PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, June 18, 2012

Nadwah Kepimpinan Islam SMK (A) Mohammad Ali, (SEMEKAR), Ranau, SABAH.


Alhamdulillah.

Program Nadwah Kepimpinan Islam SMK Agama Mohammad Ali (SEMEKAR) telah berlangsung pada 16-17 Jun 2012 yang bertempat di Lohan Rest House, Ranau. Program 2 hari 1 malam ini menfokuskan kepada pembinaan jati diri dan sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar. 

Progam Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) merupakan program tahunan sekolah. Pada tahu ini, NKI telah mencatatkan penyertaan sebanyak 91 orang yang juga merupakan pelajar tingkatan 4 dan 6 rendah. 
  
Peserta putera dan puteri SEMEKAR 

program ini turut disertai oleh Persatuan Siswazah Sabah (PSS) selaku terju utama bagi mengendalikan pengisian dan modul sepanjang program berlansung. Program ini di anjurkan bagi melatikh bakat kepimpinan di samping mendedahkan kepada para pelajar mengenai cara berorganisasi dalam persatuan. Selain itu, teknik pengurusan masa juga di selitkan bagi memberi panduan kepada para pelajar agar dapat mengatur masa belajar dan berorganisasi dengan baik. Program kali ini juga turut menekankan kepentingan usrah sebagai salah satu medium penyampaian ilmiah yang baik.
   
Sesi bersama fasilitator. 

NKI kali ini juga turut menampilkan 2 pembentangan kertas kerja yang utama, iaitu Konsep Kepimpinan dan Tanggungjawab Pelajar dan Proses Pembinaan Pemimpin dan Pelan Stratergik Seorang Pemimpin yang disampaikan oleh Ustaz Anuar Ali yang juga merangkap Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra. Penerangan dan penyampaian yang di berikan ternyata Berjaya menarik perhatian peserta apabila penerangan juga turut menyelitkan tip-tip makanan berkhasiat dan stratergi menghafal formula yang sesuai untuk di amalkan selaku pelajar Islam. 

Penyampai Kertas Kerja : Ustaz Anuar Ali 

Pihak PSS selaku teraju utama yang mengendalikan pengisian kali ini turut menyerikan program dengan mohul khas iaitu ‘Night Walking’. Slot ini bertujuan bagi membentuk kekuatan jati diri para pelajar selaku pemimpin sekolah di samping member kefahaman kepada para peserta akan kepentingan kebergantungan kepada Allah dalam segenap segi kehidupan. 

Qiamullail : Intipati utama slot ‘Night Walking’ 

Riadah : ‘War Game!’ 

Slot menyeru ke masjid : Jogging ke masjid berdekatan 

Majlis penutupan kali ini di hadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah bagi merasmikan majlis di iringi oleh Penolong Kanan SMK (A) Mohammad Ali dan Saudara Azizul Julirin merangkap wakil Persatuan Siswazah Sabah. Para jemputan juga di beri penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik putera dan puteri. 
 

Majlis penutupan yang dihadiri oleh PPD Ranau.

Program kepimpinan seperti ini wajar untuk diperbanyakkan bagi melatih pelajar yang masih berada dibangku sekolah akan cara berogranisasi yang baik tanpa mengabaikan akademik. Remaja hari ini merupakan cerminan kepimpinan masa hadapan, maka adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam menggembleng tenaga bagi membentuk pemimpin mengikut acuan Islam. Maka, didikan seperti ini harus bermula sejak dari institusi sekolah. 

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada Persatuan Siswazah Sabah (PSS) bagi mengendalikan program kali ini. Moga usaha kecil ini bakal melahirkan golongan remaja yang terbaik bagi menerajui kepimpinan masa hadapan.

Sekalung terima kasih dari PSS!

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons