Alhamdulillah. Pada siapa lagi rasa kesyukuran ini layak dipanjatkan melainkan kepada Allah azza wajalla. Allah jua yang telah mengizinkan qiamullail kali ini berlangsung dengan jaya dan meriahnya di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli.. Program bulanan disajikan buat para remaja khususnya di kawasan Tuaran. Meski ia disajikan saban bulan, namun tidak semua mampu hadir. Mengapa??? Tiada kemahuan? Ada kemahuan tapi ada halangan? Hanya yang terpilih?
Usai solat isyak, seperti yang telah direncanakan solat hajat terutama buat adik-adik kru yang bakal menduduki UPSR, PMR, SPM dan STPM menyusul yang dimami oleh Ustaz Azim. Sebelum solat hajat bermula Ustaz Azim mengutarakan sedikit peringatan kepada para peserta dan ibu bapa yang hadir agar solat hajat ini bukan sekadar dilaksanakan sekali ini sahaja tapi lakukanlah secara berterusan.
Majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan sambutan Aidilfitri peringkat PSS dan KRU Tuaran. Meriah dalam kesederhanaan. Semasa sesi ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Ubudiyyah beliau memaklumkan jawatankuasa masjid sentiasa mengalu-alukan program untuk remaja dan belia dilaksanakan di masjid tersebut dan boleh berhubung terus dengan jawatankuasa belia Masjid Ubudiyyah. Terima kasih jawatankuasa Masjid Ubudiyyah.
Ucapan Perasmian
Ucapan Timbalan Pengerusi PSS Tuaran
Ucapan Timbalan Pengerusi II KRUT
Majlis sambutan Aidilfitri PSS dan KRUT kali ini turut diserikan oleh persembahan empat buah nasyid oleh kumpulan Muslih yang telah diundang khas selain persembahan daripada kumpulan PSS dan KRUT. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan. Terima juga kepada semua yang hadir.
Kumpulan Muslih
Persembahan PSS dan KRUT
Adik Arif buat apa di hadapan tu?
Dengar ucapan dengan teliti.
Senyum (^___^)
Berdiri: Bila giliran kita buat persembahan? Sempat lagi berlatih ni.
Silakan....
Pilihlah yang mana satu
Ambil air di sini
Elok-elok adik Muhammad
Giliran muslimat pulak
Makan nasi bersama,
makan pencuci mulut asing-asing ya....
Malam itu sementara menunggu masa qiamullalil sekali lagi para peserta muslimin tidur bertemankan angin bayu dari Kundasang. Peserta yang berpengalaman siap sedia dengan selimut masing-masing, yang tidak berpengalaman, kasihan.
Sebelum berpisah keesokan paginya, hasil keputusan mesyuarat bersama semua peserta yang hadir qiamullail bulanan akan datang telah dipersetujui sebulat suara pada 20-21 Oktober 2012 di SRI al-Hafidz, Tuaran demi meraikan kehadiran adik-adik peserta terutama KRU Tunas.
“Kak ada qiamkah bulan ini?” soal adik-adik KRU Tunas setiap kali ada ruang pertemuan di Masjid An-Nur, Tuaran pada hari Jumaat.
“Ada.”
“Di mana?” Pintas mereka laju dengan wajah keriangan.
“Di Masjid Tamparuli.”
Sukar digambarkan rasa hampa mereka setiap kali jawapan itu yang mereka terima. Wajah sayu sambil tertunduk ke bawah. Cinta mereka telah bertunas. Tidak wajar dipersiakan. Cinta Program Islamik.
Ya hari ini hari pertama adik-adik KRU Tunas menduduki UPSR. Ya Allah permudahkan urusan mereka dan kurniakanlah mereka kejayaan di dunia dan Akhirat. Amin.
Antara ahli KRU Tunas yang sedang menduduki UPSR, Adik Bibi (tudung ungu) dan Adik Kak Sarah (tudung kuning).
P/s: (Pesanan berharga buat kita: Saya minta maaf kpd adik2 di Tuaran. Sy trlupa program mlm ni. Tiba2 AJK call sy tadi, "Di mana sudah?". Sy jwb sy di KL. Terkejut AJK yg tel. Sy nasihatkn kpd diri utk memastikan event yg dimasukkn dlm planner smartphone diset dgn alarm. Sy jg nasihat kpd adik2, snts follow up jemputan a day or pagi tu jika program mlm (smpt buat backup plan if needed). Last follow up sy tgok dlm conservation ialah a week ago. Bygkan... : Pres PSS)
Sumber : http://psstuaran.blogspot.com/2012/09/qiamullail-september-2012-pss-dan-kru.html
0 comments:
Post a Comment