PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, May 18, 2012

[KRU Kota Marudu] Qiamullail Bulanan (April) 2012


         Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberi ruang dan peluang kepada kita dalam meneruskan peranan kita untuk menegakkan kalimah Allah. Qiammulail Gabungan KRU Kota Marudu telah Berjaya dijalankan pada 27-28 April 2012 Peserta dari SMK KM1, SMK KM2, SMK Tandek, SMK Langkon & SMK Bengkongan. Seramai 26orang muslimin yang bertempat di Masjid Pekan Lama dan 38orang peserta muslimat di Pasti Taman KDC Kota Marudu.

          Bermula pada pukul 3.00 pm menunggu ketibaa peserta. Sehinggalah selepas waktu magrib peserta bersiap untuk menunaikan solat berjemaah & mendengar kuliah magrib daripada Dayang Sri Rafidah yang bertajuk “Aqidah tunjang utama Umat Islam” seterusnya menyelaraskan silibus usrah di setiap sekolah. Setelah itu solat Isyak berjemaah, kemudian Makan malam bersama.

          Program diteruskan dengan (Latihan Dalam Kumpulan) LDK yang bertajuk “Fungsi pokok” dimana peserta dibahagikan dalam kumpulan dan ditugaskan untuk mengaitkan Aqidah,Ilmu,Akhlak & Ibadah dalam lukisan sebatang pokok. Bagi melihat sejauh mana kefahaman peserta memahami konsep “Aqidah tunjang utama Umat Islam” dan setiap kumpulan perlu menghantar wakil bagi melukis hasil perbincangan mereka.

                                


           Setelah itu, resolusi diberikan oleh Nur syakila Jamal untuk memberikan jawapan sebenar & menerangkan lukisan disebalik sebatang pokok. Kemudian, program diteruskan dengan tayangan penghayatan mengenai pemergian Rasulullah agar mewujudkan keinsafan & rasa kecintaan kepada Rasulullah & perjuangan baginda. Juga tayangan kesedaran di tayangkan kepada peserta mengenai kehidupan umat islam yang menderita akibat cengkaman kuasa besar & betapa pentingnya peserta perlu menyintai & ingin mendalami ilmu agama. Jam 12.00 para peserta diminta untuk tidur & penerangan diberi untuk perjalanan pada keesokkannya.

            Jam 3.30 am bangun untuk Qiammulail berjemaah, setelah itu zikir penghayatan dan tayangan mengenai isu-isu muslimah ditayangkan. Selepas itu, senaman pagi bersama Ajk yang lain agar mengeratkan lagi ukhhuwah yang terbina. Di akhir progra, Resolusi keseluruhan dibuat dan meminta setiap wakil dari sekolah bagi memberi sebarang maklum balas. Lambaian ukhuwwah bersama peserta dan tamat pada pukul 9.00am.


Sumber : http://psskrukm.blogspot.com/2012/05/qiam-gabungan.html

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons