PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, June 24, 2012

Forum Perdana 'Islam Untuk Semua' di Kg Ambong Kota Belud




 9 Jun 2012 (Sabtu) : Persatuan Siswazah Sabah cawangan Kota Belud telah menganjurkan satu forum yang bertajuk "Islam Untuk Semua". Forum pada kali ini telah diadakan di Kg. Ambong Kota Belud. Beberapa orang ahli PSS dan KRU Kota Belud telah berkesempatan hadir dalam forum kali ini. Walaupun jarak Kg. Ambong yang agak jauh dr pekan, ini bukanlah penghalang untuk menjejaki saudara-saudara kita di sana dan menyampaikan risalah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W


Ketibaan PSS dan KRU di Kg. Ambong Kota Belud

Bacaan Yasin dan tahlil bersama penduduk kampung

Selepas selesai solat Isyak, forum perdana pun bermula dengan menampilkan 3 orang ahli panel yang berpengalaman. Panel yang pertama ialah ustaz Rosli , panel kedua En. Jumat, dan Panel yang ketiga ialah sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin. 

Moderator sedang mengajukan soalan kepada para panel

Penerangan yang mantap dari Us. Rosli

Antara hadirin yang hadir

Adik-adik yang meluangkan masa untuk mendengar forum pada malam itu. 

Penyampaian cenderahati kepada panel

Penghargaan daripada PSS cawangan Kota Belud. 

          Semoga sedikit usaha untuk mendekati masyarakat ini dikira sebagai satu ibadah yang diterima oleh Allah S.W.T. PSS cawangan Kota Belud juga mengharapkan agar semua perkongsian dan isi yang disampaikan dalam forum yang bertajuk "Islam untuk semua" dapat memberikan ilmu yang baru untuk kita dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Semua yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk datang dari kelemahan kami sendiri. 

"Islam Untuk Semua"


1 comments:

Kakak said...

Alhamdulillah. Semoga PSS dapat menjalankan aktiviti sebegini di perkampungan2 muallaf dan perkampungan yang penduduk Islamnya minoriti seperti di Kawasan bermula dr Kg Lasau Tintapon sehingga ke atas seperti di Kg Narinang ^_^

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons