Amali Solat Kanak-kanak
KOTA BELUD, 19 Mei : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Caw. Kota Belud dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah telah mengadakan Program Tahsin Solat bertempat di Masjid Kg. Pandasan. Program ini bertujuan mendedahkan dan menekankan kepentingan solat dan kesan pengabaiannya kepada masyarakat setempat. Program yang bermula jam8.00 pagi dan berakhir jam2.30 petang ini mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan penduduk kampung.
Antara aktiviti yang diadakan ialah kuliah yang bertajuk ‘Kepentingan Solat’ yang disampaikan oleh Ustazah Surayah Salin dari JHEAINS Kota Kinabalu dan kuliah ‘Kesempurnaan Solat’ yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi Saifuddin iaitu Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah. Pengisian seterusnya ialah amali solat dan sumbangan kebajikan bagi penduduk yang kurang berkemampuan. Aktiviti ini mendapat respon dan maklumbalas yang baik dari peserta.
Sumbangan Kebajikan
Slot 1 : Kepentingan Solat
Bagi kanak-kanak pula disediakan aktiviti khas agar tidak mengganggu tumpuan ibu bapa mereka. Pengisian untuk kana-kanak dikendalikan oleh AJK Pengisian khas untuk kanak-kanak. Antaranya, bercerita, kuiz fardhu ‘ain, amali wudhu’ dan amali solat.
Slot Fardhu Ain Kanak-kanak
Amali Wudhu
Slot 2 : Pemantapan Solat
Keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang baik sehingga akhir program. Program ini berakhir dengan aktiviti ziarah warga emas yang sakit serta memberikan kata-kata peransang dan motivasi kepada mereka tentang rahmat Tuhan.
Aktiviti Ziarah
Sumber : http://psskb.blogspot.com/2012/05/program-tahsin-solat.html
Sumber : http://psskb.blogspot.com/2012/05/program-tahsin-solat.html
0 comments:
Post a Comment