PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, November 29, 2012

PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA SEPTEMBER PSS & KRU Kota Kinabalu - Dakwah Alam Maya


Image
Assalamualaikum!
pertama-tama dan selama-lamanya ayuhlah kita merafa’kan syukur kehadrat Allah SWT kerana sentiasa memberikan nikmat kepada kita dan! kita hendaklah bersyukur!.
seperti yang kita ketahui, remaja-remaja sekarang majoritinya lebih cenderung dengan alam maya atau dalam bahasa inggerisnya virtual world. mereka lebih suka berkongsi ilmu atau hal tentang kehidupan seharian mereka di alam maya contohnya facebook, twitter, blog, myspace, instagram, blackberry mesangger dan lain-lain. Oleh itu, KRUKK dan PSSKK telah menganjurkan program yang berbentuk alam maya sesuai dengan minat remaja zaman sekarang untuk mendedahkan kepada remaja tentang cara-cara memanfaatkan alam maya ini ke arah yang lebih baik dan lebih Islamik.
program ini berlangsung pada 29-30 september bertempat di Masjid UMS Kota Kinabalu.
antara aktiviti-aktivitinya ialah kembara malam, kuliah lapangan, riadah dan lain-lain.
ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage


banyak lagi program-program yang memberikan kejutan dan! untuk pengetahuan anda! program ini mendapat respons yang sangat baik! Alhamdulillah.. jadi, jangan terlepas dari mengikuti program-program KRU dan PSS yang akan datang!! dijamin! dapat pengalaman dan yang paling penting! ganjaran pahala dari Allah! syukran kepada pihak-pihak yang memberikan komitmen untuk program ini dan peserta khasnya! terima kasih kerana join!! nanti join lagi ya!!

Qiamullail November PSS & KRU Tuaran


Alhamdulillah,segala kesyukuran hanya dipanjatkan kepada Allah S.W.T Yang Maha Hebat PerancanganNya. Seterusnya kepada siapa yang perlu sentiasa diingati melainkan hanya kepada kekasihnya,Nabi Muhammad SAW.Allahumma solliala’ saiyidina Muhammad waala ali saiyidina Muhammad. Kerana perjuangan baginda dan para sahabat, kita dapat merasa nikmat Islam sehingga ke hari ini.

Masa dirasakan sungguh pantas berlalu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan  berlalu tanpa sesaat pun menunggu kita. Benarlah kata-kata Luqman Al-Hakim bahawa perkara yang paling jauh daripada kita adalah masa lalu.Masa yang berlalu tidak mungkin dapat diulang kembali. Kalaulah ditanyakan pada diri anda,apakah yang anda ingin lakukan jika masa ini dapat diulang kembali? Pasti banyak perkara yang ingin dilakukan, bukan? Menyingkap seketika makna surah Al-Asr yang sering meniti di bibir kita tatkala menamatkan sesuatu perbincangan :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran “

Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Maal Hijrah kali yang ke 1434. Apa agaknya persediaan kita untuk menyambut Maal Hijrah pada kali ini? Qiamullail 10-11 November lalu cuba menyingkap makna Hijrah dalam diri setiap yang hadir.Turut berkongsi kisah hijrah yang dilakukan oleh insan bergelar artis. Antaranya ialah Sham Kamikaze yang telah melakukan satu penghijrahan yang cukup besar dalam hidupnya dan penghijrahan itu telah memberi kesan positif kepada insan-insan di sekelilingnya. Begitu juga kepada salah seorang sahabat KRU yang sudi berkongsi pengalaman hijrahnya. Subhanallah,semoga itu memberi ibrah dan pengajaran kepada kita. Kadangkala Allah hadirkan insan-insan di sekeliling untuk kita belajar sesuatu darinya.


Menjadi satu kebahagiaan apabila sahabat-sahabat dari PSS & KRU Putatan dan KRU KK turut hadir. Sama-sama bersemangat untuk mengumpul dan menyebarkan kebaikan kepada insan sekeliling. InsyaAllah bertemu lagi di lain waktu dan kesempatan yang ada. Sesungguhnya,redha Allah jualah yang kita harapkan. 
 Ceramah Hijrah. Mana yang lain?
 LDK Khas bersama bakal peserta ISC

 Halaqah pagi sementara menunggu Timbalan Pengarah Larian Hijrah. 
Jangan buang masa!
 KRU KK

 KRUT

 Bergambar dikala mentari kian meninggi dan adik-adik peserta ramai dah balik. Beginilah jadinya...silau.

 Sempat lagi.....Siapa 'betapuk' tu?

P/S :Jemput hadir program Larian Hijrah 15 November 2012 (khamis) bertempat di Masjid An-Nur,Tuaran. Berlari Menggapai Mardhotillah!! Ayuh,sebar2kan.

Larian Hijrah PSS & KRU Putatan 2012.


15 November 2012, Perdana Park, Tg Aru, KK 
- Alhamdulillah PSS dan KRU Putatan sama sama menginfaqkan sedikit masa menjayakan program Larian Hijrah yang diadakan di Perdana Park, Tanjung Aru bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah. Alhamdulillah lebih kurang 50 orang peserta dari SMK Tansau dan SMK Putatan yang menyertai Larian Hijrah ini. Ada juga adik adik dari sekolah rendah yang turut join Larian Hijrah kali ini. Alhamdulillah, dapat sama-sama kita rapatkan ukhuwah. Abang Hasmadi, Kak Asma dan Kak Ervy selaku fasililator juga turut turun padang untuk sama-sama mengimarahkan program ini.
Walaupun hari hujan, program tetap berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah :-)

7:30 - Semua peserta berkumpul di dataran Perdana Park.
8:00 - Abang Hasmadi menyampaikan upacan dan melakukan sedikit aktiviti 'warm-up' sebelum memulakan aktivit-aktiviti seterusnya. Aktiviti warm-up pada pagi itu ialah permainan "Sad-Mad-Glad" 

Peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan. 4 kumpulan muslimin dan 4 kumpulan muslimat.

Aktiviti pertama : Teka Tokoh.
-Peserta dikehendaki mencantum gambar gambar tokoh Islam. 

Aktiviti kedua : 
-Peserta diarahkan untuk menyusun perjalanan hidup Rasulullah SAW semasa penghijrahan beliau dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Aktiviti ketiga :
-Peserta dikehendaki meneka nama sahabat sahabat yang banyak membantu Rasulullah SAW dalam penghijrahan Baginda. 
-Peserta juga turut diberi 'clue' dan sedikit penceritaan bagi setiap nama sahabat sahabat Rasulullah.

Aktiviti keempat :
-Peserta 'dikejutkan' dengan satu aktiviti yang mencabar akal dan minda, iaitu menukar dan menyanyikan lirik lagu 'Maal-Hijrah' dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. "Oh My English" Hehe.
-Seterusnya setiap kumpulan mesti menghantar seorang wakil untuk mendeklamasikan sajak 'Maal-Hijrah'

Selepas selesai semua aktiviti, lebih kurang 10:30 bacaan Doa Wehdah dan Lambaian Ukhuwwah diadakan sebelum mengakhiri program, . Alhamdulillah, selepas selesai bacaan Doa Wehdah dan Lambaian Ukhuwwah, program Larian Hijrah diakhiri dengan sesi fotografi. 

Syukran jazilan kepada semua peserta yang menjayakan Larian Hijrah kali ini juga Abg Hasmadi, Kak Asma, juga Kak Ervy yang menyediakan minuman buat peserta :-)
Peserta Muslimin.
Peserta Muslimat.
Peserta 'cilik' yang turut serta program kali ini :-)
Abang Hasmadi sedang berucap :')
Peserta Muslimin dan Muslimat khusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh Abg Hasmadi sebelum memulakan aktiviti.
Semua dah sedia. Dah bersemangat! 
Gelak ketawa bersama. "Sad-Mad-Glad"
Aktiviti pertama: Mencantum gambar tokoh. Chaiyok chaiyok! :)
Aktiviti kedua :-)
Selepas hujan lebat. Peserta masih segar untuk aktiviti seterusnya.
Peserta muslimat mengikut kumpulan :-) 

Semoga PSS dan KRU Putatan sentiasa diberkati Allah SWT dan dipermudahkan dalam setiap program dan aktiviti-aktiviti akan datang, insyaAllah. Amin amin ya rabbal alamin :)

Wallahu'alam.

Sumber  di sini.
Koleksi gambar di sini.

Tuesday, November 27, 2012

Kem Kepimpinan KRU Putatan 2012

12-13 November 2012, SMK Putatan - Buat julung-julung kalinya, PSS kawasan penaja Putatan dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Putatan menganjurkan Kem Kepimpinan KRU Putatan 2012.

Seramai 24 peserta telah mengikuti program ini. Objektif kem ini dianjurkan adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang seni kepimpinan mengikut perspektif Islam. Selain daripada itu, kem ini juga sebagai persiapan kepada bakal pimpinan KRU Putatan generasi pertama yang bakal diumumkan organisasinya diakhir program.

Program dua hari satu malam ini padat dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti, forum kepimpinan, tayangan video, LDK, debat, riadah dan lain-lain.
Barisan Kepimpinan KRU Putatan yang telah dilantik
Forum Kepimpinan
Saudara Sarip, Pengerusi KRU Kota Kinabalu berkongsi pengalamannya.
Saudara Faris dari KRU Kota Kinabalu turut membantu.
Peserta fokus dengan pengisian para fasilitator.
Antara peserta Muslimat yang terlibat.
XY Game
Syura diutamakan.
Apa yang penting?
Kita tengok siapa yang kena..
Ya Allahh...
Macam main gaduh-gaduh ja nie.
Bersatu kita teguh
Muslimat sayap kiri perjuangan.
Inilah panji kami.
Muslimat !!! Cepat sikit !!!
Susun strategi
Bersiap-siaga.
Hati-hati semua.
Muslimat Power !!!
Baiklah, mainan seterusnya...
Ber'gosip' kah tue??
Bisik..
Tengah tulis apa tue??
Surat apa tue??
Lautan air sanggup ku redai..
Akhirnya...
Jom kita baca apa yang diorang tulis..
Nah, makan..
Saudara Hasmadi, Pengerusi PSS Putatan
Orang Kuat KRU Putatan
Debat
PSS

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons