PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, June 3, 2012

Rehlah di Dataran Bengkoka, Pitas, Sabah.


Rehlah “Santai, Dataran Bengkoka, Pitas, Sabah. 2 Jun 2012.

9.30am

Bismillahhirahmannirahim.. Alhamdulillah.. Walaupun ada beberapa kekangan yang berlaku sebelum bermulanya program, namun tetap berjalan dengan baik.

8.00am. Berkumpul di Masjid At-Taqwa ,manakala Ajk Pengangkutan menunggu peserta lain untuk bertolak dengan membawa barang-barang keperluan masing-masing. Perjalanan mengambil masa selama 45minit untuk tiba ke destinasi.

Setelah tiba, peserta mempersiapkan sarapan pagi sementara menunggu peserta & Ajk yang lain tiba. Turut menyambut ketibaan di sana, adik Bibi Manisa wakil (KRU Pitas) yang juga bekerjasama menjadi Ajk untuk penyediaan makanan tengah hari dirumahnya.

Semestinya saat yang indah apabila terdapat juga aktiviti tambahan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, iaitu peserta-peserta secara percuma berpeluang menaiki bot untuk melihat “bangag” ditengah laut yang dipandu oleh ahli KRU Pitas.

Kemudian Rehlah diteruskan lagi dengan pertandingan memancing, dimana peserta di bahagikan dalam kumpulan, dan kumpulan yang paling cepat mendapat ikan akan menang. Alhamdulillah.. Peserta muslimat telah mendahului pertandingan tersebut.
Seterusnya aktiviti diteruskan lagi dengan slot “Dakwah Sketsa ”. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza untuk melakonkan menterjemahkan idea mereka berkaitan tajuk yang telah ditetapkan oleh juri yang terdiri daripada PSS Kota Marudu. Kumpulan yang telah mencuri hati pihak juri adalah kumpulan yang bertajuk “Anak Derhaka, Tiada Jaminan Dunia Akhirat”.
Tamatnya aktiviti yang berlangsung, peserta turut disediakan makanan tengah hari di atas Dataran sambil menghirup udara segar. Kemudian, tidak lupa gotong-royong membersihkan tapak Dataran yang telah digunakan untuk keselesaan pengunjung lain.
Sebelum menutup tirai, hadiah bagi pemenang pertandingan Memancing & Sketsa telah disampaikan oleh PSS Kota Marudu. Dalam perjalanan pulang ke Kota Marudu, Ajk & Peserta berkesempatan untuk singgah di rumah adik Bibi Malisa untuk menunaikan Solat Zuhur berjemaah.

Alhamdulillah..Selamat tiba di Masjid At-Taqwa untuk berkumpul bagi menunaikan Solat Asar & bersurai kira-kira pada pukul 4.00pm.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons