Alhamdulillah, Pada 17 september 2012 beberapa orang ahli KRUT berpeluang berprogram bersama warga SRI Al-Hafidz. Ikuti kisahnya.......
sumber: http://www.srialhafidz.edu.my
Sempena cuti sambutan Hari Malaysia yang diraihkan pada Isnin lepas, kakitangan Sekolah rendah Islam Al-Hafidz tidak ketinggalan mengambil peluang untuk bercuti bersama-sama, dengan mejalankan aktiviti kunjungan di salah sebuah kampung yang terdapat di daerah Tuaran.
Kampung Sambah merupakan sebuah kampung yang terkenal dengan hidupan flora dan faunanya yang belum tercemar oleh ledakan pembangunan. Seramai 15 orang terdiri daripada kakitangan SRI Al-Hafidz serta beberapa orang dari Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) dan Encik Tajulurus dari UITM telah terlibat dalam ekspedisi ini.
Setelah hampir sejam setengah menunggu ahli rombongan diperkarangan sekolah, program jelajah Sambah bermula pada jam 8.30 yang diketuai oleh Ustazah Fauziah Saidin. Untuk menjimatkan masa dan ingin merasa suasana nyaman kami merancang untuk menaiki bot apabila tiba di lokasi pertama iaitu jeti Kampung Sambah. Sebelum tiba di Kg Sambah. Perasaan sangat teruja apabila menaiki bot yang sedia menunggu penumpang ditambah dengan suasana keindahan pokok bakau yang menarik serta air yang berwarna seakan-akan hijau mengingatkan kami bertapa pentingnya menjaga dan memulihara hutan bakau untuk generasi akan datang.
Setibanya di kampung Sambah, kami telah disambut mesra oleh ketua kampung dan kami telah singgah di rumah keluarga Jaipah Dasin sambil bertaa’ruf dan juga telah dihidangkan minum pagi. Setelah itu, kami melawat ke rumah keluarga Ustazah Fauziah Saidin sambil dijamukan dengan mee hong kong yang begitu membuka selera.
Sebelum berangkat pulang ke SRI Al-Hafidz, kami sempat melawat beberapa rumah sambil mengedarkan pamplet SRI dan mengagihkan teh PASTI kepada mereka.
Aik, Apasal pemandu pelancong (Abang Shah Rizal) di belakang?
Gambar tambahan:
Kak Sarah sempat lagi mengunjungi keluarga angkat dan adik-adik KRU Tunas sebelum berangkat ke UMS. Motivasi untuk adik-adik. (^_^)
Merenung keunikan akar pokok bakau.
Kami balik dulu, ada kesempatan kita bertemu lagi, insya-Allah.
Sementara, sehari sebelum itu kami berpeluang menghadiri satu majlis ilmu. Usai majlis ilmu pergi minum sambil sembang pagi kejap. Kemudian, perjalanan diteruskan untuk meninjau borang tawaran UPU. Tiga orang dapat tawaran di UMS tambahan kepada tiga orang yang telah masuk terlebih dahulu dan seorang lagi di UITM. Alhamdulillah. Medan baru. Tidak jauh. Bolehlah balik selalu untuk melawat kawasan. Cuma terkejut sedikit bila tengok tarikh pendaftaran, 18 September 2012. Kebanyakkan dapat kursus berkaitan perniagaan. Sesuailah dengan 'di mana ada KRU Tuaran, di situ ada jualan'. (^____^)
18 September?????
Sumber : http://psstuaran.blogspot.com/2012/09/bersama-warga-sri-al-hafidz-dan-medan.html
Sumber : http://psstuaran.blogspot.com/2012/09/bersama-warga-sri-al-hafidz-dan-medan.html
0 comments:
Post a Comment