PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Saturday, May 12, 2012

[PSS Beaufort] Program Skor-A Menuju Redha Illahi

Foto Kenangan ^^ 

Assalamualaikum (:
Alhamdulillah .. Sekali lagi dengan Izin Allah PSS dan KRU Beaufort berjaya menjalankan satu lagi program .. Alhamdulillah juga , walaupun musim peperiksaan menjelang , peserta pada program kali ini mencecah seramai 76 orang dan ada juga Ibu Bapa yang turut hadir .. Tidak lupa juga kepada PSS Pusat yang mengadakan 'Roadshow' yang turut hadir pada program kali ini .. Program SKOR-A Menuju Redha Illahi ini telah diadakan di Masjid Pekan Beaufort pada 12 MEI 2012 .. 
Aiman - Pengerusi KRU-B .. The 'Pink Panther' ^^

Seawal jam 12.00 tengahari hingga solat Zohor , sesi pendaftaran telah dilakukan .. Bila berkumandangnya azan Zohor , para peserta telah diarahkan untuk berwudhu dan naik ke tingkat atas masjid bagi menuniakan solat zohor .. Usai sahaja solat zohor didirikan , solat hajat pun dimulakan yang dipimpin oleh Imam Muda Ali Khairuddin @ Ustaz Ali .. Alhamdulillah .. Selesai sahaja solat hajat , para peserta diarahkan untuk turun ke 'dewan' masjid untuk membaca Yassin .. Beberapa orang AJK KRU Beaufort telah mengedarkan yassin kepada para pelajar dan Ibu Bapa yang hadir pada program kali ini ..
Bacaan Yassin
Imam Muda Ali bersama PSS Pusat

Bacaan Yassin turut dipimpin oleh Imam Muda Ali .. Bacaan Yassin telah berlangsung selama 20 minit .. Alhamdulillah .. Selepas bacaan yassin , seorang wakil dari PSS Pusat iaitu abang Azizul Julirin telah dijemput bagi menyampaikan motivasi kepada para pelajar .. Alhamdulillah , sesi motivasi berjalan dengan lancar ..
Penceramah 'Best Of The Best' ^^
Sesi bertanya ^^
Sebelum bermulanya waktu asar , iaitu usai sahaja abang Azizul melabuhkan tirai motivasinya pada petang itu , satu lagi slot menarik telah diadakan , Iaitu slot taaruf dan pembentangan daripada PSS Pusat ... Setelah semua PSS Pusat memperkenalkan diri mereka , dan tayanggan video ditayangkan , maka berakhirlah slot daripada PSS Pusat .. Seterusnya , sementara masih menunggu asar menjelang tiba , semua orang telah dihidangkan dengan minuman petang .. Selepas minum petang , sekali lagi para peserta diarahkan mengambil wudhu dan menunaikan solat asar apabilanya masuknya waktu .. 
Antara PSS Pusat ^^
Peserta Muslimah ^^
Peserta Muslimah ^^
Muslimin ^^
Adik kecik ^^
Abang Fazrin bersama Mujahidah Solehah ^^
Muslimah ^^
Selesai sahaja asar , satu lagi slot istimewa dari kakak yang datang dari negeri seberang diadakan .. Kakak tersebut telah memperkenalkan alternatif baru iaitu cara belajar dari 3 jam ke 1 jam sahaja apabila menggunakan Score - A programme .. Alhamdulillah .. Slot istimewa ini mendapat sambutan ramai ^^ ..
Pengendali Slot Istimewa ^^

Seperti biasa , program kami akan diakhiri dengan doa wehdah yang dipimpin oleh Ustaz Syahriul dan sesi salam bersalaman sebelum berpisah .. Bak kata orang " Bertemu tak jemu , berpisah tak gelisah " .. Alhamdulillah .. Dan seterusnya , sesi fotografi pun diadakan selepas doa wehdah selesai .. Dengan berakhirnya sesi fotografi pada kali ini , maka berakhirlah juga Program SKOR-A Menuju Redha Illahi ..
Poster Utama Program ^^ 

Terima kasih kepada semua yang sudi datang walaupun sibuk menjalani exam .. ^^

Sumber : http://krubeaufort.blogspot.com/2012/05/program-skor-menuju-redha-illahi_12.html

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons