PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, March 30, 2012

Usrah Mingguan SMK Sanzac, Sembulan, SABAH

Kenangan Usrah di SMK Sanzac

Sesuai dengan Visi Persatuan Siswazah Sabah (PSS) iaitu membangunkan masyarakat terutama golongan remaja melalui pembudayaan ilmu, sekali lagi, atas inisiatif PSS, melebarkan sayapnya ke SMK Sanzac, Sembulan, SABAH. 

Bermula dengan pengenalan PSS & Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU), disusuli dengan usrah dan program-program yang lain, PSS memulakan langkah membangun jiwa-jiwa muda di sana.

Alhamdulillah, inisiatif ini mendapat sokongan yang padu dari pihak sekolah dan asrama untuk PSS bertapak di sekolah itu. 
 Akh Zaiem (Exco I Masyarakat & Siswazah) memberi pengisian rohani
Aktiviti dimulakan dengan bacaan Yasin.


Insyaallah, program berbentuk mingguan seperti Usrah akan diteruskan di sekolah ini dan atas permintaan ramai, program santai yang lain seperti Qiamullail akan menyusul.

Semoga, Islam akan subur di bumi Sabah khususnya, dan di Bumi Allah amnya.
 Pelajar Sanzac khusyuk membaca Yasin
 Kemesraan di kalangan Naqibah dan adik-adik Usrah.
 Pelajar Sanzac gembira bersama PSS
Salah Satu Usrah Muslimin 
Salah Satu Usrah Muslimat

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons