Alhamdulillah, pada tanggal 25-26 Februari 2012 yang lalu, Qiamullail Perdana PSS & KRU Beaufort Februari 2012 telah berjaya dijalankan bertempat di Masjid Pekan Daerah Beaufort, Sabah. Program bulanan PSS dan KRU ini julung-julung kalinya diadakan di Masjid Pekan dengan penyertaan lebih kurang 70 orang peserta yang terdiri dari remaja berusia 13-19 tahun.
Alhamdulillah, Qiamullail pada kali ini telah masuk kali ketiga penganjurannya selepas bulan Disember 2011 dan Januari 2012. Dari segi bilangan peserta juga menunjukkan penyertaan yang memberangsangkan iaitu lebih kurang 70 orang berbanding 12 orang pada bulan Disember 2011 dan 32 orang pada bulan Januari 2012.
Pendaftaran dibuka seawal 9.30 pagi pada 25 Februari 2012. Program diteruskan dengan taklimat program, Usrah, Ice-Breaking, Kuliyyah Maghrib, Forum, slot Muhasabah, qiamullail, dan majlis penutupan pada keesokkannya.
Antara initipati perbincangan usrah pada sebelah petangnya adalah menbincangkan tajuk pertama Kitab Maza Yakni iaitu 'Saya Mestilah Muslim di sudut Akidah'. Peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dibantu oleh PSS sebagai Naqib.
Ice-breaking pula dilaksanakan untuk merapatkan Ukhwah di antara peserta dan fasilitator. Kuliyyah Maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Syahriul Ismail yang juga merupakan Pengerusi PSS Beaufort yang telah berkongsi ilmu tentang Ikhtilat.
Kemudian, selepas solat berjemaah Isyak, program diteruskan dengan Forum yang membawa tajuk 'Di Penghujung Cinta'. Forum ini telah membariskan tiga orang panel iaitu Ustaz Karim (PSS Sipitang), Ustaz Ghazali dan saudari Syazwani (PSS Papar) dengan saudara Hasmadi Hasbi (PSS Beaufort) bertindak sebagai moderator forum. Ternyata forum ini telah menarik minat peserta untuk menambah kefahaman tentang tajuk yang dibincangkan.
Sebelum tidur, peserta telah dibawa bersama dalam slot muhasabah yang telah dikendalikan oleh Saudara Al-Amin, otai muhasabah PSS. Antara isi muhasabah adalah mengajak semua peserta untuk merasai cinta Allah dan Rasulullah.
Setelah dua pertiga malam, semua peserta dan AJK bangun bermunajat kepada Allah. Keheningan malam dan kedinginannya mengundang ketenangan di kalangan para peserta untuk mengimbau amalan masing-masing dan merasai kebesaran Allah.
Akhirnya, pada hari terakhir, kuliyyah Subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Awang Mohd Noh yang juga Penasihat PSS Beaufort telah berkongsi ilmu tentang sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga. Kupasan yang ringkas dan menarik sekali oleh Ustaz Awang.
Seusai kuliyyah Subuh, sesi regangang fizikal iaitu riadah melalui aktiviti exploRace telah dilaksanakan. Peserta dikehendaki melalui kesemua Checkpoint dan melangsaikan segala tugasan yang diberikan di setiap checkpoint.
Sedikit slot penutupan sebagai khatimah kepada Qiamullail ini mengakhiri pertemuan ringkas KRU dan PSS Beaufort. Semoga pertemuan ringkas dan singkat ini mendatangkan manfaat kepada semua, semoga bertemu lagi pada qiam akan datang. Illal Liqo'.

0 comments:
Post a Comment