Gambar Kenangan KRC 2012
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahli kerabat dan para sahabat Baginda.Subhanallah kurniaan-Nya dengan 2 nikmat terbesar kita hari ini,iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.
Alhamdulillah, pada 2 September 2012 yang lalu, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dengan kerjasama Kelab Suri Rumah & Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) telah bejaya menganjurkan Program Kem Remaja Cemerlang (KRC) 2012 dengan jayanya bertempat di Auditorium Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah dengan bertemakan “SKOR A SEPERTI AL FATEH”. Program ini berlangsung selama sehari daripada jam 8 pagi hingga 5 petang.
Sesi Regangan
Salah seorang peserta, Arfizan (SMK Sanzac) sedang mempamerkan model kapal terbang kertasnya.
Banyaknya Kapal Terbang Kertas yang terbabas.
Program KRC 2012 ini diadakan bertujuan untuk melahirkan golongan pelajar dan remaja yang sentiasa bermotivasi dan fokus untuk mengejar kecemerlangan di Akhirat dan di Dunia. Selain itu juga, program ini dapat mewujudkan generasi pelajar yang sentiasa bersedia akademik, mental, emosi dan rohani terutamanya ketika saat menjelang peperiksaan. KRC 2012 juga melatih serta mencungkil potensi kecemerlangan individu yang terpendam dalam diri pelajar mahupun remaja untuk meletakkan SULTAN AL FATEH sebagai ikon hebat mereka. Secara umumnya KRC 2012 ini berfokuskan untuk membumikan AL FATEH di bumi borneo ini. Para peserta yang terlibat lebih kurang dalam 100 orang di mana terdiri daripada pelajar-pelajar yang antaranya daripada SMK Likas, SMK Tebobon, SM San Zac, SMK Bandar raya, SMK Agama Kota Kinabalu dan lain-lain lagi . Selain itu, KRC 2012 kali ini juga disertai oleh sebahagian anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Tambunan.
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?
Saudara Azizul (Setiausaha Agung PSS) sedang memulakan program.
Program sedang berlangsung.
Bersemangat menyanyikan sebuah lagu.
Suasana Program.
Behind The Scene : AJK sedang bertungkus-lumus menjayakan program.
Ini Diriku.
Saudara Hasmadi bin Hasbi, Pengarah Program.
Semuanya sudah terjawab dalam pengembaraan program ini bersama penceramah yang sudah tidak asing lagi tentang semangat Al Fateh,Ustaz Syaari Abd Rahman. Pengisian yang disampaikan penceramah begitu bersemangat dan berwibawa dengan membuka minda dan jiwa para peserta untuk menjadikan AL FATEH sebagai ikon remaja holistik. Terbaik penyampaian ustaz, kerana berjaya membuka minda penonton dengan video-video yang mampu membuka semangat para peserta menjadi terkedu dan terpegun seketika. Para peserta juga disajikan dengan LDK dengan dibantu oleh tentera-tentera fasilitator sepanjang program. Momentum dan sifat utama Muhammad Al fateh setiasa berfikiran positif di setiap siri peperangannya, jatuh bangun semula tetap senantiasa POSITIF..(^_^)...Masya Allah... Untuk menjadi hebat seperti Al Fateh juga, perlulah direncanakan anak-anak muda ini secara holistik dan dibangunkan jiwa-jiwa mereka ini dengan kesempurnaan spritual.
Kita dan Al Fateh...!! Dimanakah semangat orang muda yang patut kita lihat pada hari ini?Pemuda Islam yang berjiwa kental seperti Muhammad Al Fateh,seusia 19 tahun sudah berjaya memimpin segerombolan tentera untuk menawan kota Contantenopel. "Untuk melihat pemimpin pada masa hadapan, lihatlah remaja pada hari ini'.
Dengan terlunasnya KRC 2012 ini, harapannya agar wujud dan lahirnya AL FATEH dalam jiwa-jiwa anak-anak remaja ini untuk dijadikan landasan qudwah dalam merencana diri menjadi sang penerus perjuangan Islam di bumi ini. Usia remaja adalah usia yang paling digeruni dan ditakuti. Contohilah Muhammad Al Fateh. “Tangan mereka menggegar dunia dan seisinya.” Di mana bumi di pijak, di situ Al Fateh membayangi perjuangan anak-anak muda.
Presiden PSS, Saudara Zul Hilmey Makmud menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.
Antara Barisan AJK Pelaksana yang menjayakan program.
Koleksi Gambar di sini.
0 comments:
Post a Comment