PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, August 14, 2012

[PSS & KRU KK] Program Mesra Maktabah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

27 dan 28 Julai yang lalu, Persatuan Siswazah Sabah Kota Kinabalu dan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu telah melaksanakan tanggungjawab dan kerja kemasyarakatan mereka di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra. Program yang dikenali sebagai Program Mesra Maktabah telah meyaksikan penglibatan ahli PSS KK dan KRU KK secara total.
Proses lakaran

Program ini merupakan program yang dikendalikan sepenuhnya oleh Exco Masyarakat Dan Siswazah PSS KK dan pihak sekolah.

Program kali ini bertujuan untuk mengias kawasan perpustakaan sekolah di samping membina jaringan perhubungan yang baik kepada pihak sekolah. Persekitaran sekolah yang cantik dan kondusif sememangnya mampu menarik perhatian dan meningkatkan motivasi pelajar sekolah. Ianya juga bakal membina budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra merupakan salah satu sekolah yang memfokuskan pembinaan akhlak berteraskan silibus pendidikan Rasulullah. Kokurikulum sekolah ini juga turut memuatkan sunnah-sunnah Rasullullah untuk diamalan oleh pelajar sekolah. 

Ternyata, suasana pembelajaran yang kondusif mampu meningkatkan minat para pelajar untuk menuntut ilmu. 

Pengarah program, saudari Irawan Ridduan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PSSKK & KRUKK yang turun padang bagi bersama menghias kawasan perpustakaan Baitul Hikmah. Katanya ketika ditemui, "sekalung tahniah dan terima kasih kepada ahli PSSKK & KRUKK yang terlibat dalam menjaya program ini. Semoga usaha yang kecil ini mampu melahirkan cendekiawan-cedekiawan Islam suatu hari nanti".
Antara ahli PSSKK yang turun bersama

Sumber : http://psskk.blogspot.com/2012/08/program-mesra-maktabah.html
Koleksi Gambar di sini.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons