Rasulullah SAW adalah
manusia yang istimewa, dekat di jiwa dan memiliki “aura” seorang
pemimpin yang berwibawa. Baginda adalah qudwah yang nyata, seorang
murabbi ulung dan juga seorang rasul yang terus menerus diingati
sepanjang zaman.
“Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati
Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”
Al-Ahzab : Ayat 21
Justeru, timbul
persoalan tentunya dalam menzahirkan cinta dan sayang kepada baginda
bukan semata-mata tuturan bicara di bibir tetapi harus dijelmakan dalam
bentuk tindakan, penghayatan dan kehidupan seharian.
Alhamdulillah, tahun ini masih
diberi kesempatan dan kekuatan untuk melaksanakan program Qiamullail
bulanan bagi sesi Januari 2014 ini pada 18-19 Januari 2014.
Menyedari hakikat bahawa golongan
muslimin adalah tonggak dan pemimpin dalam apa-apa jua keadaan dan
situasi, lantas program Menyeru Muslimin dilaksanakan lagi buat kali
ke-3.
Tahniah dan terima kasih kepada
semua yang hadir menjayakan kedua-dua program. Meski ada yang tidak
sempat menemani sehingga ke lambaian ukhuwwah.
Ceramah daripada Ustaz Hafiz
"Dakwah Rasulullah, Dakwahku"
Salah satu rutin Qiam~ Bacaan Al- Mathurat :)
Check-Point 1
Check-Point 2
Check-Point 3
Pertandingan Gubahan bagi kakak2 KRU
Gubah jangan tak gubah :)
Adik-adik KRU Tunas pula melukis & mewarna :)
Dah siap pun gubahannya.
Macam cantik jer, macam comel jer ^_^
Sekarang masanya membentang gubahan masing2..
Slot Khas Muslimat : "Kerana Dirimu Begitu Berharga"
Majlis Perasmian & Penutupan
Ucapan Pengarah Program. Abg Faris Hamizan
Ucapan Perasmian & Penutupan daripada
Abg Ekhwan selaku Exco Masyarakat & Siswazah PSS Tuaran
Akhir kata,
Marilah berdakwah dengan
kemampuan yang paling maksima, hatta dengan qudwah hasanah, agar kita
sentiasa 'hidup' bersama Rasulullah SAW.
0 comments:
Post a Comment