PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, October 31, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Oktober 2012

27-28 Oktober 2012, SMK Putatan - Seramai 50 peserta yang terdiri daripada para remaja sekitar daerah Putatan telah menyertai program Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Oktober 2012. Program bulanan ini buat julung-julung kalinya diadakan di SMK Putatan. 

Walaupun bilangan peserta yang sedikit kurang berbanding Qiamullail sebelumnya, namun ianya tetap berlangsung dengan jayanya. Mungkin disebabkan bertembung dengan musim peperiksaan dan perayaan Hari Raya Aidiladha menyebabkan berlaku sedikit pengurangan peserta yang biasanya tidak kurang daripada 80 peserta.

Pendaftaran bermula selepas solat asar 27 Oktober 2012, kemudian, disusuli dengan taklimat program, hemat diri, solat Maghrib berjemaah dan slot-slot yang seterusnya.

Antara slot yang menarik sepanjang program ini ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Sembang Ilmiah bertajuk "Erti Sebuah Pengorbanan", slot muhasabah, munajat dan Qiamullail, Cergas-Cerdas dan slot refleksi.

Alhamdulillah, mengikut kaji selidik yang dibuat, semua peserta berpuas hati dan berjaya mendapat mesej yang cuba disampaikan dalam Qiamullail pada kali ini.

Program diakhiri dengan Doa Wehdah dan lambaian ukhuwwah.
Para peserta semasa pendaftaran program.
Taklimat program disampaikan oleh saudara Hasmadi bin Hasbi.
Saudara Mohd Rijan mengisi waktu kosong program.
Sembang santai bersama peserta
Sembang Ilmiah bertajuk "Erti Sebuah Pengorbanan" disampaikan oleh Ustaz Noorazamuddin Umar.
AJK bertanya persoalan agama kepada penceramah jemputan
Pengerusi PSS Putatan menyampaikan cenderahti kepada penceramah jemputan.
Slot Muhasabah.
Menulis kata-kata istimewa kepada orang yang tersayang.
Khusyuk mencoret kata-kata ukhuwah.
Slot Cergas-Cerdas
Tadah air.
"Ndak" habis lagi??
Kerjasama..
Bersungguh-sungguh
Tengok kertas A4 kamu semua..
Nie kertas kami bang !!!
Mamam..
Muka pejuang..
Ini ukhuwwah kami
Gembira
Sabar menunggu giliran.
Cepat !!!
Baca doa sebelum makan...
Lompat si katak lompat
Uzdi - 1st time join - Best !!!
"Woke Ai" = Saya Comel
Sedih dalam gembira.
"Program nie memang best"
"Join lah lagi program yang bermanfaat ini.."
"Saya gembira dapat kenal kawan baru..."
Amanat terakhir para fasilitator...
Pantang nampak kamera
Peserta dan fasilitator
Doa Wehdah -->> Lambaian Ukhuwwah
Sob..Sob..

Disediakan oleh :

Hasmadi bin Hasbi
Exco I Urusan Media
Pengerusi PSS kawasan penaja Putatan

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons