PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, August 14, 2012

Flashmob Syria PSS & KRU KK.

Kami Peduli!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

12 Ogos 2012 – Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Kota Kinabalu telah berjaya mengadakan Flash mob berkenaan isu Syria pada pukul 5 petang pada hari berkenaan. Bertempat di Bazaar Ramadhan Taman Indah Permai, program ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat akan situasi sebenar yang berlaku di bumi bergolak tersebut.
Program ini merupakan aturan daripada Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Tindakan perkongsian ini bertujuan untuk menyebarkan perihal yang berlaku di Syria memandangkan masih ramai lagi di antara masyarakat setempat yang belum mengetahui isu global umat yang berlaku di sana. Ini sedikit sebanyak akan dapat membuka mata dan minda masyarakat agar lebih prihatin dan bertindak menyokong kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman di sana.
Antara aksi yang sempat digambar dalam Flash Mob
Syahid~
Gambaran pencetus Revolusi Syria
Road show “Dari Syam Kepada Alam” ini, telah dilakukan di kawasan Sabah seperti Kundasang, Tambunan, Tawau, Lahad Datu dan beberapa kawasan lain sebelum diadakan di Kota Kinabalu. Seramai 21 orang skuad celik telah berjaya melaksanakan aksi senyap selama 5 minit sementara risalah penerangan isu Syria diedarkan kepada orang ramai yang berada di tempat berkenaan.

Dalam ucapan terima kasih, pengarah program, Mohd Shahfieq Sabdin turut menyelitkan harapan beliau kepada skuad bimbingannya selepas menamatkan Flash Mob, “Semoga apa yang dilakukan kita pada hari ini mendapat keredhaan Allah SWT dan mampu menyelamatkan diri kita apabila di tanya di akhirat kelak.”

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons