Sukar untuk diungkapkan lewat pena. Namun, akan cuba kami garabkan dengan sebaik mungkin untuk perkongsian bersama.
7-8 Disember 2013
Memulakan langkah pertama untuk program di bulan Disember dengan
Qiamullail dan Jelajah Dakwah. Menyusuri laluan ke Ranau, pasti bertemu
dengan beberapa buah kampung dan salah satunya ialah Kg Bongol.
Perjalanan ke kampung ini mengambil masa kira-kira 20 minit dari pekan
Tamparuli.
Ikuti kisahnya...
Kg Bongol terletak beberapa meter selepas signboard.
Bas mini yang setia menemani.
Sampai juga akhirnya...
Pemandangan dari surau Kg Bongol. Sejuk mata memandang!
Ketibaan disambut dengan hujan lebat..
Laariiii...
Hampir semua basah kuyup :)
Sementara menunggu azan maghrib,
sesi taklimat bersama bakal peserta ISC G.7
Pengisian daripada ustaz Izam
Apa Ertinya Saya Menganut Islam?
Qiamullail terakhir bersama ustaz Izam. Sedih...:(
Pagi yang cerah, secerah misi yang bakal dilaksana.
Memulakan misi Jelajah Dakwah di Kg Bongol..
Jumpa juga rumah yang pertama.
Meneruskan pencarian seterusnya...
Berbual dengan salah seorang penduduk kampung. Memang sporting pakcik ni :)
Tiba-tiba hati tergerak untuk ke sini..
Dialog antara mereka..Masjid vs Gereja?
Kesimpulannya, jom kita bergambar :)
Sesi pembentangan lewat jelajah dakwah. Cukup memuhasabahkan diri!
Terakhir sebelum kembali ke Tuaran.
Moga dipanjangkan jodoh untuk datang semula ke sini.
13-15 Disember 2013
Sudah menjadi tradisi, Islamic Summer Camp (ISC) akan diadakan setiap
hujung tahun dan tahun 2013 menjadikan Tuaran sebagai tuan rumah. Lokasi
yang menjadi pilihan kali ini ialah Batangan Baru Lagoon di mana ISC
tahun 2010 juga pada lokasi yang sama.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Peserta
130 orang, AJK/Fasi 60 orang dan PSS & KRU 12 cawangan seluruh
Sabah. ISC G7 ini merupakan reunion tahunan terbesar PSS.
Di sinilah 'Mujahid Setia' berhimpun. Moga
ilmu yang dicurahkan sepanjang 3 hari 2 malam di sana dapat
diaplikasikan setiap individu di kawasan masing-masing.
Apapun, DAKWAH itu CINTA. Dan cinta menuntut segala-galanya dari dirimu...
Apapun, DAKWAH itu CINTA. Dan cinta menuntut segala-galanya dari dirimu...
Aktiviti paling ditunggu-tunggu. Amazing race. Terbaik!
Sudah belajar teori, kini praktikal pula. Jom berjelajah dakwah :)
Rumah yang sempat diserbu..:)
Tahniah kepada semua! In shaa Allah jumpa lagi tahun hadapan
19 Disember 2013
Mesyuarat kali terakhir sebelum ber'titian kasih' iaitu seminggu selepas
ISC. Yakin dan pasti keputusan musyawarah adalah yang terbaik.
.Sepertimana dalam surah Asy Syura ayat 38, Allah Ta’ala berfirman,
وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”. [Asy Syura : 36-39].
Hari yang sama juga keputusan PMR dikeluarkan. Tahniah kepada adik-adik
yang berjaya dan yang kurang berjaya, yakinlah bahawa kegagalan adalah
sebuah kejayaan yang tertangguh :)
Salah seorang ahli KRUT yang menerima keputusan PMR.
21-22 Disember 2013
Kg Bunga, Tenghilan menjadi pilihan untuk melaksanakan program Titian
Kasih tahun ini. Sebelum ini pernah dicadangkan untuk dilaksanakan di
sini, namun tahun ini baru berkesempatan menjejakkan kaki ke sini.
Alhamdulillah, kehadiran disambut baik penduduk kampung.
Ucapan Pengarah Program- Abg Sazali.
Bacaan doa dipimpin oleh Abg Suaidi.
Perkongsian taklimat daripada Kak Sarah.
Keluarga angkat bawa p mana tu?
Wah, rupanya p majlis kawen. Untung larr :)
Bengkel Smart Solat usai Solat Zohor..
Abg2 fasi menerangkan teori sebelum buat praktikal..
'Ok adik2, sekarang tunjukkan abg rukuk yang betul'
Muslimat tidak ketinggalan.
Selamat datang kakak2 UMS :)
Usai solat maghrib, tayangan video ummah menjadi santapan..
Solat Isyak berjamaah sebelum tragedi itu...: Adik Izat dua dari kiri (barisan belakang)
Malam ramah mesra..
Terima kasih kepada yang hadir :)
Mangan nya' mangan, asal jo kurung2 :)
Kumpulan nasyid Muslih turut hadir pada malam itu.
Terima kasih atas tazkirahnya.
Persembahan nasyid dibatalkan lantaran musibah kemalangan yang menimpa
Adik Izat. Diganti dengan Solat Hajat khas buat Adik Izat.
Slot Muhasabah selepas subuh..
Antara anak angkat yang 'terrajin'. Terbaik lah!
Lepas tolong kemaskan rumah, dijamu pula dengan rambutan :)
Juga segar dari ladang...
Sesi pengenalan PSS & KRU sebelum majlis penutupan.
Sekali lagi ucapan daripada pengarah program..
Ucapan wakil Ketua Kampung Cikgu Kadir : "Saya suka dengan pendekatan
adik-adik PSS & KRU yang menggunakan video sebagai ABC (Alat Bantu
Ceramah). Sebenarnya semasa slot muhasabah selepas subuh tadi saya pun
hampir menitiskan air mata. Namun, saya alihkan fokus saya agar air mata
tidak mengalir."
Ucapan perasmian oleh Akhi Fairuz selaku Pengerusi PSS Tuaran
Persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid Kg Bunga :)
Hadiah kepada pemenang sukaneka & cenderahati kepada keluarga angkat.
Keluarga 1
Keluarga 2
Keluarga 3
Keluarga 4
Keluarga 5
Keluarga 6
Penyerahan cenderahati kepada Pengerusi Masjid.
Penyerahan cenderahati kepada Ketua Kampung.
Moga ukhuwwah yang terjalin berpanjangan hingga ke JannahNya..
Ckg Zulhairie, insan yang banyak membantu menjayakan PTK.
Antara pelajar UMS yang turut hadir.
Sebelah paling kiri-special person :)
24 Disember 2013
Rentetan daripada tragedi PTK, rombongan PSS & KRU Tuaran mengambil
inisiatif untuk menziarahi Adik Izat (9 tahun) di Hospital Likas. Turut
hadir, Timb Presiden PSS Pusat, Saudara Azizul Julirin.
Syukran jazilan atas keprihatinan dan kesudian meluangkan masa menjenguk
seketika. Sungguh, ziarah itu mengajak diri bermuhasabah seketika.
Muhasabah lagi...
"Semasa saya keluar dari Masjid selepas Solat Isyak, saya nampak
kawan-kawan adik saya sudah berada di seberang jalan raya. saya ingatkan
adik saya ada bersama mereka. Lalu saya dan sepupu saya melintas jalan
raya sambil berlari-lari kerana nampak ada kereta dari kejauhan. Hampir
diseberang tetiba saya terdengar suara adik saya memanggil saya dari
arah belakang. Saya menoleh dan berteriak memberi arahan kepada adik
saya supaya jangan melintas. Namun, sekelip mata adik saya sudah berada
ditengah jalan raya dan 'DUMP!!!!!!', adik saya terlanggar."
demikian cerita Adik Izati (10 tahun) memberi penjelasan dengan suara
yang parau kesan menangis sewaktu melihat adiknya terlanggar di depan
mata sendiri.
Ketibaan Timb. Presiden PSS Pusat.
Melangkah masuk ke dalam wad.
Sampai di bilik rawatan Adik Izat.
Suasana sayu seketika..
Memerhati doktor sedang membuat pemeriksaan selepas Adik Izat menjalani pembedahan di paha kiri (patah) awal pagi tadi.
Bersembang dengan Emak Izat.
Merenung dengan penuh keinsafan.
Apa yang dibisikkan oleh Pengerusi KRUT kepada Adik Izat,...
....dan Pengerusi PSS Tuaran...
....serta Timb. Presiden PSS Pusat?
“Ya Allah, hilangkanlah sakit adik (ini), sembuhkanlah adik ini,
engkau adalah Dzat Yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali
kesembuhan (dari)Mu, kesembuhan yang tidak menyisakan sakit.” Amin ya rabbal alamin.
Penyerahan sumbangan dari PSS Pusat...
dan dari PSS dan KRU Tuaran.
25 Disember 2013
Sementara cuti sekolah masih berbaki, sempat melaksanakan reunion antara
pimpinan PSS & KRU Tuaran. Banyak yang telah dimuhasabahkan. Malah
perancangan demi perancangan telah disusun rapi untuk aktiviti dan
program tahun 2014.
Bingkisan taujihad dari Ustaz Akmal: "Biasalah jika kita jemput 500 orang hanya....."
Terima kasih ustaz.
Soto & nasi istimewa :)
Sempat bersua dengan adik Mina ahli KRUT yang kini menuntut di Maahad Tahfiz KK.
Semestinya pandangan & cadangan senior2 PSS menjadi rujukan dan panduan.
Menyusun gerak kerja untuk tahun 2014..
Khusyuk mencatat :)
28 Disember 2013
Menghadiri majlis perpisahan ustaz Izam. Syukran jazilan atas jemputannya. Pesanan terakhir ustaz..
"Kerja dakwah ini bukan hanya tugas mereka yg bergelar ustaz dan
ustazah, tapi semua mnusia yang bergelar muslim wajib mnggalas
tanggungjawab ini."
"Ingatlah dua perkara iaitu Al-Quran dan As Sunnah, selagi kita
berpegang dengan dua perkara tersebut maka kita tidak akan tersesat."
Moga ia adalah perpisahan yang dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.
Orang mukmin itu lain jiwanya. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak
gelisah. InsyaAllah..
Ust Izam menyampaikan taujihad dan pesanan terakhirnya...
Terimalah dari kami kek Hijau Putih :)
Terakhir dari ustaz....
Akhir kalam:
Teori vs Realiti
Penonton bola sepak vs Pemain bola sepak
0 comments:
Post a Comment