PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, May 30, 2012

Program Tahsin Solat Siri 2/2012 PSS Kota Belud



KOTA BELUD, 3o Mei: Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Belud dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah sekali lagi telah mengadakan Program Tahsin Solat Siri 2/2012 bermula jam8.00 pagi tadi berakhir jam2.30 petang. Program kali ini diadakan di Masjid Kg. Kota Peladok bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan solat dan cara pelaksanaan yang betul sebagaimana yang ditentukan oleh hukum syarak serta sebagai pendedahan kepada masyarakat mengenai bahaya tidak mengerjakan solat.



Ceramah 1: Menuju Kesempurnaan Solat oleh Ust. Surayah (JHEAINS)
Terdapat lebih 80 orang ibu bapa, remaja dan kanak-kanak meyertai program ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah kuliah yang bertajuk ‘Menuju Kesempurnaan Solat’ yang disampaikan oleh Ustazah Surayah Salin dari JHEAINS Kota Kinabalu dan kuliah ‘Bagaimana Mendirikan Solat’ yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi Saifuddin iaitu Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah. Antara pengisian lain program ini ialah praktikal solat serta solat Zohor berjemaah.


Ceramah 2: Bagaimana Mendirikan Solat oleh Us. Ahmad Fauzi (Timb. Presiden PSS)Keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang baik sehingga akhir program. Program ini berakhir dengan sesi soal jawab dan Majlis Penangguhan Program serta penyerahan cenderahati kepada pihak masjid atas komiten dan kerjasama baik yang diberikan.
Praktikal Solat Wanita

Harapan kami semoga usaha yang murni ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat. Pihak jawatankuasa penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Masjid Kg. Kota Peladok dan JAKIM Cawangan Sabah kerana sudi membantu menjayakan program ini agar berjaya mencapai matlamatnya. Semoga sumbangan dan bantuan yang diberi mendapat ganjaran oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

Antara peserta yang hadir

Tuesday, May 29, 2012

Program Amal Kebajikan PSS, YAM & PAPISMA ke Kg Tohan Baru, Keningau, Sabah.

Keningau, 26 Mei 2012 - Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah menghantar beberapa wakil untuk bersama-sama dalam satu Program Amal Kebajikan di Kampung Tohan Baru, Keningau , Sabah baru-baru ini. 

Program ini merupakan kolaborasi antara Yayasan Amal Malaysia (YAM) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

Antara aktiviti menarik yang telah dilaksanakan ialah seperti Modul bersama remaja, rawatan kesihatan percuma, sumbangan barangan asas kepada penduduk dan sumbangan untuk mendirikan surau di kampung tersebut.

Komuniti Muslim di kampung tersebut merupakan golongan minoriti. Disamping itu, ketiadaan surau berdekatan di kampung tersebut menyukarkan program keagaamaan untuk dilaksanakan. Tambahan lagi, masjid yang terdekat sejauh lebih kurang 10 kilometer dari kampung tersebut.

Melihat kepada senario ini, justeru, PSS yang diketuai oleh Saudara Zulzaim Hilmee (gambar) yang juga merupakan Exco I Masyarakat dan Siswazah (EMS) PSS telah mengadakan kerjasama dengan dua NGO yang lain iaitu Yayasan Amal Malaysia (YAM) dan PAPISMA untuk membantu masyarakat di kampung tersebut.

Ini katanya, sebagai satu usaha dalam memperkasakan peranan siswazah dalam membantu membangunkan masyarakat khususnya di sekitar Negeri Sabah.

"PSS bersedia dan komited untuk menghulurkan apa juga jenis sumbangan dan bantuan bertujuan untuk membangunkan masyarakat." tambah beliau.

"Kami akan mengadakan lawatan susulan untuk memastikan projek untuk mendirikan surau di kampung ini dapat direalisasikan." katanya semasa ditemubual.

Sumbangan boleh disalurkan kepada Persatuan Siswazah Sabah : 10016010043186 (Bank Islam Malaysia Berhad).
 

Zulzaim Hilmee Bin Abidin
Exco I Masyarakat dan Siswazah PSS

Thursday, May 24, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Tuaran Mei 2012


19-20hb Mei '12

Rasulullah bersabda : "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.

Ditanyakan kepada Hasan al-Bashri: “Mengapa orang-orang yang suka bertahajjud itu wajahnya paling bercahaya di antara yang lain?” 
Ia menjawab: “Kerana mereka suka berdua-duaan bersama Allah Yang Maha Rahman; maka Allah menyelimuti mereka dengan cahayaNya." 
..............................................

Inilah sebabnya PSS & KRU Tuaran tetap meneruskan program Qiamullail bulanan. Qiamullail yang dilaksanakan benar-benar telah meresap ke dalam sanubari dan manfaat Qiamullail terkesan dalam segala urusan harian mahupun sebagai seorang pelajar atau pekerja.

AJK makanan menyediakan makan malam..



Terima kasih AJK Makanan ^_^

Bertemakan Ikhtilat, Qiamullail kali ini menyajikan kuliah tentang ikhtilat dengan lebih terperinci. Kuliah telah disampaikan ustaz jemputan, iaitu Ustaz Hafiz. Terima kasih ustaz atas penyampaian yang mantap. Semoga segala input yang dicurahkan oleh ustaz bermanfaat buat adik-adik cilik yang rajin dan istiqamah datang program Qiamullail..

Teringat kata-kata seorang ustaz, "Islam mengarahkan ibu bapa mendidik anak ilmu solat bermula dari umur tujuh tahun, maka pendidikan sosial, bermasyarakat dan tatacara pergaulan dan adab juga perlu diajar seawal usia tujuh tahun." InsyaAllah dengan ini, kami mengharapkan ilmu yang mereka kutip dalam mana-mana majlis ilmu ini mampu membina generasi yang akan membangunkan bumi Tuaran (khususnya) dengan akhlak Islam yang sebenar suatu hari kelak. Amin ya Rab.

Pagi Ahad, seusai solat Subuh dan bacaan al-Mathurat, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Peserta 13 tahun ke atas dengan usrahnya dan adik-adik 12tahun ke bawah (KRU Tunas) dengan latihan pidatonya.



Aktiviti selapas usrah dan latihan pidato, riadah di perkarangan kawasan masjid An-Nur. Seturusnya sarapan pagi, mesyuarat untuk program Qiamullail akan datang dan lambaian ukhuwwah.




pemerhati?? Atau tak sabar nak sarapan??

Jom adik-adik ikut abang, kita sarapan..


lambaian ukhuwwah


Terima kasih kepada AJK dan peserta yang sudi hadir ke program Qiamullail kali ini, moga berjumpa dalam program KRU seturusnya. 

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons