PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, August 6, 2012

Program Ziarah Mahabbah ke Hospital Likas

KOTA KINABALU - Memfokuskan kepada memberi bantuan kebajikan & sokongan para pesakit Muslim & keluarga mereka sebagai objektif program, Persatuan Siswazah Sabah bersama dengan rakan NGO, Gerak Kasih telah berkolaborasi untuk melakukan ziarah mahabbah bagi menyantuni para pesakit kanak-kanak di Wad Melur, Hospital Wanita & Kanak-kanak Likas pada 22 Julai 2012 yang lepas.


Ahli rombongan bergambar di hadapan Wad Melur sebelum melakukan ziarah

Program yang melibatkan seramai 15 orang ahli rombongan yang diketuai oleh Encik Jamrie Saparie, Pengerusi Gerak Kasih telah menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan cakera padat yang mengandungi zikir-zikir munajat sebagai terapi kepada pesakit & ahli keluarga mereka. Selain itu, setiap pesakit yang ditemui juga diberikan kata-kata sokongan berupa motivasi agar meletakkan kebergantungan kepada Allah SWT dalam setiap ujian yang dihadapi.
 Saudara Azizul sedang menyantuni seorang kanak-kanak & keluarga berbangsa tiong hua

Setiausaha Agung Persatuan Siswazah Sabah, Saudara Azizul Julirin berkata PSS sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjadikan dakwah & kebajikan sebagai salah satu matlamat penubuhannya, merasa terpanggil untuk bersama-sama untuk dalam pasukan Gerak kasih bagi menjayakan program ini. Beliau juga berkata, setiap insan yang mempunyai jiwa wajib disantuni lebih-lebih lagi ketika mereka berada dalam keadaan yang kurang baik dan memerlukan sokongan.  

Encik Jamrie (kanan) ketika menziarahi seorang kanak-kanak pesakit Acute Paediatric

Program yang diadakan setiap minggu secara berkala ini merupakan kerjasama beberapa buah NGO yang diselaraskan oleh NGO Gerak Kasih. Sumbangan yang diberikan kepada pesakit-pesakit yang ditemui adalah hasil daripada sumbangan yang diberikan oleh orang awam selain daripada usaha janaan ekonomi oleh pihak Gerak Kasih sendiri.

Pengerusi Gerak Kasih, Encik Jamrie berkata, Gerak Kasih dalam usaha untuk menggiatkan lagi kegiatan kebajikan seperti ini dengan menambah bilangan pasukan-pasukan yang akan bertugas setiap minggu dan juga dalam proses untuk membina sebuah asrama Gerak kasih yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada keluarga pesakit Muslim yang terpaksa bermalam di hospital tetapi tidak mempunyai tempat tinggal.

Persatuan Siswazah Sabah dan Gerak Kasih mengalu-alukan sebarang sumbangan  daripada orang ramai untuk melancarkan program-program ziarah pada masa hadapan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam PSS 10016010043186.  Maklumat berkenaan aktiviti Gerak Kasih boleh diperoleh di http://www.gerakkasih.com.

Gambar-gambar & video sepanjang lawatan:

Video program






 


0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons