PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, November 9, 2012

Kem Bestari Solat SK Likas


Peserta Kem Bestari Solat 

20 Oktober 2012 - Program Kem Bestari Solat ini adalah sebuah program yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Likas. Kem ini adalah generasi yang kedua. Program ini melibatkan semua pelajar dari darjah 4, 5, dan 6 termasuk juga guru-guru. Peserta yang terlibat adalah seramai 500 orang kerana terdiri daripada tiga darjah.Pihak sekolah memohon bantuan daripada Kelab Remaja Ukhuwah Kota Kinabalu kerana ingin memerlukan fasilitator yang ramai.Selain itu, pihak sekolah turut meminta bantuan daripada sekolah Maahad Tahfiz. Bilangan yang diperlukan dari pihak KRUKK adalah seramai 20 orang dan sama juga seperti sekolah Maahad Tahfiz. 
 Keadaan bermesyuarat bersama pihak sekolah.

 Fasilitator dari KRUKK memberikan tunjuk ajar kepada pelajar darjah 6.

Semasa program, kami iaitu dari pihak KRUKK bermesyuarat di Bilik Gerakan SK.Likas pada jam 7.10 pagi untuk diberikan sedikit taklimat daripada penganjur program. Kumpulan telah diberikan mengikut bilangan kelas iaitu 19 buah kelas. Pengerusi KRUKK mengangihkan kumpulan yang telah disediakan mengikut kelas. 
 Fasilitator sedang memberikan tunjuk ajar kepada pelajar darjah 5.

Setiap kelas dibimbing oleh seorang guru yang berada di sana. Kelas-kelas yang dipimpin oleh fasilitator dari KRUKK disediakan 10 buah buku panduan mengenai solat dan bacaan doa dalam solat. Pelajar pula diberikan buku panduan solat yang bersaiz kecil. 

Kami dari pihak KRUKK hanya dapat membantu sehingga jam 1.00 petang sahaja kerana tidak dimaklumkan lebih awal bahawa program tersebut berlangsung sehingga jam 4 petang.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons