PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, May 27, 2011

CUTI OH CUTI!!!!!

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang dengan izinNya memberi begitu banyak nikmat yang tidak terhingga. Kepada sahabat-sahabat, adik-adik dan rakan pembaca, didoakan semoga dalam keadaan sihat fizikal dan rohani. Sihat iman dan meningkat taqwa. Bahawa liku perjuangan ini satu jalan yang bukan untuk dipermainkan, satu jalan yang belum ada penghujungannya setelah ia bermula ribuan tahun yang lalu. Lalu itulah pesan Syed Qutb kepada adiknya saat syahid menunggu ditali gantung dalam kalam warkah terakhirnya.

"Wahai adikku, perjuangan ini akan menjadi berat dan menakutkan andai kau merasakan dirimulah sebagai pemula dan pengakhirnya perjuangan, ketahuilah kita ini hanya mata rantai yang apabila tiba masanya akan pergi, akan diganti dengan mata rantai yang lain, lalu janganlah engkau berasa gentar pada tali yang bakal meragutnya nyawaku."

Alhamdulillah, cuti semester untuk kampus juga telah bermula dan akan berakhir pada September ini. Ruang dan peluang ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kepada sahabat-sahabat yang berkelapangan bolehlah menghubungi kawasan masing-masing dan merujuk taqwim untuk program-program PSS kawasan.
JOM sama-sama manfaatkan cuti kita!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, May 17, 2011

Kem Sayangi Daku : Siapa Sayang Saya? Siapa Saya Sayang?

Alhamdulillah, nampaknya keberadaan & kredibiliti Persatuan Siswazah Sabah (PSS) sekali lagi teruji dan dirasai dalam usaha melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama terutama di bumi Sabah.

Baru-baru ini pada 13-15 Mei 2011, pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Likas, Sabah telah meletakkan kepercayaan kepada pihak PSS untuk bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Islam dan Badan Latihan Kepimpinan Islam (BALKIS) SMKP Likas menganjurkan Kem Sayangi Daku (Fasa 1/2011) dengan bertemakan "Ke Arah Pembentukan Insan Solehah."

Kem ini telah disertai lebih daripada 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMKP Likas sendiri. Ia juga dijayakan dengan bantuan daripada ahli PSS dan BALKIS.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam program ini seperti pembentangan Kuliah Dasar mengenai Aqidah, Ibadah dan akhlak, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), riadah, Qiamulail, Motivasi Pagi, Malam muhasabah dan banyak lagi.

Ternyata, program selama tiga hari dua malam ini mampu menjana jati diri dan memberi kefahaman tentang erti kehidupan kepada para peserta.

Semoga para peserta dalam mengambil manfaat daripada program yang amat bermakna ini.Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak SMKP Likas atas kepercayaan yang diberikan kepada PSS untuk menggerakkan program ini.


Pembukaan & pengenalan PSS & Program kepada para peserta ala-ala ESQ.
Saudara Fadhlan dengan gaya selambanya.
Saudara Hasmadi menyampaikan Motivasi pagi.
Saudara Arif berkongsi pengalaman hidupnya.
Saudara Abdillah menyampaikan Kuliah Dasar tentang Aqidah.
Saudara Al-Amin dengan muhasabah kendirinya kepada para peserta.
Saudari Khairunnisa (PSS) sedang mengendalikan satu slot dalam program.
Sesi diskusi dalam kumpulan
Sesi Riadah
Salah satu modul.
Peserta bangga dengan barang amanah yang diberi.
Ada amanah yang pecah.
Barang amanah yang pecah.
Salah satu modul.
Slot Muhasabah yang menginsafkan.
Lakonan daripada Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) yang menyentuh perasaan.
Penyampaian cenderahati kepada wakil fasilitator.
Penyampaian cenderahati kepada wakil BALKIS.
Penyampaian sijil kepada wakil peserta.
Sesi pembahagian sijil.


Kejutan kepada bebday gurlz..
Sahabat-sahabat turut memberi semangat.
Berkongsi kegembiraan dengan sahabat.
Sesi tiup lilin & potong kek.
Bertemu tak jemu, Berpisah tak gelisah.

Lebih banyak gambar di sini :

Link berkaitan :

Tuesday, May 10, 2011

USUKAN pun boleh bah!!


USUKAN PUN BOLEH BAH!!

Pada 6-8 Mei 2011, Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah dijemput untuk menguruskan Program Motivasi khas buat pelajar-pelajar tingkatan 6 yang berlokasi di SMK Usukan Kota Belud. Seramai 11 orang yang terdiri daripada ahli PSS dan dibantu oleh ahli Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) telah menyumbang tenaga menjayakan program bagi mencapai objektif dan memenuhi harapan guru-guru. sekitar 40 orang peserta telah menginap di asrama SMK Usukan bagi mengikuti program 3 hari 2 malam ini secara penuh. Program telah berlangsung di sekitar sekolah, berdekatan pantai dan Dewan Asrama Al-Firdaus yang menjadi kawasan utama pengumpulan peserta.

Pelbagai modul dan aktiviti diadakan bagi meningkatkan motivasi peserta serta berfikir secara kritis dan melahirkan generasi yang membudayakan ilmu. Aktiviti merangkumi kuliah dasar, latihan dalam kumpulan, pembentangan, diskusi dan sumbangsaran sebagai medium pembuka minda serta mengizinkan pertukaran idea berlaku. Turut dikedepankan beberapa slot perkongsian hidup bagi menyelami latar belakang sahabat dan diri sendiri. Ini bertujuan memupuk kesedaran dalam diri peserta untuk berinisiatif mengubah masa hadapan kepada kehidupan yang lebih cerah.





Dalam menyuntik motivasi, tidak lari dari mendidik jiwa-jiwa muda Usukan untuk kembali teguh mengamalkan cara hidup berpandukan al-quran dan as-sunnah. Pengisian rohani turut tidak tertinggal sebagai penerang kepada hati-hati generasi ini. Sepanjang program berlangsung qiamullail, solat berjemaah dan kuliah-kuliah ringkas turut menjadi agen pembentuk peribadi.




Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Setiap bait lirik dihayati. Lagu tema yang menjadi pemangkin motivasi kepada para peserta untuk mencapai kejayaan. Masing-masing melontarkan harapan untuk mengenggam segulung ijazah kelak selepas membuktikan kecemerlangan dalam STPM pada tahun 2011. Semoga para pelajar ini akan berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam setiap perkara yang diceburi dan turut menyerlah di arena membangunkan masyarakat.

Checkpoint 'Tangki'

Checkpoint 'Darurat'

Checkpoint 'Tiru-Teka'

Checkpoint 'si Buta'

Checkpoint akhir - keindahan alam

semangat melangkah dengan kaki bertaut

Ponsikow Togumu!

Terima kasih di atas pihak sekolah yang memberi kepercayaan penuh kepada PSS untuk menguruskan perincian perjalanan program sepenuhnya. Juga buat para peserta di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi dan kejutan hadiah buat para fasilitator. Selamat menginjakkan kaki ke menara gading!

Lebih banyak gambar menyusul kemudian.
Kebanyakkan gambar, creadit to: TOIB Photography - Azizul Julirin

Monday, May 9, 2011

Teaser KRIS KK 2011.

Wednesday, May 4, 2011

KRIS Kundasang '11

22-24 April 2011

Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan inayah-Nya sekali lagi PSS & KRU cawangan Kundasang telah berjaya melaksanakan Kem Remaja Islam (KRIS) pada 22 hingga 24hb April 2011 dengan membawa tema "Discover The beauty of Islam" dengan penyertaan 51 orang peserta daripada empat buah lima buah sekolah antaranya, SMK Kundasang, SMK Ranau, SMKA Irsyadiah, SMKA Mohd Ali, Ranau. KRIS kali ini adalah kali yang ke-2 dilaksanakan memandangkan penubuhan KRU masih baru di kawasan kundasang. KRIS yang diadakan di Pusat Latihan Islam (PLI kundasang) menambahkan lagi semangat adik-adik peserta mengikuti program ini.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada penceramah ketiga-tiga Kuliah Dasar yang telah mengupaskan tajuk Aqidah, Ibadah, dan Akhlak yang lebih detail kepada adik-adik peserta. Apa yang menarik pada KRIS kali ini, kami didatangi penceramah-penceramah yang mahir memikat hati adik-adik peserta kepada kecintaan yang mendalam terhadap Allah. Antara penceramah tersebut ialah Ustaz Anuar Ali-kuliah dasar 1, Ustazah Siti Khadizah-kuliah dasar 2, dan Ustaz Azuhan yang diimport dari semenanjung-kuliah dasar 3.


Buat adik-adik peserta yang dikasihi, ketahuilah bahawa tanpa adik-adik semua kem ini tiada maknanya. Terima kasih kami ucapkan atas pengorbanan adik-adik yang sanggup datang ke program kali ini. Allah saja yang dapat membalasnya. Harapan kami agar kecintaan adik-adik kepada Allah & Rasulullah S.A.W semakin mekar dalam hati adik-adik. Insyaallah jika rasa cinta adik-adik terhadap Allah & Rasul-Nya mendalam maka rasa cinta adik-adik terhadap ibu-bapa, adik-beradik, guru-guru, kawan-kawan & masyarakat juga akan turut mendalam. Kepada adik-adik peserta, manfaatkanlah segala ilmu yang telah kalian timba sepanjang program. Sebarkanlah ilmu tersebut kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang untuk menyertai program KRIS  '11 Kundasang ini. Aplikasi benih-benih ilmu itu dalam kehidupan agar lahirlah hasil yang lumayan. Usah disia-siakan masa serta tenaga yang telah kalian korbankan untuk program ini.
 
 
Tahniah juga kepada AJK dan Fasilitator yang menjadi tulang belakang terhadap program ini.Ingtlah,usaha kalian pasti akan mendapat ganjaran yang tiada tandingan nilainya kerana syurga Allah sentiasa menanti. Apa yang terpenting ialah keikhlasan serta niat untuk semua yang terlibat dalam program ini yang bermula dari AJK, Fasilitator dan juga peserta. Niatkanlah ianya hanya untuk menggapai keredhaan Allah serta ikhlaskan diri sepenuhnya tanpa mengharapkan sebarang ganjaran duniawi.


Semoga berjumpa lagi dalam Kem Remaja Islam yang akan datang! InsyaAllah.


Banner yang dicari-cari (^ _^)








 


 



Di mana ada KRU Tuaran, di situ ada jualan.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons