PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, May 22, 2012

Tahniah adik Nur Shahirah bt Saman !!

  
Alhamdulillah.. berkat kesabaran & ketabahan dalam menghadapi suka & duka mengharungi cabaran dalam menguruskan masanya belajar, berdakwah,melakukan aktiviti usrah, adik Nur Shahirah Bt Saman atau lebih mudah dikenali sebagai memeng oleh sahabat-sahabatnya telah mendapat anugerah KRS(Kelab Remaja Sekolah) Terbaik Wanita 2012 ketika menghadiri Perkhemahan Perdana KRS.

Shahira merupakan AJK dari Lajnah Kebajikan dalam organisasi KRUKM, sememangnya telah lama bergiat aktif dalam kelab ini malah juga persatuan lain disekolahnya iaitu Sekolah Menegah Kebangsaan Kota Marudu 1.
Kelihatan adik shahirah bersama sahabat2nya

Pencapaian sebegini seharusnya menjadi ikutan kepada ahli-ahli yang lain, agar boleh membuktikan dengan pengurusan masa yang baik, melakukan perkara yang berfaedah pastinya membuahkan hasil yang cemerlang. InsyaAllah ;)
“WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN, SEKIRANYA KAMU MENOLONG
AGAMA ALLAH, ALLAH AKAN MENOLONG KAMU DAN
MENGUATKAN KEDUDUKAN KAMU!” (Muhammad:7)

1 comments:

Ana Nana Nurziana said...

Alhamdulillah.. tahniah. ^^

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons