Bercuti adalah peluang untuk berprogram, peluang untuk bertemu merapatkan ukhuwah.
Bermula 9-11 Mac 2012 seramai 10 orang ahli KRU Tuaran yang terdiri daripada saf pimpinan telah menyertai Kem Kepimpinan Pendakwah Muda. Sementara yang lain menjadi AJK program. Kem ini turut dihadiri oleh sahabat-sahabat KRU dari Kota Kinabalu, Kota Marudu, Sipitang dan Kota Belud. Hadir bukan sekadar hadir, hadir untuk memacu halatuju kelab agar lebih terarah dan fokus.
Orang berbudi kita berbahasa. What you get you give back. 12-14 Mac 2012 dan 13-15 Mac 2012 ahli KRUT diberi peluang menabur bakti dan mengaut pengalaman menjadi fasilitator Kem Smart Tahfiz (KST) anjuran SRI Al-Hafidz Bandar Sierra dan SRI Al-Hafidz Tuaran. Dikala menyantuni adik-adik peserta menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran, jauh di sudut hati mahu menjadi hafidz/ah juga. Mari kita mulakan. Sehari selembar benang.
Suasana KST di SRI Al-Hafidz Bandar Sierra.
Aimi, peserta KST di SRI Al-Hafidz Tuaran
16 Mac 2012. Sambil menyelam minum air. Kami pakat-pakat mahu buat rehlah. Ada pula yang dah rindu mengunjungi keluarga dan kampung angkat. Keputusannya, rehlah dilaksanakan di kampung angkat, Kg Sambah. Menenangkan hati melihat alam ciptaan Allah. Menaiki sampan menyusur sungai sambil memerhati barisan pepohonan bakau. Sesekali nampak obor-obor sedang berenang-renang. Damainya. Subhanallah. Hati diam-diam mengalunkan zikir.
Dalam perjalanan seorang kakak angkat mesej, 'sampai ja nanti kamu semua pergi rumah, kami ada sediakan sarapan'. Rezeki. Hakikatnya, kami dah ada perancangan. 30 minit pertama kami mengunjungi rumah keluarga angkat masing-masing. Kemudian berkumpul di jeti (lebih dikenali sebagai rumah rehat oleh penduduk kampung) untuk memulakan aktiviti memancing. Sewaktu melewati salah sebuah rumah keluarga angkat (anak angkatnya tidak dapat datang) kami disapa oleh tuan rumah untuk singgah seketika menjamah sarapan yang telah disediakan. Rezeki lagi. Jam menunjukkan hampir pukul 10 pagi. Pukul 11 pagi pula dah berjanji makan tengahari di rumah salah satu keluarga angkat. Tidak sempat ni. Akhirnya, juadah sarapan pagi dari kedua-dua rumah dibawa ke jeti.
Begini caranya membuat 'ambur'.
Bantu-membantu:)
Nah apa sudah jadi? Tersalah teknik ni.
Pasang mata kail elok-elok.
Demo: Lemparkan 'ambur' ke tengah sungai.
Ya Allah satukan hati-hati kami...amin... Ukhuwah fillah:)
Teman sejati:). Anak jati Kg Sambah. 030403. Alhamdulillah.
Orang pertama dapat ikan. Tahniah Kak Noor!!!!!!!! Juara.
Tempat kedua, Abang Shahrizal. Tahniah jugak!!!!!!
Tempat ketiga, Abang Dzul. Tahniah!!!! (Siapa ada gambar Abang Dzul bersama ikannya?)
Makan tengahari di rumah keluarga angkat Kak Julaiqah & Kak Jurainah.
Usai Solat Jumaat, berprogram seketika bersama adik-adik Kg Sambah. Sentuhan Abang Sazali.
Slot disambung, bersama Abang Dzul.
Mantapkan ukhuwah:)
Indahnya ukhuwah:)
Abang Dzul, Abang Amar & Kak Ija jaga adik kamu tu (^_^). Pastikan.
Abang Shah, Abang Safuan, Kak Yati & Kak Shikin jaga adik kamu tu (^-^)
Abang Sazali & Abang Heiri jaga adik kamu tu (~_~). Lamanya tunggu adik kamu tu membesar.
Kak Ain & Kak Rini jaga adik-adik kamu tu :)
Selamat datang Kak Izaty & Kak Ros, jadi ahli keluarga Kak Sarah & Kak Noor:)
Pukul 3 petang kami beransur meninggalkan Kg Sambah menuju destinasi seterusnya, Kg Penampang Baru. Memenuhi undangan walimah Kak Masturah, kakak kepada Kak Nadiah.
Buah tangan
Mana ahli-ahli KRUT?
17 Mac 2012. Beberapa orang ahli KRUT berpeluang menyertai Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Tamparuli. Dari teori kepada praktikal. Kemudian disimpulkan pula dengan sesi soal jawab. Sungguh,disamping menimba ilmu,kursus ini membawa kami bermuhasabah diri seketika.
Allah SWT berfirman: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. "
(QS. Al-Imran:185)
18 Mac 2012 menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PSS. Siapa ada gambar? Siapa ada cerita? Mari kongsikan.
Sumber : http://psstuaran.blogspot.com/2012/03/cuti-cuti-mac-2012.html
3 comments:
salam, mau tanya.. adik2 yg belajar di sk menengah agama kk bole take part ka dlm event pss? mcm mana ya?
Waalaikumsalam.. Tiada masalah.. Sgt2x dialu2xkan.. Dptkan maklumat aktiviti kami, & hubungi orang yg berkenaan.. Kalau hadir tros ke program pown tiada masalah..
n lagi 1, sy juga npk pss ada buat program d kampung padas baru.. adakah kg padas & kg karambunai tpt yg sma? ka dia tpt yg lain2..
Post a Comment