Bengkel 1- Praktikal Solat Qasar dan Jamak
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan belas kasih dariNya program Qiamullail anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) dengan kerjasama dari Persatuan Siswazah Sabah telah berjaya dibuat dengan lancarnya.
Program ini telah dibuat pada tarikh 28-29 April 2012 yang bertempat di Masjid UMS, KK.
Program April ini telah diberi tajuk Aishiteru Muhammad dengan bertemakan Akhlak Rasulullah. Program kali ini telah dihadiri dengan 47 peserta muslimat dan 2 orang peserta muslimin yang berumur diantara 15-18 tahun yang berlainan sekolah sekitar kawasan Kota Kinabalu.
Objektif yang dibawakan dalam program ini ialah
Memberi garis panduan kepada para pelajar berkaitan kaedah kepimpinan yang sesuai dilaksanakan dan diamalkan dalam mengendalikan sesebuah organisasi
Melahirkan remaja yang mampu menyeimbangkan antara gerakerja dakwah dengan akademik untuk dijadikan sebagai contoh kepada golongan remaja bagi mengubah perspektif buruk mereka.
Menyedarkan individu bahawa semua adalah pemimpin bukan hanya yang berjawatan sahaja kerana setiap individu menjadi pemimpin untuk diri sendiri sebagai pemandu kepada diri sendiri kearah kebaikan.
Membubarkan Saff Pimpinan KRUKK sesi 2011 / 2012 dan melantik Saff Pimpinan KRUKK sesi 2012 / 2013 bagi meneruskan gerakerja dakwah Islam dan menyebarkan risalah Islam ke hati-hati golongan remaja.
Sedikit gambaran sepanjang program,
Persediaan Makan
Taklimat Kem KomAnden
Kuliah Lapangan selepas solat maghrib
Slot Fardu Ain – Solat Qasar & Jamak
Pameran Badge
Poster Aishiteru Muhammad
Beberapa aktiviti yang dibuat sepanjang program ini ialah seperti 2 slot Tayangan Video yang bertajukTutup Aurat itu Wajib & Tanda Cinta Ibadah yang disampaikan oleh Kak Hasnidar Iskandar dan Abg Renifezri Mohd. Selain itu, satu Slot Fardu Ain dibuat selepas solat isyak yang disampaikan oleh Ust.Suhaidi yang bertajuk Solat Qasar dan Jamak
2 slot Bengkel pula dibuat selepas slot fardu ain dan slot tayangan video. Bengkel ini bertujuan untuk memberi para peserta belajar melalui praktikal selepas mendengar secara teorinya.
Semua aktiviti ini telah dibuat pada hari hari pertama program iaitu pada hari sabtu bersamaan dengan 28 April 2012, Sabtu.
Sekalung penghargaan diberikan kepada semua para peserta yang hadir ke program ini dan jutaan terima kasih buat semua ahli jawatankuasa yang turut menjayakan program Qiamullail ini seperti Ahli Jawatankuasa Surau Nur Bahari kerana membenarkan KRUKK membuat program di surau ini.
Sepuluh jari disusun mohon maaf dipinta andai ada tersilap mahupun terkasar bahasa sepanjang program ini. Mohon segala salah dan silap yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja dimaafkan.
Semoga program-program seperti ini terus dapat dilaksanakan dan tidak berhenti disini sahaja. Harapan juga kepada semua para peserta agar dapat mengambil ibrah disebalik pengisian yang dibawakan dalam program ini. Semoga sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah. InsyaAllah, ada masa dan waktu, kita semua JUMPA LAGI di program yang akan datang. Nantikan ..
Assalamualaikum w.b.t.
“Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok”
Sumber : http://krukotakinabalu.wordpress.com/2012/05/07/aishiteru-muhammad-agm-krukk/
0 comments:
Post a Comment