PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, January 23, 2012

Cebisan Mutiara Ilmu di Taman Syurga Qiyamullail Pertama 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana program qiyamullail pembuka tirai tahun ini telah selamat dijalankan pada 22 dan 23 Januari yang lepas.

Bersaksikan Masjid Pekan Kota Belud, program yang bertemakan"Khuluqul Islam" ini telah mengundang seramai 43 orang tetamu taman syurga dunia yang dahagakan ilmu untuk bekalan sepanjang berkelana di alam dunia.



Baiklah, dalam entri kali ini kami krew PSS KB dan KRU KB ingin berkongsi sedikit mutiara ilmu yang diperoleh sepanjang menadah ilmu selama 2 hari 1 malam di taman syurga dunia Kota Belud.

Terlebih dahulu kami memberikan maksud akhlak Islam kerana ia banyak dibincangkan dalam ilmu akhlak. Akhlak bermaksud budi pekerti yang baik. Akhlak Islam ialah seperti akhlak Nabi Muhammad saw. Kehebatan akhlak Rasulullah saw tiada tanding taranya dengan manusia lain. Ilmuan barat mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai manusia nombor 1 yang paling berjaya merubah tamadun manusia daripada zaman kegelapan kepada zaman cahaya Islam.

"Akhlak Rasulullah saw ialah seperti Al Quran." HR Bukhari dan Muslim

Nah, sudah terang lagi bersuluh bahawa akhlak Nabi seperti yang dikehendaki Al Quran! Maka, dapat disimpulkan di sini bahawa yang dinamakan orang beriman dan bertakwa kepada Allah ialah orang yang menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai panduan hidupnya dan inilah yang dinamakan sebagai akhlak mahmudah. Bagi sesiapa yang tidak menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya, maka inilah yang dinamakan sebagai akhlak mazmumah. Sesiapa yang tidak berpegang kepada syariat Islam atau tidak berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, orang itu akan berada dalam kesesatan yang nyata.

Akhlak Mahmudah vs Akhlak Mazmumah

Akhlak Mahmudah
  1. Taubat
  2. Zuhud
  3. Takut kepada Allah
  4. Cinta kepada Allah dan Rasul
  5. Sabar
  6. Bersyukur
  7. Ikhlas
  8. Tawakkal
  9. Redha
  10. Mengingati mati
Akhlak Mazmumah
  1. Gemar makan dan minum secara berlebihan
  2. Banyak berkata perkara yang sia-sia
  3. Marah
  4. Hasad dengki
  5. Cinta kepada harta
  6. Takbur
  7. Riak
  8. Ujub
  9. Cinta akan dunia
Konklusinya, sebagai seorang muslim yang mengaku dan yakin adanya Allah, maka perlulah dan wajiblah kita tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kita wajib membenarkan hati, perbuatan dan perkataan yang disampaikan oleh Nabi saw adalah daripada Allah. Panduan bagi umat Islam untuk menuju kepada Allah dan keredhaan-Nya ialah adalah dengan menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh ikutan dalam setiap tindakan kita.

Sumber : http://psskb.blogspot.com/2012/02/cebisan-mutiara-ilmu-di-taman-syurga.html

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons