7-8 Julai 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) telah Berjaya menngadakan program qiamullail bulanan bagi bulan julai. Qiamullail kali ini agak berbeza dengan qiamullail lepas, ini kerana qiam kali ini diadakan di Kg Pantai Emas, ianya dianjurkan bersama di bawah jawatankuasa masjid Kampung Pantai Mas.
Program seperti biasa pendaftaran bermula pada pukul 2.30pm, diantara slot khas pengisian yang diadakan adalah “apa khabar orang kampong” , pengisian untuk aktiviti ini, para peserta dikehendaki untuk mengedar risalah serta menjemput orang kampung untuk mendengar slot ceramah yang diadakan di masjid sekaligus menjemput untuk qiyamulail bersama. Disamping itu, ianya bertujuan untuk para peserta serta AJK beramah mesra dengan penduduk kampung.
Pada malamnya, slot kuliah maghrib berkenaan “sunnah “yang disampaikan oleh saudara Ahmad Fauzi Saifuddin mantan pengerusi persatuan siswazah sabah kota belud dan kini merupakan timbalan presiden 1 persatuan siswazah sabah. Program diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh ustaz saifuddin merupakan mudir pondok fizilalil quran. Ceramah bertajuk “ ahlan wasahlan ya ramadhan”
Keeseokan harinya setelah melakukan solat qiyamulail. Para peserta meneruskan program dengan aktiviti pantai seperti bermain jala ikan dan penyakiit berjangkit, terdapat juga permainan bola, dan pelbagai permainan yang mempunyai mesej tersendiri yang mana khususnya adalah untuk memperkukuhkan ukhuwah.
Lambaian ukhuwah mengakhiri slot pengisian untuk qiyamulail pada bulan ini. Salam pertemuan pada Qiamullail yang akan datang. InsyaAllah
Koleksi gambar di sini
0 comments:
Post a Comment