Putatan, 12 Mei 2012 - Satu kebakaran telah berlaku di Kg. Meruntum, Putatan, Sabah baru-baru ini. Kebakaran yang telah berlaku telah membabitkan empat buah keluarga dan kemusnahan harta benda. Keluarga yang terbabit telah dipindahkan ke tempat penempatan sementara di sebuah Dewan Masyarakat Kg. Meruntum, Putatan, Sabah.
Atas tanggungjawab ini, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang diwakili oleh Exco Siswazah & Masyarakat PSS, Saudara. Zulzaim Hilmee bersama satu lagi NGO iaitu Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Sabah telah turun untuk melihat keadaan mangsa-mangsa yang terlibat dengan musibah kebakaran tersebut.
Dalam sesi tersebut, rombongan juga telah membuat pemeriksaan kesihatan percuma terhadap semua mangsa yang terlibat. Disamping itu juga, sedikit penyerahan sumbangan berupa keperluan asas telah selamat diterima oleh para mangsa.
Menurut Exco Siswazah & Masyarakat PSS iaitu Sdra. Zulzaim Hilmee ketika mana ditemubual mengatakan bahawa, “Kita (Persatuan Siswazah Sabah) bersama PAPISMA yang merupakan antara NGO Islam hari ini amat mengutamakan kebajikan masyarakat dan kita perlu ada inisiatif sendiri untuk membantu golongan yang lain."
Tambah beliau lagi, “Jika ada masalah, teruslah laporkan kepada Persatuan Siswazah Sabah (PSS), InsyaAllah kita sedia membantu setakat yang termampu”.
Zulzaim Hilmee Bin Abidin
Zulzaim Hilmee Bin Abidin
Exco I Masyarakat dan Siswazah PSS
0 comments:
Post a Comment