PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, October 10, 2012

Majlis Tahlil Perdana PSS&KRU Kota Belud

28 Julai 2012(Sabtu), Majlis Tahlil Perdana anjuran bersama PSS dan Pondok Fi Zilalil Quran Kota Belud telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Program yang bermula seawal jam 4 petang ini dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh mudir pondok Fi Zilalil Quran kota belud iaitu Ustaz Zaifuddin Hj. Ahmad. Program diteruskan lagi dengan bacaan doa selamat. Seramai hampir 80 orang telah terlibat terdiri daripada ustaz-ustaz yang mengajar di pondok, wakil daripada Yayasan Amal, ahli-ahli PSS, penduduk kampung dan tetamu luar yang turut hadir dalam majlis ini.
Ketibaan tetamu ke tapak program

               Alhamdulillah. Penyertaan amat menggalakkan di mana PSS Kota Belud telah berjaya mengutip sebanyak RM 1000 dana hasil daripada penyertaan bacaan tahlil. Ini menunjukkan bahawa kesedaran dan sambutan masyarakat terhadap majlis-majlis agama seperti ini amat menggalakkan dan InsyaAllah majlis bacaan tahlil ini akan diadakan lagi di masa yang akan datang. Bagi pihak Persatuan Siswazah Sabah(PSS) Kawasan Penaja Kota Belud, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan penglibatan masyarakat khususnya di Kota Belud dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita akan menjadi amal yang akan dinilai oleh Allah S.W.T.

Suasana sepanjang majlis berlangsung :
Diantara muslimat yang hadir
Penyerahan sumbangan daripada Yayasan Amal
Penduduk Kg. Tamau Kota Belud
Beramah mesra dengan penduduk kampung
Pondok Fi Zilalil Quran Kota Belud

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons