PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, October 5, 2012

Program Kembara Desa Siri I

30 September 2012, Kampung Membulu, Keningau- Kebejatan Aqidah dalam arus globalisasi kini masih berada di takuk yang lama terutama di kawasan-kawasan pedalaman. Hal ini kerana faktor penempatan mereka yang terletak jauh daripada sumber-sumber ilmiah dan kurangnya kesedaran para pendakwah akan masalah yang mereka alami. Lantaran itu, kesedaran beberapa pihak akan masalah ini telah berusaha untuk membantu mereka.Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana hasil kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS), Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (JAKIM) dan Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) dalam program Pemantapan Aqidah Muslim (Kembara Desa) telah terlaksana dengan jayanya. 
Suasana di dalam bas sebelum bertolak ke tapak program.
Taklimat ringkas sesama sukarelawan PSS.
Sinergi antara JAKIM+PSS+PLDK
Sesi Pendaftaran
Diskusi aluan oleh ketua rombongan JAKIM, Ustaz Fadhli

Program yang berlangsung selama sehari ini dengan motto “Islam sentiasa dihati” telah membuka minda para penduduk kampung tentang faktor-faktor yang mampu menggoyahkan Aqidah seorang muslim dalam slot-slot yang telah dirancang dalam program ini seperti latihan dalam kumpulan (LDK), Bicara Santai bersama ahli panel jemputan dan sebagainya. Selain daripada itu, kanak-kanak yang berumur 15 tahun kebawah juga telah didedahkan dengan pengetahuan asas aqidah melalui lagu dan Smart Solat. 
Slot Taaruf Muslimat
Riang-ria adik-adik
Masjid Kg Membulu, Keningau

Tambahan lagi, hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan dalam slot riadah pada sebelah petang. Pelbagai permainan yang menarik telah dijalankan dengan berobjektifkan pengukuhan Aqidah dalam diri seorang muslim. Sambutan daripada semua penduduk kampung sangat luar biasa tanpa mengira umur tua mahupun yang muda. Kami selaku AJK pelaksana sangat gembira dengan sambutan dan kerjasama daripada pihak kampung memberi impak yang positif. 
Seorang pelatih PLDK sedang tekun mengamati Brochure PSS.

Program ini juga telah diserikan lagi dengan persembahan daripada pelajar Pusat Latihan Dakwah Keningau dan ahli PSS dengan lagu-lagu yang mempunyai makna yang sangat hebat dan penyampaian yang menarik. Mereka yang hadir tersenyum lebar dan rasa terhibur. Bukan itu sahaja, sumbangan dan hadiah yang telah disediakan oleh pihak penganjur turut menjadi aset utama keberhasilan kami dalam menarik minat penduduk kampung dalam jelajah dakwah kali ini. 
Smart Solat
Kajiselidik tempatan.

Program seperti ini sangat perlu dilaksanakan lagi di masa akan datang bagi membantu saudara seislam kita yang berada di kawasan-kawasan pedalaman seperti mereka untuk mengenal Islam lebih mendalam. Suasana kampung mereka sangat sunyi dengan seruan azan, apatah lagi solat berjemaah di masjid. Umpama kapal tiada nahkodahnya, masjid di kampung mereka tidak mempunyai imam,bilal dan makmum. Oleh yang demikian, pihak penduduk kampung telah meminta agar di antara mereka di beri kursus fardhu ain dan fardhu kifayah bagi memudahkan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. 
Forum
Riadah
Bersemangat sungguh adik-adik nie.
Slot paling dinanti-nanti oleh mereka.
Majlis Perasmian Program

Justeru itu, perlunya penglibatan semua pihak yang paham dalam matlamat perjuangan Islam agar turun padang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Masih ramai lagi saudara kita di luar sana menanti kehadiran pendakwah Islam untuk membimbing mereka kearah jalan yang benar. Pengalaman dalam program ini telah menyuntik semangat semua pihak yang terlibat. Semoga usaha kita dalam jalan dakwah ini dihitung sebagai ibadah dan diberkati oleh-Nya. Takbir!!!
Gembira mendapat hadiah.
Koleksi Gambar Di Sini.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons