PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, April 22, 2012

[PSS&KRU Tuaran] Qiamullail Bulanan Kali Ke-4


21-22 April '12

Menyelusuri perjalanan menggapai mardhatillah, misi dakwah di bumi Tuaran tidak terhenti begitu sahaja. Persatuan Siswazah Sabah (PSS) & Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Tuaran cuba mendekati para remaja terutamanya pelajar sekolah dengan pelbagai program dan aktiviti yang menarik. Termasuklah program Qiamullail Bulanan yang sentiasa menampilkan kelainan setiap bulan.

Tidak seperti biasa, qiamullail kali ini bukan di Masjid An-Nur, Tuaran, meski pun perancangan awal di situ. Jumaat, sehari sebelum qiamullail berlangsung pihak jawatankuasa qiamullail mendapat panggilan telefon daripada pihak Masjid An-Nur, Tuaran mohon tangguhkan sebarang program di Masjid An-Nur atas sebab-sebab tertentu. Tangguhkan program qiamullail? Tidak mungkin. Tangguhkan pengunaan masjid? Boleh diatur. Musyawarah.

Lewat tengah hari, membiarkan diri hanyut seketika menikmati santapan minda dan rohani hidangan istimewa khutbah jumaat, 'UJIAN'. Alhamdulillah, damai dan menenangkan. Luntur segala kekusutan.

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)

Usai solat jumaat, halaqah usrah berlangsung seperti biasa. Biasa yang luar biasa. Bukan senang mahu istiqamah. Di penghujung usrah menanti panggilan mesyuarat ad-hoc. Hasil musyawarah semua persoalan dapat diselesaikan dengan baik. Empat pilihan tempat qiamullail. Setelah ditimbangtara, SRI Al-Hafidz Tuaran jadi pilihan.

Tinggal lagi susun atur strategi pemberitahuan perpindahan tempat qiamullail dan strategi pelaksanaan aktiviti dalam keadaan ruang yang agak terbatas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih di atas kerjasama para peserta qiam dan ibu bapa yang menghantar anak masing-masing. Mohon maaf atas segala kesulitan. Syukran jazilan semua petugas.
Pengisian maghrib : Tadarus.
Menunggu azan Isyak dengan alunan zikir...
Menyediakan hidangan makan malam. Salad istimewa.
Menyedari bahawa masalah ikhtilat yang sering berlaku dalam kalangan remaja mahupun para aktivis dakwah sendiri semakin menjadi-jadi, kami cuba menyelami jiwa-jiwa remaja dengan menyajikan kuliah Pengurusan Cinta yang disampaikan oleh Ustaz Ismail Mustari. Dengan harapan timbulnya kesedaran untuk berubah dan tahu bagaimana mengurus cinta masing-masing mengikut landasan syariah. 

Menariknya Qiamullail kali ini, KRU mengadakan pertandingan Pidato Kanak-kanak (Pildacil) bagi peserta yang berumur 12 tahun ke bawah. Teks diberi kepada setiap peserta untuk dihafal. KRU cuba mengasah bakat adik-adik KRU tunas yang nampaknya semakin hari semakin bertambah bilangannya. 
taklimat pertandingan Pildacil
Kuliah Pengurusan Cinta
Usrah sambil menikmati udara pagi dari atas bangunan SRI Al-Hafidz

Selain itu, KRU Tuaran turut mengadakan Bengkel Pengurusan Jenazah. Bengkel yang cukup bermanfaat buat para remaja. Terima kasih kepada Ustazah Siti Armah kerana sudi mengupas secara panjang lebar berkaitan pengurusan jenazah dan bersedia menjawab semua kemusykilan para peserta, disamping latihan praktikal. Tiba-tiba mayat hidup, menyergah peserta. Kecoh.

Sebelum meninggalkan tapak program, satu majlis ringkas meraihkan Kak Siti Nadiah yang akan bertugas di Johor berlangsung santai. Kenapa semua pandang dinding?
Sebak terasa...
Ndak apa kak...walau jauh di mata, namun dekat di hati.
Dedikasi buat Kak Siti Nadiah:

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadrat Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah daripada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...
"Bulan depan adik-adik mahu qiam di mana?"


"Di masjid!!!!!!!!"

Apa lagi, jumpa bulan depan di Masjid An-Nur, Tuaran pada 19-20 Mei 2012. Insya-Allah.

Sumber : http://www.psstuaran.blogspot.com/2012/04/qiaqiamullail-kali-ke-4mullail-kru.html

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons