PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Saturday, March 17, 2012

[KRU KK] Qiamullail Perdana KRU Kota Kinabalu Mac 2012


 
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya kepada kita, program Qiamullail anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah berjaya membuat satu lagi program kerohanian yang bertempat di Masjid UMS pada Mac yang lalu.

Program pada kali ini telah diberi tajuk Bring Me Back yang bertemakan Diri Seorang Dai’e. Alhamdulillah, program pada kali ini telah disambut meriah dengan kehadiran 77 orang peserta dari kalangan pelajar di sekitar kawasan Kota Kinabalu yang berumur di antara 13-18 tahun.

Namun, program kali ini juga telah dihadiri oleh seorang ahli KRU Beaufort iaitu Mohd Shazlin. Selain itu, beberapa pelajar dari IPTA dan UNITAR juga turut memberi sokongan kepada program kali ini dengan menghadiri dan menyertai program ini.

Program ini telah dibuat di Masjid UMS pada tarikh 16-17 Mac 2012. Program ini bermula dari jam 4.00 petang hari jumaat dan berakhir pada jam 10.00 pagi hari sabtu.

Objektif yang digariskan dalam program kali ini ialah :
Memberi garis panduan kepada golongan remaja mengenai cara pelaksanaan amal ibadah dalam kehidupan seorang muslim berlandaskan Al- Quran dan As-Sunnah.
Menyedarkan golongan remaja akan kepentingan amal ibadah seharian dengan pekerjaan yang dilakukan setiap adalah saling berkaitan dan seiringan.
Membawa golongan remaja untuk mengamalkan Sunnah Rasullullah SAW yang akan mendekatkan diri kepada Allah SWT..
Menjalin ikatan ukhuwwah antara golongan remaja dengan pihak penganjur dan menyedarkan mereka akan nilai persaudaraan yang telah digariskan di dalam Al-Quran.
 
Poster Program Bring Me Back
Bookmark Bring Me Back 
Alhamdulillah, objektif program yang digariskan telah dapat dicapai jika dilihat secara zahirnya namun hanya Allah sahaja yang tahu pencapaian secara batinnya. Semuanya kebergantungan kepada Allah yang amat penting.

Beberapa aktiviti yang dibawakan dalam program kali ini iaitu seperti Slot Mesra bersama KRUKK(Usrah), Slot Pameran dan Tayangan Program-program KRUKK dan PSS, Slot Fardu Ain-Tahsin Solat, LDK, Pementasan Drama KRUKK, Slot Fardu Ain-Tahsin Al Fatihah, Forum Kemasukan Ke IPTA.
Slot Pameran & Tayangan
Peserta Muslimin & Muslimat
Slot Tahsin Solat - Ust.Babar

17 Mac 2012, Sabtu, program ini diteruskan dengan Slot Kemasukan ke IPTA yang disampaikan oleh Saudara Mohd Zulhilmey dan Saudara Mohd Fanshuri. Para peserta mengambil sebanyak-banyaknya pengisian berkenaan kemasukan ke IPTA itu. Slot terakhir pada pagi ini ialah slot lambaian ukhuwwah, sesi fotografi bersama para peserta dan pemberian bookmark dan tinta remaja KRUKK sebagai cenderahati kepada peserta.

Berakhirnya program ini tepat pada jam 8.50 pagi. Para peserta dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua para peserta yang sentiasa istiqomah dalam program-program anjuran KRUKK. Sekalung penghargaan juga buat semua penggerak program ini kerana menyumbang tenaga, masa dan wang untuk menjayakan program ini. Ucapan berbanyak terima kasih juga diberikan kepada PSS yang sentiasa membantu dan memantau sepanjang program ini.

Hanya Allah sahaja yang bisa membalas segala jasa dan pengorbanan antum/antunna sekalian. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan Allah lihat dan memberi ganjaran yang setimpalnya kepada kita.

Nantikan program KRUKK yang akan datang.

“Remaja HariIni, Pemimpin Hari Esok”

Sumber : http://krukotakinabalu.wordpress.com/2012/04/16/bring-me-back/

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons