Tuesday, May 29, 2012

Program Amal Kebajikan PSS, YAM & PAPISMA ke Kg Tohan Baru, Keningau, Sabah.

Keningau, 26 Mei 2012 - Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah menghantar beberapa wakil untuk bersama-sama dalam satu Program Amal Kebajikan di Kampung Tohan Baru, Keningau , Sabah baru-baru ini. 

Program ini merupakan kolaborasi antara Yayasan Amal Malaysia (YAM) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

Antara aktiviti menarik yang telah dilaksanakan ialah seperti Modul bersama remaja, rawatan kesihatan percuma, sumbangan barangan asas kepada penduduk dan sumbangan untuk mendirikan surau di kampung tersebut.

Komuniti Muslim di kampung tersebut merupakan golongan minoriti. Disamping itu, ketiadaan surau berdekatan di kampung tersebut menyukarkan program keagaamaan untuk dilaksanakan. Tambahan lagi, masjid yang terdekat sejauh lebih kurang 10 kilometer dari kampung tersebut.

Melihat kepada senario ini, justeru, PSS yang diketuai oleh Saudara Zulzaim Hilmee (gambar) yang juga merupakan Exco I Masyarakat dan Siswazah (EMS) PSS telah mengadakan kerjasama dengan dua NGO yang lain iaitu Yayasan Amal Malaysia (YAM) dan PAPISMA untuk membantu masyarakat di kampung tersebut.

Ini katanya, sebagai satu usaha dalam memperkasakan peranan siswazah dalam membantu membangunkan masyarakat khususnya di sekitar Negeri Sabah.

"PSS bersedia dan komited untuk menghulurkan apa juga jenis sumbangan dan bantuan bertujuan untuk membangunkan masyarakat." tambah beliau.

"Kami akan mengadakan lawatan susulan untuk memastikan projek untuk mendirikan surau di kampung ini dapat direalisasikan." katanya semasa ditemubual.

Sumbangan boleh disalurkan kepada Persatuan Siswazah Sabah : 10016010043186 (Bank Islam Malaysia Berhad).
 

Zulzaim Hilmee Bin Abidin
Exco I Masyarakat dan Siswazah PSS

1 comments:

Siti Azimah Binti Rupilen said...

TERIMA KASIH KERANA MEMBUAT PROGRAM DI KENINGAU!!

LEPAS NI BUAT LAGI YA..^^

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons