PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, October 2, 2012

Kem Kemanisan Iman 2012


Gambar Kenangan Kem Kemanisan Iman (KKI) 2012 @ SMK SANZAC

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-NYA, Kem Kemanisan Iman (KKI) 2012 Peringkat Daerah Kota Kinabalu telah berlangsung dengan jayanya pada 14 – 16 September 2012 bertempat di SMK SANZAC, Sembulan, Kota Kinabalu. Program ini merupakan anjuran pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Kota Kinabalu, Sabah dibawah kelolaan Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah yang telah diberi mandat untuk mengurus perjalanan program. Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan pelajar – pelajar tentang hala tuju kehidupan yang sebenar dengan berpegang kepada prinsip akidah yang kukuh.
Taklimat Fasilitator Pra-Program.
Sesi Taklimat Program

Bertemakan slogan “Jalan Orang Mukmin” [JOM!!], program 3 hari 2 malam ini mensasarkan beberapa objektif utama iaitu membina jati diri dan sahsiah melalui pemahaman akidah yang mantap, menghayati akidah islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan melahirkan iltizam serta istiqomah dalam melaksanan tuntutan agama dalam kalangan peserta. Seramai 74 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dari 22 buah sekolah sekitar Kota kinabalu telah berpeluang menyertai Kem Kemanisan Iman ini. Para peserta telah dipilih berdasarkan penilaian oleh guru-guru pendidikan Islam sekolah masing-masing. Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada, seramai 15 orang ahli PSS yang bertindak sebagai fasi, program ini telah berjaya di jalankan.
Fasilitator sedang membuat persiapan program.
Membentuk aqidah yang sebenar dalam diri seseorang bukanlah perkara yang mudah dan remeh. Aqidah adalah asas dalam kepercayaan setiap umat islam, jika salah acuan kita, maka salah jugalah asas kepercayaan mereka. Seperti kata Ulama’ Imam Yusuf Al-Qardhawi; “Islam terdiri atas Aqidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak”. InsyaALLAH, berbekalkan pengalaman dan bantuan daripada ustaz-ustaz, pihak PSS berusaha memastikan objektif program ini tercapai melalui modul-modul yang telah dipersetujui. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), eksplorasi menjejak iman, Slot Muhasabah diri, dan Qiamullail berjemaah disamping ceramah-ceramah pemantapan aqidah yang telah diatur oleh pihak PPD. Penghayatan nilai-nilai murni yang ingin diserapkan dalam diri para peserta, telah di intrepetasikan dalam bentuk beberapa modul yang menarik seperti perbahasan masalah aqidah dalam kalangan remaja dan penghayatan kisah pejuang islam seperti Mus’ab bin Umair.
Modul Taaruf

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, dengan izin-NYA, maklumbalas yang diterima daripada para peserta amat memberangsangkan dan diharapkan semoga ukhuwwah yang terbina ini terus menjadi rantai untuk meneruskan perjuangan kita dalam mengangkat islam di mata dunia. InsyaALLAH. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak PPD Kota Kinabalu, Sabah kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada Persatuan Siswazah Sabah untuk menjayakan Kem Kemanisan Iman ini buat julung-julung kalinya.

“[JOM!! ke Jalan Orang Mukmin]”
Sembang Maghrib
Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah Jemputan, Ustaz Razali.
Sesi Cergas-Cerdas
Slot 'Kenali Potensi Diri'
Ceramah dari Ustaz Nik Anwar.
Salah Seorang Peserta bertanyakan soalan kepada penceramah.
Sesi Soal Jawab.
Debat.
Suasana Panas ketika sesi perdebatan antara para peserta.
Checkpoint Eksplorasi.
Cabaran Eksplorasi.
Solat di mana-mana.
Inilah Panji kami.
Gelinya.

Koleksi Gambar 
1
2
3

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons