PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, July 31, 2012

[PSS & KRU Putatan] Qiamullail Perdana Ramadhan 2012.

Masjid Daerah Putatan, SABAH - Seramai 85 peserta telah mengikuti Program Qiamullail Perdana Ramadhan 2012 yang terdiri daripada ahli Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Putatan. Program yang diadakan pada 28-29 Julai 2012 ini merupakan kali kedua seumpamanya diadakan di Masjid Daerah Putatan ini selepas penganjuran kali pertamanya pada bulan Jun 2012 yang lepas.

Tidak seperti Qiamullail sebelum ini, pada kali ini, pengisiannya lebih ringkas dengan pendaftaran pada pukul 9.00 malam pada 28 Julai 2012 untuk memberi peluang kepada Solat Sunat Terawikh terlebih dahulu berbanding pendaftaran selepas Zohor pada kebiasaannya.
 Gelagat peserta Muslimat sebelum program bermula.
 Gelagat peserta Muslimin sebelum program bermula.
Tepat pada pukul 10.00 malam, taklimat program telah diberikan kepada para peserta. Kemudian, bacaan Al-Mathurat secara beramai-ramai meneruskan program. 
 Para Peserta mengambil tempat sebelum program bermula.
 Saudara Hasmadi memberi taklimat program.
Bacaan Al-Mathurat
Pukul 10.30 malam, slot yang dinanti-nanti telah pun tiba iaitu Slot Muhasabah yang telah disampaikan oleh ikon Muhasabah PSS yang terkenal iaitu saudara Mohd Al-Amin bin Datuk Haji Utoh Said. Beliau yang juga merupakan mantan Exco Mahasiswa dan Siswazah PSS telah mengenengahkan dan menekankan kehebatan dan kemuliaan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan peripentingnya untuk para peserta mengambil kesempatan meningkatkan ibadah dan amalan sepanjang bulan yang mulia ini. Ternyata, penangan muhasabah saudara Al-Amin telah meruntunkan hati-hati peserta dan AJK yang bersama dalam slot muhasabah tersebut.
 Temuramah peserta dalam slot Muhasabah.
Saudara Al-Amin menyampaikan slot Muhasabah
Setelah tamat slot muhasabah, peserta diajak untuk membaca ayat Kursi, 3 kul, doa puasa dan doa sebelum tidur.

Seawal tiga pagi, para peserta dan AJK bersedia untuk sahur beramai-ramai. Walaupun hidangan yang disediakan hanya ala kadar, namun, suasana sahur beramai-ramai sangat menggembirakan para peserta. Tidak kurang ada yang menambah makanan dua tiga kali.
 Bersedia untuk sahur
 Sahur dalam talam.
 Muslimat pun berselera sahur.
 Berkali-kali tambah pun habis juga.
Sahur didahulukan, Kebersihan diutamakan
Akhirnya, setelah semua selesai sahur, klimaks kepada program ini mengambil tempat iaitu mengisi sepertiga malam dengan solat-solat sunat Tahajjud, Hajat, Taubat, dan diakhiri dengan Witir. Solat sunat yang diselang-selikan dengan zikir munajat ini menenangkan jiwa-jiwa yang sujud kepada Robbnya di malam hari. Qiamullail diakhiri dengan bersama-sama menadah tangan, memohon keampunan atas dosa-dosa yang telah dan sedang dilakukan, sama ada sengaja atau tidak.
Qiamullail Berjemaah
Sesuai dengan tema program yang dipilih iaitu 'Ramadhan Yang Dirindui', slot sembang Subuh diteruskan selepas solat Subuh dan bacaan Al-Mathurat. Penceramah jemputan, iaitu Ustaz Zainal Malang, dari Yayasan Syafi'eyyah dengan tajuknya 'Ada Apa Dengan Ramadhan?' mengisi kedinginan pagi hari. Banyak ilmu yang telah diperoleh daripada perkongsian bermanfaat ini.
 Bersedia Untuk Sembang Subuh
 Saudara Zaim mengisi masa sebelum sembang Subuh.
 Adik Chandra, peserta program menjadi Pengerusi Majlis
 Penceramah jemputan dah sampai.
 Sembang Subuh bertajuk 'Ada Apa Dengan Ramadhan?'
 Perkongsian ilmu yang santai.
Sedikit cenderakenangan kepada penceramah jemputan sebagai penghargaan.
Sebelum pulang, para peserta dan AJK bekerjasama membersihkan tapak program dan akhirnya, bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.

Diharapkan para peserta dapat mengambil input-input yang berguna untuk dijadikan bekalan sebagai hamba Allah di dunia dan akhirat.



Disediakan Oleh :

Hasmadi bin Hasbi
Exco I Urusan Media PSS

Pengerusi 
PSS Kawasan Penaja Putatan

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons