PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, April 12, 2012

Pameran & Jualan PSS & KRUKM Sempena Festival Kesenian Islam Peringkat PBU

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Alhamdulillah.. atas kurniaan & nikmat Islam & Iman yang Allah S.W.T berikan, PSS & KRUKM berkesempatan mengadakan gerai pameran & jualan sempena Festival Keseniaan Islam peringkat PBU pada 12/4/2012 bertempat di Dewan Komuniti KM.
Sekitar kawasan dewan

Nama program pun agak menarik "Festival Kesenian Islam" bersangkutpaut dengan ayat yang sering kita dengar iaitu "Dakwah adalah Seni"
Seni bagaimana? bukankah yg dimaksudkan seni itu lukisan,lakonan,lagu & sebagainya.

"Dakwah adalah seni" dalam erti kata yg lain ialah dalam menyampaikan ajaran Islam & menarik minat masyarakat untuk mengamalkan Islam haruslah dengan berhikmah ada caranya yang tertentu. ia juga dipengaruhi oleh peredaran zaman. Pendakwah kini harus mengikuti perkembangan media massa. tapi awas! jangan pendakwah pula yg hanyut dibawa arus..

PSS & KRUKM juga merupakan wadah/medium untuk mencungkil lagi bakat seni dalam berdakwah. 
seperti firman Allah yang bermaksud ""SERULAH (SEMUA MANUSIA) KEPADA JALAN TUHANMU DENGAN HIKMAH DAN PENGAJARAN YANG BAIK" AL-NAHL:16 AYAT 125"

Program yang bermula jam 8.00am sehingga 9.00am, menyelitkan beberapa aktiviti yang dipertandingkan seperti marhaban,kompang,nasyid moden & tradisional.
Marhaban dari daerah Ranau
Pasukan kompang dari Kota Marudu
Pasukan Kompang dari Kota Belud

Alhamdulillah.. untuk pameran kami memasang LCD Projector untuk menayangkan video program yang telah dijalankan & mengedar risalah kepada yang hadir. selain pelajar sekolah dari luar kawasan Kota Marudu yang berminat, ibu bapa yang juga turut ingin mengalakkan anak2 mereka menyertai PSS & KRU. 
Antara suasana yg dihadapi:

PSS: Assalamu'alaikum pkck.. kami PSS & KRUKM ni persatuan yang khas untuk menjalinkan persaudaraan yg baik dengan pelajar sekolah, masyarakat & menjalankan program2 bagi mengisi kerohanian.

Pkck: wa'alaikumsalam.. iya.. oh... bagus ni..(sambil tersenyum) sy pun suka anak sy ikut program2 begini..

PSS: Alhmdulillah.. pkck boleh ambil risalah ni..ada no contact juga dengan isi borang ni untuk anak pkck. ^^,
Pkck: iya..nanti pkck kasi tau dia,

PSS: jadi..anak pkck sekarang sekolah di mana?

pkck: Di perlis..

PSS: (- -') oh.. di perlis.. nda pa pkck.. PSS yang lain betaburan juga d semenanjung tu, kalau ada cuti, dorng balik la, buat program jumpa adik2..

pkck: ngam la tu.. nnti anak pkck balik..pkck kasitau dia..ya.. trma kasih la ar..

lebih kurang begitulah dialognya..

untuk jualan pula. antara jualannya ialah : tasbih,mathurat,sarung lengan,dadih,air kotak, & yg istimewa kerongsang bunga yang dibuat sendiri oleh ahli kRU.
Program tamat sekitar jam 5.00pm. Mula mengemas-gemas barang dan bersurai. InsyaAllah akan mencari peluang lagi untuk merapatkan ukhuwwah bersama masyarakat.. ;)

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons