Alhamdulillah. Qiamullail kali ini menggamit kenangan silam. Kenangan sekitar tahun 2008. Sahabat-sahabiah KRUKK sering berkunjung ke Masjid An-Nur, Tuaran bergabung dengan KRU Tuaran bersama-sama mendekatkan diri kepada Ilahi menerusi program Qiamullail Bulanan. Sejarah berulang lagi. Terubat kerinduan.
Sementara bentuk pengisian yang seumpama qiamullail kali ini pula dilaksanakan pada bulan Januari 2011 di Masjid UMS. KRU Tuaran pula yang berkunjung ke sana. Bezanya, penyertaan program terdahulu hanya terhad kepada 50 orang, sementara penyertaan kali ini mencecah 150 orang. Malahan, turut dihadiri oleh ramai ahli-ahli KRU Tunas terutama peserta Jil Ul-Islam dari Sekolah Agama Negeri, Tuaran. Tidak kurang juga penyertaan daripada ahli KRU Tunas yang sentiasa istiqamah saban bulan menghadiri qiamullail. Sangat memberangsangkan.
Harapan pihak penganjur, agar ilmu 'public speaking' yang dicurahkan oleh Saudara Mohd. Al-Amin selaku Exco Mahasiswa dan Siswazah, PSS merangkap Pengarah Urusan Quest Solution Training & Consultancy dapat disirna dan digarap dengan sebaik-baiknya oleh para peserta. Sifir mudahnya, berbicara dari hati supaya sampai ke hati. Bagaimana tu?
Pada penghujung Program Qiamullail Perdana telah diadakan Mesyuarat KRIS Tuaran Kali Ke-2. KRISTuaran akan dilaksanakan pada 5-7 April 2012 di SMK Badin, Tuaran. Sementara, Qiamullail Bulanan selanjutnya pada 21-22 April 2012. Insya-Allah.
0 comments:
Post a Comment