PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, October 31, 2012

Program Kerohanian Maktab Sabah

 Slot Penggulungan & penutupan
30 Oktober 2012, Maktab Sabah - PSS telah dijemput oleh pihak sekolah untuk memberi sedikit perkongsian khusus untuk pelajar-pelajar asrama sekolah itu. Pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat yang telah tamat peperiksaan. Objektif program ini dianjurkan adalah memberi kesedaran kepada para peserta tentang ancaman Aqidah yang semakin mengancam umat masa kini dan sebagai pendedahan terhadap masalah gejala sosial yang kian meruncing masa kini.

Seramai 10 ahli PSS telah bersama menjayakan program singkat ini. Program yang dilaksanakan di surau asrama Maktab Sabah ini diiisi dengan beberapa modul ringkas yang menarik seperti, slot debat 'Cinta', dan slot Muhasabah.

Program ini berlangsung dengan penuh gembira dengan telatah para peserta yang berpartisipasi dengan aktif dalam setiap slot yang disediakan. Walaupun, tempoh program yang singkat iaitu dari Maghrib sehingga pukul 10.30 malam, namun, para peserta berjaya memahami mesej yang cuba disampaikan oleh para fasilitator.

Rasa berat juga hati ingin berpisah dengan mereka, namun apakan daya, inilah kesempatan yang ada. Insyaallah, PSS akan mengadakan lagi program susulan di Maktab Sabah pada masa akan datang. Bertemu dan berpisah kerana Allah.

Solat Maghrib Berjemaah
 Saudara Al-Amin memuqadimmahkan program.
 Peserta semangat berprogram
 Khusyuk mendengar telatah fasilitator
 Saudari Syazwani Harun (PSS Putatan) memperkenalkan diri
 Saudari Awiyah taaruf diri
 Saudara Azreen mengendalikan slot debat 'Cinta'
 Para Penyokong kumpulan Muslimin dalam slot debat
 Para Pendebat melontarkan idea-idea yang bernas.
 Para Pendebat Muslimin yang agresif
 Slot Muhasabah
Sembang santai bersama Ustaz Razi,Waden(Paling Kanan)

Disediakan oleh :

Hasmadi bin Hasbi
Exco I Urusan Media PSS
Pengerusi PSS Kawasan Penaja Putatan

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons