Kundasang, Sabah : Seramai 13 orang ahli PSS dan KRU telah bersama dalam satu program yang dinamakan Program 'Sinar Di Bawah Bayu' anjuran IKIM.fm pada tanggal 14 April 2012. Rombongan PSS dan KRU bertolak seawal sehari sebelum program bermula lagi dengan menaiki tiga buah kereta.
Alhamdulillah, perjalanan dalam kepekatan malam yang berhiaskan bintang-bintang di langit serta bulan separa terang menambahkan kenikmatan bermusafir bersama. Tiada masalah besar berlaku sepanjang perjalanan dengan cuaca yang cukup baik dan kondisi kenderaan yang memuaskan.
Seusai sampai, kami menginap di rumah saudara Azizul Julirin yang juga merupakan Setiausaha Agung PSS 2012/13. Beliau yang juga merupakan anak jati kelahiran Kundasang memberi layanan yang mesra kepada kami.
Semalaman merehatkan kudrat dan menghimpunkan daya untuk digunakan pada keesokkan harinya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sebelum bertolak ke tempat program, kami sempat menjamah sedikit kudapan sarapan yang disediakan oleh rombongan Muslimin PSS dan KRU. Kali ini, muslimin menunjukkan taring dan sengatnya dalam masakan yang disediakan.
Selepas bersiap, kami ke tapak program di Pekan Kundasang. Banyak aktiviti dijalankan, antaranya, sesi masak memasak bersama chef, penyerahan bantuan amal kepada golongan yang memerlukan, Nasyid, persembahan orkestra Buluh, ceramah agama tentang kekeluargaan dan banyak lagi.
Chef Jamil dengan celotehnya meriuhkan suasana
Persembahan penuh bertenaga dari kumpulan Orkestra Buluh
PSS telah membuka satu gerai jualan dalam program ini. Alhamdulillah, jualan laris dan medapat sambutan yang sangat memberansangkan. Antara jualan PSS & KRU adalah seperti baju T-shirt labuh muslimat, buku-buku ilmiah, lencana Islamik, pelekat kereta Islamik, kismis, Insurans dan banyak lagi.
Sewaktu matahari tegak di atas kepala, perut terasa kosong, namun, pengunjung dan peserta program disajikan dengan masakan yang telah disiapkan oleh Chef jemputan iaitu Chef Jamil bersama penduduk tempatan. Nikmat terasa tatkala menjamah makanan yang disediakan bersama-sama pengunjung lain.
Sebelum meninggalkan tempat program, kami bergotong-royong membersih dan mengemaskan tempat program seperti sedia kala.
Antara pengunjung gerai PSS & KRU
Tengok jangan 'ndak' tengok
PSS dan KRU juga berpeluang untuk beramah mesra dengan DJ-DJ IKIM.fm yang turut hadir memeriahkan program tersebut. Antara DJ IKIM.fm yang bersama dalam program ini adalah seperti Dj Faiz, Mahathir, Erwan, Farouq, Nazri, Izam, Nik Hasnah, Fairuz dan DJ Mona. Kemesraan mereka ternyata merapatkan jurang ukhwwah antara PSS dan KRU walaupun di pisahkan dengan Laut Cina Selatan.DJ-DJ IKIM.fm sedang beraksi di atas pentas utama
Sewaktu matahari tegak di atas kepala, perut terasa kosong, namun, pengunjung dan peserta program disajikan dengan masakan yang telah disiapkan oleh Chef jemputan iaitu Chef Jamil bersama penduduk tempatan. Nikmat terasa tatkala menjamah makanan yang disediakan bersama-sama pengunjung lain.
'Ndak' sabar mahu menjamah makan tengahari
Sebelum meninggalkan tempat program, kami bergotong-royong membersih dan mengemaskan tempat program seperti sedia kala.
Alhamdulillah, walaupun singkat, namun banyak perkara dan pengalaman baru diperoleh dari program ini disamping menambah kenalan di tempat orang.
Antara Pengunjung yang hadir
Kenangan bersama Chef Jamil
Afiq setia menjaga Gerai Insurannya
Mimi yang nakal
Mimi turut membantu. PSS to be..
Kenangan bersama DJ Fairuz di Gerai PSS & KRU
Penyampaian sumbangan kepada penerima
Kenangan bersama para penerima sumbangan
Yang Muda Disayangi, Yang Tua Disantuni
Tauke kedai
Azizul memperkenalkan PSS kepada salah seorang peserta rombongan IKIM.
'Kak, nie berapa satu?'
Azizul bersama DJ Faiz ber'Ngam'
Tersenyum kepuasan dengan hasil jualan
Jualan Lencana, pelekat kereta, kismis, pelekat Lap Top dan Pelekat Islamik
Iqra', Iqra', Iqra'
Membasahkan tekak di kala terik
0 comments:
Post a Comment