PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, July 22, 2012

Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2012




Foto Kenangan ^^ ~ Nahnu muslim !
" Tanpa KRIS , tak mungkin wujudnya KRU di daerah Beaufort ini " - Review KRIS Beaufort 1.0 pada 11.11.2011 di tempat yang sama dengan KRIS Beaufort 2.0 .. SMK Beaufort 1 ..

KRIS Beaufort 1.0
Assalamualaikum W.B.T ..

Alhamdulillah , Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya KRIS Beaufort 2.0 berjaya dilaksanakan dengan lancarnya .. Alhamdulillah .. 

KRIS Beaufort telah selamat dijalankan pada 13-15 Julai 2012 bertempat di SMK Beaufort 1 dengan kehadiran peserta seramai 60 orang .. Alhamdulillah .. KRIS kali ini juga turut dibantu oleh beberapa Facilitator dari Politeknik Kota Kinabalu , PSS Kawasan lain , KRU Sipitang , KRU Kota Kinabalu , dan juga KRU Tuaran .. 

KRIS Beaufort telah membuka tirainya seawal jam 2.00 petang .. Para AJK sudah mulai menjalankan tugas masing-masing .. Kehadiran peserta pertama menghasilkan senyuman di bibir penganjur .. Sementara menunggu peserta lain tiba , para peserta yang tiba terlebih dahulu telah diarahkan untuk meletakkan beg mereka di tempat penginapan .. Usai sahaja sesi pendaftaran , sesi taklimat pun diadakan dan telah disampaikan oleh pengarah program , iaitu Ustaz Syahriul ..

Selepas sesi taklimat berakhir , para peserta diarahkan ke surau untuk menunaikan solat asar .. Selesai sahaja solat asar didirikan , bacaan al-mathurat pun dimulakan .. Selesai itu , barulah para peserta diberi minum petang .. Pembahagian para peserta kepada beberapa kumpulan telah dimulakan oleh saudara Azry Hairie selesai sahaja minum petang dan penghulu serta penghuluwati pun dilantik .. Setelah itu , azan maghrib berkumandang dan para peserta diarahkan untuk bergegas ke surau .. Kuliah maghrib telah disampaikan selepas sahaja solat maghrib ditunaikan .. Usai sahaja kuliah maghrib , sementara menanti azan isyak , para peserta disajikan dengan makan malam .. Selepas makan malam , barulah para peserta bergerak ke surat dan solat isyak berjemaah .. Kuliah dasar bersama Ustaz Ghazali dimulakan setelah solat isyak selesai ..
Selesai sahaja Kuliah dasar , para peserta diarahkan untuk minum malam dan sebelum masuk tidur , para peserta diberitahu mengenai adab-adab sebelum tidur ..

Kuliah selepas solat
Hari ke-2 ..

Seawal jam 3.30 pagi , para peserta telah diarahkan untuk bangun dan bersiap-siap untuk menunaikan Qiamullail .. Selepas qiamullail , para peserta diberikan rehat sekejap sementara menunggu azan subuh berkumandang .. usai sahaja solat subuh , para peserta disajikan dengan kuliah subuh .. Kemudian , setelah selesai kuliah subuh , para peserta diarahkan untuk menuju ke gelanggang futsal untuk menjalankan aktiviti riadah .. Aktiviti riadah yang dijalankan nampak menyeronokkan di mata para peserta kerana dari aktiviti ini tautan ukhuwah mereka semakin rapat .. Selesai aktiviti riadah , para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi kemudiannya setelah sarapan pagi , mereka diberi masa untuk membersihkan diri .. Seawal jam 8.00 pagi , para peserta berkumpul semula di dalam dewan , dan peserta yang lambat telah dikenakan sedikit hukuman .. Selepas semua peserta berkumpul , sesi slot bersama KRU Beaufort pun dimulakan .. Slot bersama KRU Beaufort hanya memakan masa selama lebih kurang 20 minit , selepas itu , kuliah dasar pun dimulakan .. Seperti biasa , selesai sahaja kuliah dasar , para peserta akan diberikan rehat seketika dan mereka diberi minum pagi .. Selepas minum pagi , para peserta masuk dalam kumpulan masing-masing dan Latihan dalam kumpulan pun dimulakan .. Selesai sahaja LDK , para peserta diberikan pula makan tengahari dan diarahkan ke surau untuk menunaikan solat zohor berjemaah ..

LDK
Unit Pengisian
LDK
Riadah 
Riadah di awal pagi
LDK Muslimin
LDK Muslimat 


Kuliah dasar untuk ke-3 kalinya telah disampaikan oleh Ustaz Awang yang berkisarkan akhlak setelah nyanyian lagu tema selepas solat zohor .. Solat asar , bacaan al-mathurat dan minum petang diadakan selepas kuliah dasar tamat .. Masa lapang yang ada sebelum maghrib menjelang , satu aktiviti iaitu debat telah dilaksanakan .. Ketua kumpulan telah diberikan sekeping kertas dan di kertas itu tertulis akan peranan setiap kumpulan .. Dalam aktiviti ini , kelihatan para peserta bersemangat dalam mempertahankan peranan masing-masing  .. Kedengaran sahaja azan maghrib bergema , para peserta diarahkan untuk menuju ke surau .. Seperti lazimnya , selepas solat maghrib mesti ada kuliahnya .. Setelah itu , barulah para peserta diberi makan malam .. Selepas makan malam , solat Isyak berjemaah pun didirikan .. 

Kebiasaannya , malam ekspresi diri ataupun malam kesenian Islam adalah aktiviti di mana para peserta sentiasa menantikannya .. Dalam slot ini , setiap kumpulan diberikan satu tajuk , dan melalui tajuk yang mereka dapat itu , mereka hendaklah melakonkannya .. Lakonan mereka pula akan diadili oleh 3 orang juri .. Pada malam ekspresi diri , lakonan yang diberikan oleh para peserta mantap-mantap belaka .. Selesai sahaja malam ekspresi diri , para peserta dihidangkan dengan minum malam .. Usai sahaja minum malam , satu lagi slot di mana slot inilah yang memberi getaran jiwa kepada para peserta iaitu slot muhasabah .. Sementara menunggu skuad slot muhasabah bersedia , para peserta disajikan dengan sedikit regangan .. 

Malam ekspresi diri
Penerangan malam ekspresi diri
Perbincangan malam ekspresi diri


Kira-kira jam 10.30 malam , sesi slot muhasabah pun dimulakan , para peserta diarahkan tutup mata mereka masing-masing dengan menggunakan kain yang mereka bawa dan para fasi serta AJK membantu para peserta menutup mata mereka .. Slot muhasabah dimulakan dengan sedikit lakonan di mana lakonan itu berkisarkan tentang seorang anak yang derhaka kepada ibunya .. Dari lakonan itu , kedengaran suara tangisan para peserta .. Alhamdulillah .. Selesai sahaja lakonan itu , slot muhasabah diteruskan dengan azab kubur dan pencerahan slot muhasabah .. Sebaik sahaja slot pencerahan tiba , para peserta diarahkan untuk membuka mata masing-masing dan melihat ke arah cahaya yang terang , di mana cahaya yang terang itu adanya sekujur mayat .. Ada peserta yang terkejut dan ditenangkan oleh para fasilitator yang berdekatan dengan peserta .. Akhirnya , slot muhasabah telah tamat sekitar jam 12.30 malam .. Setelah slot muhasabah berakhir , para peserta diarahkan untuk bertenang seketika sebelum masuk tidur .. Selain itu , mereka juga diarahkan untuk membac tiga Kul sebelum dilepaskan pulang ke tempat penginapan ..

Hari terakhir ..

Seperti kebiasaannya , para peserta telah dibangunkan seawal jam 3.30 pagi untuk berqiamullail .. Setelah itu mereka diberikan rehat sekejap sementara menanti azan subuh bergema .. Berkumandang sahaja solat subuh , para peserta diarahkan untuk mempersiapkan diri untuk berjemaah .. Selepas solat subuh , para peserta disajikan dengan kuliah subuh .. Selepas kuliah subuh , para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi dan setelah itu , aktiviti explorace pun diadakan .. Dalam aktiviti explorace ini , para peserta telah diberikan beberapa checkpoint .. Dan melalui checkpoint-checkpoint itulah para peserta dapat menimba ilmu mereka .. Dalam sekita satu jam lebih , aktiviti explorace akhirnya berjaya dihabiskan .. 

semangat ! semangat ! semangat !
Muslimat chaiyO !
srikandi - srikandi Islam
Setelah tamatnya explorace , maka tamatlah sudah aktiviti-aktiviti untuk para peserta Kem Remaja Islam Beaufort 2.0 .. Seterusnya , para peserta diarahkan untuk membersihkan diri dan mengemaskan segala barang-barang mereka serta tempat penginapan .. Setelah itu , sesi fotografi pun diadakan dan slot penutupan pun bermula .. Selesai sahaja slot penutupan , maka rasmilah sudah Kem Remaja Islam Beaufort 2.0 tamat dan KRU-B pun telah bertambah .. Alhamdulillah ! ^^ ..

p/s :: Kemaafan dipinta kepada semua jika sepanjang program ada tersilap laku , tersilap bicara dan terkasar budi bahasa .. Mohon maaf dipinta .. Terima kasih juga kepada semua yang menjayakan KRIS Beaufort 2.0 ini dan terima kasih kepada para fasilitator dan AJK yang datang dari jauh kerana sudi hadir ke KRIS Beaufort 2.0 ini .. Sekali lagi , terima kasih ..

Semoga Allah redha .. Sekian .. Syukran ..

wallahualam ~

Sumber : http://krubeaufort.blogspot.com/2012/07/kem-remaja-islam-beaufort-20.html

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons