Assalamualaikum Warahmatullah..
Alhamdulillah..pada 25 Februari 2012 yang lalu. Persatuan Siswazah Sabah(PSSKB) telah mengadakan program “Jejak Saudara" yang diadakan di Kg.Linau Kota Belud. Pendekatan untuk turun ke lapangan dakwah seperti ini merupakan sedikit sebanyak usaha yang dapat dilakukan oleh PSS untuk membawa mesej Islam disamping membantu saudara-saudara Islam yang kurang berkemampuan di sekitar daerah Kota Belud. Program sebegini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan masyarakat.
Selesai sesi penyampaian sumbangan kepada 40 orang fakir miskin. Semua ahli PSS mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk kampung yang hadir sambil menikmati juadah minum petang yang disediakan oleh penduduk kampung dan PSSKB sendiri.
Sdr. Ahmad Fauzi Saiffuddin menyampaikan ucapan aluan
Program yang bermula pada pukul 2.30 petang ini dimulakan dengan ucapan daripada saudara Ahmad Fauzi Saiffuddin. Seramai 12 orang ahli PSS Kota Belud termasuk beberapa orang ahli dari PSS Tuaran telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program kali ini. "Jejak Saudara" di Kg. Linau dapat membuka lagi mata para mahasiswa utuk melihat sendiri keadaan segelintir masyarakat di pinggir bandar yang hidup dalam serba kekurangan sekaligus dapat mendidik hati untuk lebih prihatin dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat amnya dan umat Islam khususnya.
Pengisian yang disampaikan oleh kak Suraya
Seramai 40 orang fakir miskin di Kg.Linau telah menerima sumbangan sekampit beras daripada PSS dan walaupun sumbangan ini tidak seberapa, ia diharap dapat mengurangkan beban beberapa keluarga yang tinggal di Kg. Linau.
"Sekampit Beras dari PSS"
Barisan Jawatankuasa Kg.Linau
Diantara penerima sumbangan yang hadir dalam program "Jejak Saudara"
Selesai sesi penyampaian sumbangan kepada 40 orang fakir miskin. Semua ahli PSS mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk kampung yang hadir sambil menikmati juadah minum petang yang disediakan oleh penduduk kampung dan PSSKB sendiri.
Banyak pengalaman yang dapat ditimba daripada program sehari ini. Walaupun hanya sekejap bersua dengan penduduk Kg.Linau, namun agak berat untuk meninggalkan mereka kerana keramahan dan penerimaan yang sangat baik daripada penduduk di kampung ini. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang bagi mengeratkan lagu ukhuwah diantara mahasiswa dan masyarakat di luar. InsyaAllah
Sumber : Blog Rasmi PSS Kota Belud
0 comments:
Post a Comment