar dan menerima hujah-hujah hebat daripada naqibah
Muslimat ^^
Gembira ketika usrah ^^
Sepanjang usrah , banyak ilmu pengetahuan yang ditumpahkan , dicurahkan dan dikongsi bersama kami .. Tanpa disedari juga , ilmu kami menjadi semakin bertambah dan bertambah .. Alhamdulillah .. Naqib dan naqibah yang hadir tidak jemu menjawab pelbagai soalan yang hadir dalam fikiran kami .. Maka dengan segala jawapan yang mereka berikan , Alhamdulillah , segala persoalan kami terjawab ^^ ..
Selesai sahaja usrah , kami pun dihidangkan dengan sedikit makanan yang dibawa oleh naqibah kami .. Alhamdulillah .. Kemudian , selesai sahaja sesi mengisi perut , kami memulakan sedikit harapan dan sedikit kata-kata hikmat sebelum bersurai ..
^^
Majulah KRU untuk ISLAM ^^
Maka dengan berakhirnya kata-kata hikmat yang diberikan oleh PSS kami , berakhirlah juga usrah EDISI KHAS PSS dan KRU-B pada pagi nan indah itu .. Alhamdulillah ^^
Rancak bertukar idea.
Semut pun faham Amal Jamaie.
Inilah keluarga USRAH PSS dan KRU-B ^^
0 comments:
Post a Comment